Monday, November 20, 2006


AZIMAT BISMILLAH
Bismillah adalah kalimat sangat pendek namun kadangkala sangat sulit untuk diucapkan. Dalam hadis Rasulullah S.A.W dikatakan: Barang siapa yang membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali maka:-

1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan.

Alkisah ada seorang isteri yang selalu membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM setiap kali melakukan sesuatu dalam membuka, menutup dan mengunci pintu almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll.

Pokoknya selalu membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM pada saat akan melakukan sebarang aktiviti. Sehingga dengan kebiasaannya terseburt sang suami merasa kesal dan akhirnya terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut. Lalu suatu ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan,“Wahai isteriku, ni aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik.

Lalu sang isteri pun menerimanya dengan mengucapkan Bismillah dan membuka alamari dengan mengucapkan Bismillah dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan Bismillah dan menutup/mengunci almari dengan mengucap Bismillah.

Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka sang suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dn membuangnya ke laut. Lalu ia kembali ke rumah, dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu.

Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan Bismillah dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan emas tersebut. Lalu mengambil emas yang pada saat itu dalam keadaan basah (air laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya.

Melihat emas tersebut basah sang isteri pun menjadi bingung dan bertanya kepada suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah itu menceritakan kejadian sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuang emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk mengetahui manfaat dari BISMLLAHHIRRAHMANIRRAHIM.

Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya iaitu:

Kita disarankan membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ketika kita akan mengambil dan menaruh pakaian digantungkan, baik yang pakaian baru maupun yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak digunakan oleh makhluk lain (golongan Jin), ini dapat kita lihat apabila kita menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak nyaman.

Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembap ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan oleh mahkluk laindengan cara mereka.

Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang kita dapat perolehi dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapat membiasakan diri untuk mengucapkan kalimah BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-harian, Amin.
KHUSYUK DALAM SOLAT


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau – kalu ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggap lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk..

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim dan bertanya :
“Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?,”. Hatim berkata: “Apabila masuk waktu solat aku berwudhu’ zahir dan batin.” Isam bertanya, “Bagaimanakah wudhu’ zahir dan batin itu?”

Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air . Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan.
3. Tidak tergila-gilakan dunia.
4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya’)
5. Tinggalkan sifat berbangga.
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu.
7. Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan ALLAH ada dihadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah – olah berdiri di atas titian ‘Sirratul Mustaqim’ dan aku menganggap solatku kali ini solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku’ dan sujud dengan tawadhu’, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Wallah hu’alam.
Bagaimanakah pula dengan solat kita….?


RAHSIA SOLAT

RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT

Cuba kita kaji pergerakan otot – otot kita ketika solat. Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak (qiyam) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan atas pusat – pada waktu itu kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru – paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.

Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan diatas kepala lutut dan punggung mendatar (parallel to the ground) sekaligus ianya menggerakkan ruas – ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.

Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya diatas otot – otot kedua – dua tangan, kaki, dada, perut, punggung, leher dan otot – otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.

Setelah itu kita bangkit dari sujud, kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot – otot di dada, bahu, lengan, perut, peha, kaki bahagian bawah dan lain – lain otot lagi.

Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk. Pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua – dua jenis duduk ini menggerakkan tumit, pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain – lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot – otot leher, tengkuk dan lain – lain.

Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut kita mendapat oksigen yang istimewa dan gerak otot –otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.

Solat tahajjud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.