Thursday, February 22, 2007

SALAM....untuk melihat artikel terdahulu sila klik di perkataan "Older Posts" di bahagian bawah....Terima kasih kerana melayari laman ini....teruskan ceria bersama laman ini...... (",)

Wednesday, February 21, 2007

NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH


Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah
Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.
Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. Nama syaitan;
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!
7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8) AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat,MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Perhatian; Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah

4 PERKARA SEBELUM TIDUR


4 Perkara sebelum tidur
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah :Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Membaca selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari Qiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Monday, February 19, 2007

KISAH ANAK DAN IBU





Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu si anak menghulurkan sekeping kertas yang tertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron,menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu;

Tolong pergi kedai...........RM 1.00
Tolong jaga adik..............RM 2.00
Tolong buang sampah.....RM 1.00
Tolong kemas bilik...........RM 2.00
Tolong siram bunga.........RM 2.00
Tolong sapu sampah........RM 2.00

JUMLAH RM 10.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan.........Percuma
Kos berjaga malam kerana menjagamu...........Percuma
Kos air mata yang menitis keranamu..............Percuma
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu........Percuma
Kos menyediakan makan minum,pakaian dan keperluanmu...Percuma
JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang ditulis oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,”Saya sayangkan ibu”. Kemudiannya si anak mengambil pen dan menulis ‘TELAH DIBAYAR’ pada muka surat yang ditulisnya.

Dan janganlah seseorang itu merasakan bahawa dia telah membalas jasa ibunya walaupun dia telah melakukan pelbagai kebaikan kepadanya. Sesungguhnya jasa ibu tidak boleh terbalas oleh kita sekiranya ia merasakan demikian dia adalah anak DERHAKA…
Wallahu’alam…

Wednesday, February 07, 2007

PERTANYAAN IMAM GHAZALI KEPADA ANAK MURIDNYA


1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.


KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.


KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179.


KEEMPAT beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.


KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.


KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.