Wednesday, December 31, 2008

Rahmat Allah


"Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat dan menurunkan satu rahmat kepada manusia, jin, haiwan ternak dan binatang buas. Dengan satu rahmat itu mereka saling menyayangi dan berkasih sayang. Dengan satu rahmat itu juga seekor binatang buas mengasihi anaknya. Adapun yang 99 lagi, Allah tunda turunnya untuk merahmati para hamba-Nya nanti di hari kiamat."
(HR. Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Pada hari kiamat nanti, seorang mukmin akan dihadapkan kepada Rabbnya hingga Allah meletakkan rahmat atasnya, lalu Allah menyebutkan satu persatu dosa-dosanya. Allah berkata: "Apakah kamu mengetahui dosa ini? Apakah kamu mengetahui dosa ini?" Ia menjawab: "Ya Rabb-ku, aku mengakuinya." Allah berfirman: "Sesungguhnya dosa itu Aku rahsiakan semasa di dunia dan Aku telah mengampuninya pada hari ini." Kemudian orang mukmin itu diberi catatan kebaikannya."
(HR. Bukhari dan Muslim)

Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah


Salam Maal Hijrah
1 Muharram 1430H bersamaan 28 Disember 2008
Dengan Tema Maal Hijrah Tahun ini,
"Menjana Ummah Gemilang",

(Generating Glorious Ummah)


Semoga dengan tema ini dapat lagi kita bersama-sama mempertingkatkan diri dengan amalan-amalan serta usaha yang berterusan bagi menjadi ummah gemilang untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.
Amin.

Tuesday, December 23, 2008

Sami Yusuf - Hasbi Rabbi




Hasbi Rabbi
Album : My Ummah
Munsyid : Sami yusuf


O Allah the Almighty
Protect me and guide me
To your love and mercy
Ya Allah don’t deprive me
From beholding your beauty
O my Lord accept this please


CHORUS:
Hasbi rabbi jallallah (My Lord is enough for me, Glory be to Allah)
Ma fi qalbi ghayrullah (There is nothing in my heart except Allah)


Turkish:
Affeder gunaha (He is the Forgiver of all sins)
Alemin padisaha (He is the King of the universe)
Yureklerin penaha (He is the Refuge of all hearts)

Isit Allah derdimi, bu ahlarimi (O Allah hear my sorrows and my sighs)
Rahmeyle, bagisla gunahlarimi (Have mercy and pardon my sins)
Hayreyle hem aksam hem sabahlarimi (Bless my night and days)
CHORUS

Hindi:
Wo tanha kaun hai (Who is the only One?)
Badshah wo kaun hai (Who is the King?)
Meherba wo kaun hai (Who is the Merciful?)

Kya unchi shan hai (Who is the most praised and benevolent?)
Uskey sab nishan hai (Whatever you see in this world is His sign)
Sab dilon ki jan hai (He’s the love of every soul)
CHORUS


Arabic:
Ya rabbal ‘alamin (O Lord of the worlds)
Salli ‘ala Tahal amin (Send peace and blessings)
Fi kulli waqtin wa hin (On Ta-ha the trustworthy)
(In every time and at every instant)

Imla’ qalbi bil yaqin (Fill my heart with conviction)
Thabbitni ‘ala hadhad din (Make me steadfast on this Religion)
Waghfir li wal muslimin (And forgive me and all the believers)
CHORUS


Thanks For Watching This NasyeeD. This is the very best NasyeeD that i Love to played it everyday.

Very Nice Recording, Very Nice Song and Very Nice Lyrics. This NasyeeD was so interested because it have 4 Language in This Nasyeed that is Arabic, Hindi, Turkish and English. Let's Enjoyed it together.

Thursday, December 18, 2008

Kekayaan Yang Sebenar


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kekayaan jiwa".

(Riwayat Bukhari)

Monday, December 01, 2008

Kata-Kata Hikmah


"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah cerai-beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan hina)".
(HR al-Tirmizi)

Keikhlasan Dalam Amalan


"Apabila nasihat atau perkataan itu keluar dari hati yang ikhlas, maka apabila ia didengar akan masuk ke dalam hati sebaliknya bila ia hanya keluar dari lidah, maka ianya tidak masuk ke dalam telinga".
(Hukamak)

"Ajaran Islam itu tidak akan tumbuh di dalam jiwa yang dibungkus oleh kemusrikan, kebendaan dan kemegahan dan ianya akan tumbuh subur di dalam hati yang penuh keikhlasan".
(Fuqahak)

"Bagi orang yang ikhlas, sakit dan susah itu adalah kulit, yang isinya adalah rahmat dan nikmat, kerana dengan jalan inilah dia akan lebih dekat lagi dengan Allah".
(Zahid)

"Berbaktilah kepada ibu bapa anda dengan ikhlas, kerana tidak lama lagi ia akan meninggalkan anda. Dan hormatilah keduanya dengan ketinggian budi. Banyak orang yang menyesal kerana belum dapat berbuat baik seketika keduanya masih hidup".
(Fuqahak)

"Bagi orang yang pemurah serta ikhlas, satu kesenangan baginya menolong orang lain. Akan tetapi bagi orang yang bakhil kesenangannya adalah apabila orang tidak meminta kepadanya".
(Zahid)

"Gagalnya suatu usaha itu sekali-kali tidak akan memburukkan kita apabila kita mengerjakannya dengan ikhlas. Kejadian yang telah berlalu baru ada faedahnya, kalau ia menunjukkan jalan untuk maju."
(Abul Islami)

"Pujian yang diberikan dengan ikhlas, adalah anak kunci untuk memulai persahabatan, sedangkan penghinaan adalah sumber pertengkaran dan permusuhan".
(Hukamak)

Tuesday, November 25, 2008

Kebahagiaan Yang Dicari


"Kebahagiaan itu ibarat sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya ialah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketaqwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya".
(Dr. Yusuf Al-Qardawi)

"Kebahagiaan itu akan dapat dicapai dengan jalan; Iktikad yang benar, yakin, iman dan agama".
(Prof. Dr. Hamka)

Orang yang berbahagia itu selalu menyedari bahawa tidak ada faedahnya:

1. Perkataan kalau tidak disertai dengan perbuatan.
2. Tidak ada gunanya kepintaran kalau tidak disertai dengan budi.
3. Tidak ada gunanya derma kalau tidak disertai dengan niat suci.
4. Tidak ada gunanya kejujuran kalau tidak sanggup memegang janji.
5. Tidak ada gunanya hidup kalau tidak disertai kesihatan.
6. Tidak ada gunanya negeri yang makmur kalau hati penduduknya penuh kekecewaan.
(Zahid)

Orang yang berbahagia itu akan selalu:
1. Menyediakan waktu untuk membaca, kerana membaca itu sumber hikmah.

2. Menyediakan waktu untuk tertawa, kerana tertawa itu muzik jiwanya.

3. Menyediakan waktu untuk berfikir, kerana berfikir itu pokok kemajuan.

4. Menyediakan waktu untuk beramal, kerana beramal itu pangkal kejayaan.

5. Menyediakan waktu untuk bermain, kerana bermain itu akan membuat selalu muda.

6. Menyediakan waktu untuk beribadat, kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan.
(Hukamak)

"Dunia bersifat sementara, maka kebahagiaan yang dikandungnya juga bersifat sementara, sebaliknya akhirat bersifat abadi, maka kebahagiaan yang dikandungnya juga abadi".

(Hukamak)

Untuk mendapatkan jiwa yang bahagia dalam mengubatinya ada empat perkara:-
1. Berani kepada kebenaran dan takut kepada kesalahan.

2. Tahu rahsia dari pengalaman kehidupan.

3. Pandai menjaga kehormatan batin.
4. Adil walaupun pada diri sendiri.

(Hukamak)

Thursday, November 20, 2008

Rangsangan Dari Al-Quran Untuk Membentuk Kecerdasan Minda


1. Supaya sentiasa mencari Ilmu.
"Diturunkan dari Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, iaitu al-Quran dalam bahasa Arab untuk kaum yang menuntut ilmu."
(Surah al-Fussilat:2-3)

2. Supaya menggunakan akal.
"Ini adalah ayat-ayat al-Kitab (al-Quran) yang nyata. Sesungguhnya Kami menurunkan kepadanya al-Quran berbahasa Arab, supaya kamu semua menggunakan akal."
(Surah Yusuf:1-2)

3. Supaya manusia berfikir.
"Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran, supaya kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka berfikir."
(Surah an-Nahl:44)

4. Meraih kedudukan hamba Allah yang dimuliakan.
"Seandainya pada sisi kami ada sebuah kitab dari para pendahulu, benar-benar kami akan menjadi hamba Allah yang disucikan."
(Surah as-Saffat:168-169)

Wednesday, November 19, 2008

Jangan Lalai Dalam Bertaubat


"Jika anak Adam berbuat dosa, lalu mereka minta ampun, maka Aku akan mengampunkannya, kemudian ia mengulangi dosanya lagi, lalu memohon ampun kepadaKu, maka Aku ampunkan. Jika ia tidak dapat meninggalkan dosanya, tetapi ia tidak putus asa dari rahmatKu, maka dosanya tetap Aku ampunkan."
(Hadis Qudsi)

"Orang yang bertaubat dari dosa, bagaikan orang yang tidak berdosa."
(Abul-Laits)

"Sifat orang Arif itu ada ada enam perkara: "Jika ia ingat kepada Allah ia merasa bangga, jika ia ingat kepada dirinya sendiri, ia merasa rendah. Jika ia melihat ayat-ayat Allah ia mengambil iktibar, jika ia ingin berbuat maksiat ia menahan diri, Jika ia ingat ampunan Allah ia merasa gembira dan jika ia ingat dosa-dosanya ia segera meminta ampun."
(Hukamak)

"Taubat yang sebenarnya itu ialah menyesal dalam hati, lalu beristighfar dengan lidah dan berniat tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi."
(Rabiah al-Adawiyah)

"Dosa ada dua macam, dosa antara kamu dengan Allah dan dosa antara kamu dengan sesama manusia. Adapun dosa antara kamu dengan Allah, maka syarat taubatnya ada tiga:-
1. Menyesal dalam hati.
2. Berniat tidak akan mengulangi dosa itu lagi.
3. Membaca istighfar dengan lidah.
Maka siapa yang melakukan tiga syarat ini, maka dia akan diampunkan oleh Allah, kecuali jika ia meninggalkan salah satu amalan fardhu yang diwajibkan. Adapun dosa yang dilakukan antara sesama manusia, selama mereka belum menghalalkan, tidak ada guna taubat baginya."
(Abul-Laits)

Sabar untuk tidak terburu-buru dalam perbuatan itu baik, kecuali pada tiga perkara:

1. Ketika tiba waktu solat maka harus segera dilaksanakan.

2. Ketika ada kematian, maka harus segera mayat itu dikuburkan.

3. Ketika berbuat dosa, maka bertaubat janganlah ditunda.
(Abu Bakar Alwasithi)

Taubat seseorang itu baru sempurna jika ia mengamalkan empat perkara:

1. Mengendalikan lidahnya daripada perkataan dusta, mencaci dan kata-kata yang tidak berfaedah.

2. Tidak ada sifat hasad dengki, iri hati terhadap sesama manusia.
3. Jika ia telah menjauhi teman-teman yang jahat.

4. Selalu bersedia menghadapi mati, rajin dalam taat dan selalu beristighfar menyesali dosa-dosanya
.
(Hukamak)

Tanda-tanda dari taubat itu telah diterima ada empat perkara:

1. Jika telah putus hubungan dengan kawan-kawan yang tidak baik dan bersahabat dengan orang-orang salihin.

2. Menghentikan semua maksiat dan rajin beribadah.

3. Hilang rasa kesenangan dunia dalam hatinya dan ingin selalu kesenangan akhirat.
4. Percaya pada jaminan Allah dalam soal rezeki.
(Hukamak)

Orang yang bertaubat itu akan dimuliakan Allah dengan empat perkara:

1. Dilepaskan dari dosa.
2. Dicintai Allah.
3. Dipelihara Allah dari gangguan syaitan.

4. Di amankan dari rasa takut sebelum ia meninggalkan dunia.
(Zahid)

"Seseorang mukmin itu tidak mungkin sengaja berbuat dosa tetapi terjadi padanya pada saat ia lupa, tidak kuat menahan nafsu syahwat yang sedang meluap, kerana itu ia tidak boleh diejek, jika ia telah bertaubat.
"
(Abu Laits)

"Jika seseorang hamba Allah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah, maka Allah melupakan malaikat yang mencatat amal keburukannya, anggota badannya pun lupa apa yang pernah ia lakukan dari dosanya, juga Allah melupakan bumi di tempat ia berbuat dosa itu, supaya ia datang pada hari kiamat dan tiada sesuatupun yang menyaksikan perbuatannya."
(Ibnu Abbas)

"Orang yang tidak bertaubat pada tiap-tiap pagi dan petang, maka mereka termasuk orang-orang yang zalim terhadap dirinya sendiri."
(Mujahid)

"Sesungguhnya seorang hamba jika ia bertaubat, maka semua dosa-dosanya yang lalu itu telah berubah menjadi kebaikan."
(Abu Hurairah)

Berikut ialah zikir taubat yang terbaik dibacakan pada setiap waktu tidak kira pagi dan petang. Amalkanlah selalu semoga taubat kita sentiasa diterima Allah SWT.


Sunday, November 16, 2008

Nasheed Ummi - Hadad Alwi n Sulis



Ummi
Album : Cinta Rasul II
Munsyid : Haddad Alwi

Ummi yaa lahnan a'syaqohu
wanasyidan dauman ansyuduhu

Fikulli makanin adzkuruhu
wa-azhollu azhollu uroddiduhu

Ummi yaa ruuhi wa-hayati
yaa bahjata nafsi wamunaati
Unsi filhadhiri wal-ati... 2x

Allohu ta'aala aushoni
fissirri walau fil i'laani
Bilbirri laki wal-ihsaani... 2x

Ismuki manquusyun fi qolbi
Hubbuki yahdini fi darbi
wadu'a-i yahfazhuki robbiy... 2x

Tuesday, November 11, 2008

Adab Islam Ketika Bersin


Antara kewajipan seorang muslim adalah mendoakan saudaranya yang bersin.
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bersin dan benci kepada yang mengantuk. Jika ada di antara kalian yang bersin dan memuji nama Allah (mengucapkan Alhamdulillah), waka wajib bagi setiap muslim yang mendengarnya mengucapkan kepadanya Yarhamukallah (semoga Allah merahmati anda). Adapun mengantuk sesungguhnya itu dari syaitan. Maka jika ada diantara kalian yang mengantuk hendaklah ia melawannya sedapat mungkin. Dan jika seorang di antara kalian mengantuk maka syaitan mentertawakannya."
(HR. Bukhari)

Dalam hadith yang lain:
"Jika seseorang diantara kalian bersin dan mengucapkan Alhamdulillah, maka saudaranya (yang mendengar) mengucapkan doa Yarhamukallah, lalu yang bersin itu akan mengucapkan lagi Yahdikumullah wayusliha baalakum."
(HR. Bukhari)

Ucapan doa Yarhamukallah, disebut "At-Tasymit" ini diucapkan jika orang yang bersin itu mengucapkan Alhamdulillah, jika tidak membaca Alhamdulillah, maka tidak perlu ada tasymit, seperti sabda Rasulullah SAW:
"Jika seseorang di antara kalian bersin dan mengucapkan Alhamdulillah, maka doakanlah (oleh yang mendengar) dengan Tasymit itu. Dan jika tidak membaca Alhamdulillah, maka tidak perlu ditasymitkan."
(HR. Muslim)

Dari Anas r.a. katanya,
"Dua orang lelaki di sisi Nabi SAW bersin, maka bertasymitlah salah seorang yang hadir kepada salah seorang yang bersin. Lalu seorang yang tidak ditasymitkan itu berkata, "si fulan bersin sepertiku, dia ditasymitkan, sedangkan aku tidak." Rasulullah SAW bersabda, "Dia mengucapkan Alhamdulillah, sedang kamu tidak."

(HR. Mutafaq alaih)

Akhlak bersin ialah meletakkan tangan di atas mulut dan merendahkan suara, seperti yang dipraktikkan oleh Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., katanya,
"Jika Rasulullah SAW bersin, maka baginda meletakkan tangannya atau hujung bajunya di atas mulut, dan merendahkan atau menahan suaranya."
(HR. Abu Daud dan Tirmizi)

Sunday, November 02, 2008

5 Perkara Penyebab Kemiskinan


Sabda Rasulullah SAW: "Lima pekara menyebabkan bencana kemiskinan iaitu:
1. Apabila suatu umat membinasakan perjajiannya, undang-undang, pastilah dikuasai oleh musuh-musuh mereka.

2. Apabila manusia tidak menjalankan hukum sebagaimana yang Allah turunkan, pastilah akan meluas kemiskinan.


3. Apabila telah meluas perbuatan keji, pastilah akan meluas pembunuhan.


4. Apabila timbangan atau ukuran dikurangi, datanglah musim kelaparan dimana tanam-tanaman dan tidak menjadi bertahun-tahun.


5. Apabila zakat tidak dibayar, maka pastilah hujan tidak akan diturunkan Allah SWT.

(Riwayat Tabrani dari Ibnu Abbas)

Balasan Atas Perbuatan


Dikisahkan, suatu hari ada seorang lelaki sedang duduk-duduk sambil makan bersama isterinya dengan lauk ayam panggang. Tiba-tiba ada seorang pengemis berdiri mengetuk pintu rumahnya sambil berkata: "Tolonglah tuan! saya orang tidak punya dan tengah dalam perjalanan."

Lelaki tadi pun keluar menemui si pengemis dengan penuh amarah, mencacinya dan mengusirnya tanpa ada rasa kemanusiaan sedikit pun. Si pengemis pergi dengan wajah murung dan sedih. Selang beberapa hari kemudian lelaki yang mengusir pengemis tadi jatuh miskin. Hilanglah segala kenikmatan yang ia rasakan selama ini. Ia tidak tahan dengan keadaannya sekarang. Ia meninggalkan negerinya, berkelana ke penjuru negeri dan hidup dengan belasan kasihan orang lain. Ia juga telah menceraikan isterinya sebelum kepergiannya. Lalu si isteri pun menikah dengan lelaki lain di daerah lain pula.

Suatu hari, kedua pasangan ini sepakat makan bersama ayam panggang dan beberapa potong roti. Saat waktu makan, tiba-tiba ada seorang lelaki pengemis mengetuk pintu rumahnya sambil berkata: "Tolonglah tuan! Saya orang yang tidak punya dan tengah dalam perjalanan". Si suami pun berkata kepada isterinya: "Bawalah ayam dan kedua potong roti ini. Berikanlah kepadanya!"

Ketika si isteri keluar dan memerhatikan si pengemis ternyata ia adalah suaminya dahulu. Setelah memberikan ayam dan roti, ia segera kembali menemui suaminya yang menyanyakan tentang pengemis tersebut. Ia pun memberitahu bahawa pengemis tadi adalah suaminya yang dahulu. Ia pun menceritakan kisahnya dulu ketika suaminya mengusir seorang pengemis. Setelah diam beberapa waktu, suaminya berkata: "Demi Allah, sayalah pengemis yang dulu kamu usir!"

Saturday, November 01, 2008

Lelaki dan Perempuan


"Sesungguhnya orang lelaki dan perempuan yang Islam, lelaki dan perempuan yang beriman, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatan, lelaki dan perempuan benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyu', lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya (menjauhi diri daripada perbuatan zina), lelaki dan perempuan yang banyak mengingat Allah. Allah telah menyediakan bagi mereka ampunan dan pahala yang besar."
(Al-Quran, al-Ahzab, 33:35)

Friday, October 31, 2008

Kamu Adalah Pemimpin!


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu".
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim,
Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

Monday, October 27, 2008

Menjauhi Perkataan Dusta


Di antara sifat-sifat terpuji seorang muslim ialah bahawa ia selalu menjauhkan diri dari perkataan dusta yang sangat dilarang dalam Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan hendaklah kalian menjauhi perkataan-perkataan dusta."
(Al-Hajj:30)

"Dan orang-orang yang tidak memberikan saksi palsu, dan apabila bertemu dengan orang-orang yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka melaluinya dengan menjaga kehormatan dirinya."
(Al-Furqan:72)

Secara lebih tegas Rasulullah SAW menganggap saksi dusta sebagai dosa besar setelah syirik (menyekutukan Allah) dan derhaka terhadap kedua ibu bapa. Diriwayatkan:
"Rasulullah SAW ketika melewati dua kuburan, maka baginda bersabda: kedua orang ini mendapat seksaan besar; yang satu adalah tukang adu domba, sedang lainnya tidak tuntas dalam kencingnya...."
(HR. Asy-Syaikhan)

Wednesday, October 22, 2008

Menguap Dalam Solat


"Nabi SAW melarang menguap dalam solat dan baginda bersabda: Hendaklah ia menahan dengan tangannya pada mulutnya kerana syaitan mentertawakannya."
(HR. Al-Hakim, At-Tirmidzi)

Diceritakan kepada kami oleh Harun bin Hatim Al-Kufi, diceritakan kepada kami oleh Idris, dari Ajlaan, dari Abi Haaziim, dari Sahl bin Sa'ad, ia berkata: Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila seseorang dari kamu menguap dalam solatnya, hendaklah ia mengucapkan : Subhanallah."

Ia disuruh mengucapkan tasbih (Subhanallah) dan tidak disuruh mengucapkan tahlil, takbir dan tahmid. Ini adalah kerana awal kata ini adalah "Siin" dari perkataan "Subhanallah". Apabila engkau mengucapkan dan engkau rapatkan kedua bibirmu, kalah syaitan dan lenyaplah kekuasaannya.

Apabila engkau bertahlil atau bertakbir atau bertahmid, maka awal katanya terbuka, iatu "alif dan laam." Jika ia mengucapkan dalam keadaan terbuka, syaitan pun mendapat jalan untuk memasukinya.

Wallahualam.

Monday, October 20, 2008

Rendah Hati


"Tidaklah seseorang merendahkan diri di hadapan Allah, kecuali Allah akan mengangkat darjatnya."
(HR. Muslim)

"Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kalian bersikap tawaduk, sehingga setiap kamu tidak angkuh terhadap yang lain, dan tidak saling menindas."
(HR. Muslim)

Suatu ketika Tamin bin Usaid berkunjung ke Madinah, hendak bertanya masalah hukum syariat. Dia dengan mudah dapat berhadapan langsung dengan Rasulullah SAW tanpa hijab apapun, padahal baginda adalah orang yang sangat tinggi kedudukannya, pemimpin pertama Daulah Islamiyah. Ketika itu baginda tengah berkhutbah di atas mimbar. Lalu orang itu mengajukan beberapa pertanyaan kepada Rasulullah SAW dan baginda menyambutnya dengan muka manis, rendah hati serta menjawab dengan sabar segala pertanyaan yang diajukan.

Di suatu ketika, Rasulullah SAW mengatakan:
"Andaikan aku diundang dengan suguhan kaki kambing aku akan memenuhinya, dan andaikan aku diberi hadiah kaki kambing pasti aku akan menerimanya."
(HR. Bukhari)

Tanda Kejayaan dan Kecemerlangan


"Sebahagian tanda kejayaan pada (segala) kesudahan (ketaatan kepada Allah) ialah kembali kepada Allah pada semua permulaan (di dalam menjalani sesuatu amal).
(Kalam Hikmah,
al-Imam Ibnu Athaillah al-Iskandari)

"Barangsiapa yang kenyangnya dengan sebab makanan, ia akan sentiasa lapar. Barangsiapa yang kayanya dengan sebab harta, ia senantiasa fakir. Barangsiapa tujuannya selain Allah, pada mencapai keperluannya, ia senantiasa diharamkan (dari maksudnya), barangsiapa yang mengharapkan pertolongan selain Allah pada pekerjaan yang dihadapinya, maka ia senantiasa akan hina-dina."
(Kata-Kata Ahli Tasawuf,
al-Nahajjury)


"Barangsiapa yang cemerlang permulaannya, maka cemerlang (pula) pada penghabisan."
(Kalam Hikmah,
al-Imam Ibnu Athaillah al-Iskandari)


"Barangsiapa cemerlang pada permulaan sesuatu yang ia kerjakan, yakni segala waktunya tidak terbuang, tetapi dipenuhinya dengan ibadat dan taat, serta semua perhatiannya diarahkan untuk itu, maka hasil daripadanya ia akan mendapat kecemerlangan pula pada penghabisannya. Ia akan mendapat limpahan Nur, ilmu ladunni (ilmu secara langsung) dari Allah SWT. Segala sesuatu yang menghambat antara dia dengan Allah akan hilang sehingga timbullah hubungan yang suci, yang penuh dengan rasa cinta dan asyik antara dia sebagai hamba Allah dengan Allah SWT. Tetapi apabila ia melaksanakan amal ibadatnya dengan tidak serius, di mana seluruh perhatiannya tidak tertumpah pada apa yang dikerjakannya, maka tujuan terakhir seperti tersebut tidak akan diperolehinya bahkan pula jauh dari apa yang dicita-citakannya. Walaupun berhasil, maka hasilnya tidak akan sempurna. Dengan kata lain, tidak mendapat "keuntungan", tetapi untungnya hanya sekadar balik modal."
(Syarah Ibnu 'Ibaad,
Syeikhul Islam Abdullah Syarqawy
)

Kesabaran


"Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanku ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat) dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Hanya sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira."
(Surah al-Zumar:10)

"Sabar melihat pada iman adalah laksana status kepala melihat pada tubuh. Tidak ada ertinya tubuh bagi orang yang tidak ada kepala, dan tidak ada ertinya iman bagi orang yang tidak ada sabar baginya."
(Sayyidina Ali)

Khalifah Umar bin Khatab r.a. berkata kepada seorang lelaki:
"Jika kamu bersabar, maka hukum Allah tetap berjalan, sedangkan kamu mendapat pahala. Akan tetapi jika kamu mengeluh dan merungut maka ketentuan Allah juga tetap berjalan dan kamu mendapat dosa."

Friday, October 17, 2008

Cinta Manusia


Abu Turabi r.a. mengingatkan tentang dunia ini dengan katanya: "Wahai manusia, kamu mencintai tiga perkara, akan tetapi perkara tersebut bukan milikmu, iaitu: Kamu mencintai diri, akan tetapi ianya adalah milik hawa nafsumu. Kamu mencintai roh, namun ia adalah milik Allah SWT. Dan kamu mencintai harta benda sedangkan ia adalah milik ahli waris. Dan kamu mencari dua perkara yang tidak akan kamu dapat di dunia ini, iaitu berehat dan kebahagiaan, keduanya hanya terdapat di syurga."

Thursday, October 16, 2008

Larangan Berputus Asa


"Apabila tertimpa pada dirimu suatu dosa, maka janganlah dosa itu menjadi sebab bagimu berputus-asa untuk menghasilkan istiqamah di sisi Tuhanmu. Kerana yang demikian itu kadang-kadang sebagai dosa terakhir yang ditakdirkan oleh Allah ke atasmu."
(Kalam Hikmah Ibnu Athaillah al-Iskandari)

"Katakanlah! Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
(Surah al-Hijr:56)

"Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf:87)

"...Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri."
(Surah al-Baqarah:222)


Seseorang dapat terhindar dari perbuatan maksiat dan dosa melalui tiga perkara sepertimana berikut:-

1. Rajin dan istiqamah dalam bertaubat kepada Allah, yakni berterusan mengerjakan taubat pada setiap waktu. Misalnya setiap malam hari sesudah sembahyang Isya', atau setiap hari sesudah sembahyang Subuh. Sama ada telah melakukan dosa atau tidak, hendaknya seseorang bertaubat dari Allah dan memohonkan keampunanNya. Ini adalah salah satu cara menghindarkan diri daripada dosa.

2. Secara langsung dari Allah, dengan kehendakNya seseorang dapat terhindar dari segala dosa iu, mungkin dengan cara mematikan hamba tersebut sebelum ia terjebak dalam perbuatan dosa itu.

3. Dengan cara adanya berbagai rintangan. Maksudnya seseorang itu tidak sampai terjerumus kepada perbuatan maksiat kerana adanya pelbagai halangan atau rintangan yang menyebabkan ia terhindar dari dosa.


(Syarah Al-Hikam)

Saturday, October 11, 2008

3 Sifat Orang Jahil



Terdapat tiga perkara yang sesiapa mengerjakannya disifatkan sebagai orang yang jahil. Tiga perkara tersebut adalah:-

1. Memilih dunia dengan meninggalkan kepentingan akhirat. Sikap ini jelas-jelas merugikan dan tidak patut sama sekali bagi seorang mukmin bersikap demikian.

Allah SWT berfirman:
"(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal."
(Surah al-A'la: 16-17)

2. Suka menagguhkan amalan-amalan akhirat kerana beranggapan bahawa umurnya masih panjang. Sikap demikian menyebabkan seseorang terlalu panjang angan-angannya, ingin mengumpulkan kekayaan dunia sebanyak-banyaknya.

Dalam hal ini Allah SWT berfirman:

"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!"
(Surah al-Humazah:1-3)

3. Sentiasa mempunyai rancangan berikutnya setelah sesuatu pekerjaan duniawi itu telah selesai. Jika ini beterusan maka sudah tentu akan melemahkan niat dan hasratnya untuk beribadah yang bersifat ukhrawi kepada Allah. Sudah pasti ini akan menimbulkan kebinasaan pada diri seseorang.

Ibnu Athaillah al-Iskandari berkata:
"(Menangguhkan) segala amal kebaikan pada waktu ada kelapangan adalah sebahagian dari kebodohan-kebodohan diri."

Friday, October 10, 2008

Berfikir Sesaat


Imam Ghazali memetik hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Abu Hurairah r.a. sebagaimana berikut,
"Berfikir satu saat adalah lebih baik daripada beribadat 70 tahun."


Berkaitan dengan hadis di atas, terdapat tiga peringkat bagi seseorang berfikir, iaitu:-

1. Apa yang mereka fikirkan adalah sesuatu mengenai kenikmatan dan kurniaan Allah SWT. Dengan memikirkan perkara-perkara tersebut berjaya melahirkan ghairah dan dorongan untuk lebih rajin beribadah yang akhirnya dengan kerajinan itu ia dapat mencapai makrifat kepada Allah SWT.

2. Mereka berfikir tentang janji-janji Allah dan pahala-pahalaNya. Dengan cara itu mereka semakin giat menjalankan ibadah dengan harapan agar mendapat pahala daripada Allah SWT.

3. Mereka berfikir mengenai ancaman-ancaman Allah dah seksaanNya. Dengan cara itu mereka menjadi takut dari melakukan maksiat dan meningkatkan ketaatan, dengan harapan dapat terhindar dari sebarang seksaan Allah SWT.

Thursday, October 09, 2008

Meyakini Janji Allah SWT


"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkata Rasul dan orang-orang beriman yang ada besamanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."
(Surah al-Baqarah:214)


Berkaitan dengan Allah SWT belum menyampaikan janjiNya, kemungkinan terdapat salah satu dari tiga perkara iaitu:-

1. Mungkin janji itu akan ditukar oleh Allah dengan yang lebih baik menurut Allah. Misalannya, bahawa kita tidak diizinkan Allah berkahwin dengan perempuan 'A', tetapi Allah merealisasikan janjiNya bahawa kita akan berkahwin dengan perempuan 'B' yang ternyata lebih baik.


2. Adakalanya janji Allah ditepati olehNya di akhirat, dengan menjanjikan hal seperti ini sebagai pahala kita, seperti pengajian kita yang lalu.


3. Janji Allah ditunaikan juga olehNya, tetapi agak lambat dari waktu yang telah ditetapkan, oleh kerana mungkin sahaja Allah melaksanakan janjiNya ada kaitan dengan syarat-syarat atau sebab-sebab di mana kita tidak mengetahuinya sama sekali. Misalnya dalam contoh di atas, yakni dilambatkan oleh Allah SWT perkahwinan kita itu kerana Allah mengkehendaki agar persiapan kita lengkap sebelum menghadapi perkahwinan. Allah SWT tidak memperlihatkan syarat-syarat untuk terlaksana janjiNya itu di keranakan tidak lain selain ada hikmah yang dikehendakiNya. Dan apabila kita menoleh kepada hikmah tersebut, maka tentu sahaja dalam hati kita tidak timbul keraguan apa-apa tentang Allah di dalam melaksanakan janjiNya.

Wednesday, October 08, 2008

Hati Manusia


...Ingat! Sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpal darah. Jika ia baik, maka baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ingat! Itulah hati.
(HR. Bukhari dan Muslim)

Tuesday, October 07, 2008

Berdoa Kepada Allah SWT


Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."
(al-Mukminin:60)

Diriwayatkan dari Abi Sa'id Al-Khudry r.a., bahawa telah bersabda Nabi Muhammad SAW: " Tidak ada orang muslim yang membaca doa di mana ada pada doanya itu hal-hal yang menimbulkan dosa dan memutuskan hubungan silaturrahim, melainkan Allah pasti memberikan kepada orang itu dengan doanya, salah satu dari 3 macam: Adakalanya Allah segera memperkenankan doanya. Adakalanya doanya itu dijadikan Allah sebagai simpanan orang tersebut, sebagai pahalanya di akhirat. Adakalanya Allah memalingkan dan menghindarkan sebarang kejahatan orang tersebut (bala dan malapetaka) sesuai dengan doanya. Bertanya para sahabat: "Kalau begitu lebih baik kita memperbanyakkan doa!". Nabi SAW bersabda: "Allah SWT akan memperbanyakkannya (PemberianNya)."
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan al-Hakim)

"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit diantara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)."
(al-Naml:62)

Monday, October 06, 2008

5 Simple Rules To Be Happy


1. Free Your Hearted From Hatred-Forgive.
2. Free Your Mind From Worries.

3. Live Simple And Appreciate What You Have.

4. Give More.

5. Expect Less From People But More From God.

Thursday, October 02, 2008

Anti Islam Websites


Assalamualaikum w.h.b.k.t, di sini ingin saya sebarkan laman-laman web anti Islam. Laman-laman web ini cuba untuk mempesongkan akidah umat Islam pada masa ini.

Laman-laman web ini banyak mempermainkan ajaran Islam yang sebenar serta memesongkan lagi ajaran Islam serta berjenaka dengan ayat al-Quran, diharap para muslimin dan muslimat sekalian dapat hindarkan dari singgah ke laman web ini. Semoga dengan penyebaran laman web ini dapat memberikan kebaikan kepada seluruh umat Islam.

Sebarkanlah kepada saudara-saudara Islam kita yang lain.


1. www.aol.com/suralikeit

2. www.alrisalah.org

3. www.goharshahi.com

4. www.answering-islam.org

5. www.aboutislam.com

6. www.allahassurance.com

7. www.islam.org.uk

8. www.alislam.org

9. www.thequran.com

Wednesday, October 01, 2008

Panjang Umur Sedikit Akal



Dari Sayidina Ali k.w.h, dia berkata: "Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: Akan datang kaum di akhir zaman panjang umur tetapi sedikit akal. Mereka membicarakan tentang kebajikan hanya setakat kerongkong dan mereka terkeluar dari agama bagai anak panah melancar dari busurnya."
(Hadis Riwayat Tarmizi)

Tuesday, September 23, 2008

Penghuni Syurga


"Sesungguhnya orang yang mengatakan: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap istiqamah. Maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang mereka kerjakan."
(Surah al-Ahqaf:13-14)

Tanda-Tanda Menjelang Kiamat


Dari Hudzaifah bin Usaid Al-Ghifari r.a., dia berkata, "Pada suatu ketika, secara tiba-tiba, Rasulullah SAW mendatangi kami yang sedang berbincang-bincang sambil bertanya, 'Apa yang sedang kalian perbincangkan?'

Para sahabat menjawab, "Kami berbincang-bincang tentang kiamat."

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya kiamat tidak akan terjadi hingga kalian melihat sepuluh tanda sebelumnya:-
1) Asap.

2) Dajjal.

3) Makhluk yang melata.
4) Munculnya matahari dari barat.
5) Turunnya Nabi Isa
6) Ya'juj dan Ma'juj, serta tiga gerhana iaitu,
7) Gerhana di timur
8) Gerhana di barat dan,

9) Gerhana di Jazirah Arab
10) Api yang keluar dari Yaman yang menghalau umat manusia ke masyar.
(Hadis Shahih Muslim)

Tuesday, September 16, 2008

Warisan Yang Menguntungkan


Daripada Abu Darda' r.a., Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna."
(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban)

Penerangan:-
-"Dinar dan Dirham":
Perkara dunia. Para Nabi tidak mengambil perkara dunia melainkan sekadar keperluan sahaja.
-"Siapa yang mengambilnya":
Boleh juga difahami dengan erti perintah Nabi SAW, iaitu siapa yang mengambilnya hendaklah ia mengambil dengan banyak dan janganlah merasa cukup dengan sedikit.
(Tuhfah al-Ahwazi)

Sunday, September 14, 2008

Berbakti Kepada Ibu Bapa


Daripada Abu Hurairah r.a., dia berkata:
"Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya: 'Ya Rasulullah, siapakah orang yang lebih berhak saya hormati?'

Rasulullah SAW menjawab: "Ibumu."

Orang tersebut bertanya lagi: "Lalu siapa?"

Rasulullah SAW menjawab: "Ibumu."

Orang itu bertanya lagi: "Setelah itu siapa?"
Rasulullah SAW menjawab: "Ibumu."

Orang tersebut bertanya lagi: "Kemudian siapa?"
Akhirnya Rasulullah SAW menjawab: "Kemudian ayahmu."
(Hadis Shahih Muslim)

Adab-Adab Berbuka Puasa



1. Menyegerakan berbuka sejurus waktu maghrib
Berdasarkan hadis daripada Sahl bin Sa'd, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Manusia akan terus berada dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Memulakan makan dengan basmalah, makan dengan tangan kanan dan mengakhirinya dengan hamdalah.
Berdasarkan hadis 'Umar bin Abi Salamah r.a. (anak tiri Rasulullah SAW) yang pernah tinggal di bawah jagaan Nabi SAW. Kata Umar, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: "Wahai budak kecil! Apabila kamu hendak makan maka sebutlah nama Allah, gunakanlah tangan kananmu, dan ambillah makanan yang terhidang dekat denganmu."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. Rutab adalh buah kurma yang separuh masak, yang lembut dan manis rasanya. Tamar pula ialah buah kurma yang sudah kering.
Rutab ialah kurma masak yang masih basah. Apabila ia kering dan mengecut ia dipanggil tamar. Anas berkata, "Rasulullah SAW berbuka puasa sebelum solat maghrib dengan beberapa biji rutab (sekurang-kurangnya tiga biji), jika tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar dan jika tiada tamar maka baginda meneguk beberapa teguk air, sesungguhnya ia adalah suci."
(Riwayat at-Tirmizi)

4. Segera solat maghrib selepas berbuka jika makanan belum dihidangkan
Sekiranya makanan telah dihidangkan, makruh kita meninggalkan makanan kerana mahu segera menunaikan solat. Makruh disini adalah hal-hal yang dapat mengurangi kesempurnaan solat namun tidaklah sampai membatalkannya.
(Abdulah bin ‘Abd al-Rahman ‘Ali Bassam, Tanbih al-Afham wa Taisir al-‘Alam, Dar Ibnu Haitsam, Cairo, 1992 : 157-158)

5. Tidak makan dengan kadar berlebihan
Firman Allah SWT : "Dan makanlah kamu dan minumlah kamu , dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia (Allah) tidak suka orang yang berlebih-lebihan."
(Surah Al-'Araaf : 31)

Rasulullah SAW bersabda supaya kita membahagikan perut kita kepada tiga bahagian iaitu satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.
(Riwayat at-Tirmizi)

6. Berbuka puasa secara berjemaah.

7. Berdoa ketika berbuka puasa
Berdasarkan kepada hadis Nabi SAW: "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka."
(Riwayat Ibn Majah)

8. Berdoa kepada mereka yang menyediakan hidangan berbuka
Ini seperti doa Nabi SAW kepada para sahabat yang menjamu Baginda dengan makanan dan minuman seperti yang diriwayatkan oleh ‘Abdillah bin Busr di mana Nabi menyebut: …Ya Allah! Berkatilah mereka pada rezeki yang Engkau anugerahkan, ampunilah mereka dan rahmatilah mereka.
(Riwayat Muslim)

9. Menyediakan Iftar (hidangan berbuka) bagi mereka yang berpuasa
Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang menyediakan makanan berbuka untuk orang yang berpuasa, maka dia mendapat ganjaran sepertinya (orang yang berpuasa) tanpa dikurangi sedikitpun ganjaran orang yang berpuasa itu”.
(Riwayat at-Tirmizi)

10. Tidak mencela makanan
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW tidak pernah mencela mana-mana makanan. Apabila Baginda menyukai (mengingini) sesuatu makanan dimakannya, dan apabila Baginda tidak menyukainya ditinggalkan sahaja.
(Riwayat Muslim)

11. Menjilat jari sejurus selesai makan
Abdullah Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang kamu makan maka janganlah dia menyapu tangannya sebelum dia menjilat jari-jarinya."
(Riwayat Bukhari)

Saturday, September 13, 2008

Kelebihan Membelanjakan Harta Di Jalan Allah


"Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan."
(Surah al-Baqarah : 265)

Antara janji Allah SWT adalah melipat gandakan pahala orang-orang yang bertakwa dan beramal soleh, iaitu orang-orang yang mencintai Allah dan menafkahkan apa yang mereka cintai kerana mencari keredhaan Allah SWT.

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."
(Surah Ali-Imran : 134)

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnianNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak pula akan berdukacita."
(Surah al-Baqarah : 261-262)

'Wanita Ini Adalah Isteriku'


Dari Shafiah binti Huyay r.a., isteri Rasulullah SAW, dia berkata, "Ketika Rasulullah SAW sedang iktikaf di masjid pada suatu malam, saya mengunjungi beliau untuk membicarakan sesuatu hal. Setelah itu, saya pun berdiri untuk pulang ke rumah. Lalu beliau juga berdiri untuk menghantarkan saya pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang ke rumah, ada dua orang lelaki Ansar yang sedang berjalan. Ketika melihat Rasulullah SAW, maka keduanya mempercepatkan langkah hingga Rasulullah berkata kepada mereka berdua, "Perlahanan-lahan sahaja! Wanita ini adalah Shafiah binti Huyay, isteriku." Kedua orang lelaki Ansar itu berkata, "Subhanallahu ya Rasullulah!" Rasulullah pun berkata, "Sesungguhnya syaitan itu boleh masuk dalam diri manusia melalui aliran darah. Oleh kerana itu, aku khuatir kalau-kalau ia membisikkan niat jahat dalam hati kalian berdua."
(Riwayat Shahih Muslim)

Penerangan:
Mengikut satu riwayat ia menerangkan bahawasanya Shafiah binti Huyay r.a. pada ketika itu bertemu Rasulullah SAW untuk membicarakan mengenai sesuatu perkara dan pada malam itu bukanlah malam giliran bagi Shafiah binti Huyay r.a., selepas berbicara Rasulullah SAW ingin menemankannya pulang ke rumah kerana keadaan yang gelap di sekitar kawasan itu, pada ketika itu 2 lelaki Ansar melalui kawasan itu dan ternampak Rasulullah SAW dengan seorang wanita lalu mempercepatkan perjalanan mereka. Oleh kerana itu Rasulullah SAW memanggil mereka dan memberitahu mereka bahawasanya wanita itu adalah isterinya. Pada ketika itu kedua lelaki Ansar itu berkata mereka tidak bermaksud apa-apa. Rasulullah SAW menerangkan bahawasanya baginda mengerti mereka tidak berfikiran lain cuma apa yang ditakuti Rasulullah SAW syaitan membisikkan sesuatu ke dalam hati mereka.
Wallahualam.

Thursday, September 11, 2008

Apabila Allah SWT Mencintai Seseorang



Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya apabila Allah SWT mencintai seseorang, maka Dia akan memanggil malaikat Jibril seraya berkata, 'Hai Jibril, sesungguhnya Aku mencintai si fulan. Oleh kerana itu, cintailah ia!'

Rasulullah SAW bersabda: "Akhirnya orang tersebut pun dicintai Jibril. Setelah itu, Jibril berseru di atas langit, 'Sesungguhnya Allah SWT mencintai si fulan. Oleh kerana itu, cintailah ia!' Kemudian para penghuni langit pun mulai mencintainya pula.

Rasulullah SAW bersabda: "Setelah itu para penghuni bumi juga mencintainya."
Sebaliknya, apabila Allah SWT membenci seseorang, maka Dia akan memanggil malaikat Jibril dan berseru kepadanya, "Sesungguhnya Aku membenci si fulan, oleh kerana itu bencilah ia!"

Rasulullah SAW bersabda: "Lalu malaikat Jibril berseru di langit, "Sesungguhnya Allah SWT membenci si fulan, oleh kerana itu bencilah ia!"

Kemudian para penghuni langit membencinya. Setelah itu para penghuni bumi juga membencinya.
(Hadis Shahih Muslim)

Bersedekah Sekalipun Kurang Bermampu



Daripada Ummu Bujaid r.a., beliau berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya orang miskin sering datang ke pintu rumahku, tetapi aku tidak mempunyai sesuatu yang boleh diberikan kepadanya." Maka Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya engkau tidak mempunyai sesuatu untuk diberikan kepadanya melainkan kuku kuda yang telah terbakar maka hulurkanlah ke tangannya."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Penerangan:-
Rasulullah menggesa agar menghulurkan sedekah dengan apa sahaja benda yang dimiliki, sekalipun kuku kuda atau seumpamanya. Ia merupakan benda yang paling rendah nilainya. Kebanyakan fakir miskin tidak mahu menerimanya kerana ia tidak bermanfaat melainkan semasa kebuluran. Maka janganlah menolak permintaan orang yang memerlukan dalam keadaan merugikannya.
(Al-Muntaqo Syarah Muwatto')

Kesimpulan:-
Kesimpulan yang diperoleh dari hadis ini ialah kita hendaklah bersedekah sekalipun kemampuan kita terhad dan tidak mampu memberi sedekah yang begitu banyak. InsyaAllah dengan sedekah yang kita lakukan itu rezeki kita akan ditambah oleh Allah SWT sekalipun sedekah kita itu hanyalah terhad, semuanya akan dinilai oleh Allah SWT.

Agenda Kristian



Assalamualaikum.w.h.b.k.t...untuk pengetahuan semua.....ini bukanlah ayat al-Quran......


Semoga kita semua berhati-hati, jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.


Tolong Baca. Jangan biarkan kita di permainkan oleh org2 KAFIR. Jikalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject). Ini bukanlah ayat al-Quran tetapi ayat dari Bible.


Sila baca dan edarkan kepada seluruh umat Islam dan rakan-rakan kita sekalian. Jangan jadikan ia sebagai artikel berantai anggaplah satu yang penting kerana kita telah mengetahui akan perkara ini.

Inilah agenda Kristian, maka berhati-hatilah. Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga, tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah, namun sekali pandang macam ayat/kalimah Al-Quran sebenar ini adalah ayat Bible.


PERINGATAN!!!

Bermula pada 21/08/2006 lalu, sebuah Gereja di Damansara telah mengedarkan Kitab Injil dalam bahasa Melayu dinamakan AL-KITAB. Jangan Terpedaya dgn kitab ini.

Dalam pada itu 3 jenama Air mineral juga telah di edarkan dan telah berada di pasaran. Air Mineral tersebut ialah BESTARI, AL-BARAKAH dan AL-MANSUR. Air mineral ini dikatakan telah dicampurkan dengan HOLY WATER. Sesiapa yang meminumnya dikhuatiri tidak dapat MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH.


Ingat !!!!!!

Jangan ambil air ini sekiranya diberikan secara percuma atau berbayar sekalipun. Tolong Sebarkan artikel ini untuk kebaikan seluruh umat Islam....