Friday, January 11, 2008

3 Golongan Pertama Masuk Syurga dan 3 Golongan Pertama Masuk Neraka



Abu Hurairah ra. Berkata, Nabi SAW bersabda,


Maksudnya;

Telah ditunjukkan kepadaku tiga golongan pertama masuk syurga dan tiga golongan pertama masuk neraka. Adapun tiga golongan pertama masuk syurga ialah orang yang mati syahid, hamba sahaya yang taat kepada Allah walaupun dia sibuk sebagai hamba dan seorang fakir yang sopan yang tidak meminta-minta walaupun dia mempunyai anak isteri. Adapun ketiga orang pertama yang masuk neraka ialah raja atau pemerintah yang zalim, orang kaya yang tidak mengeluarkan zakat dan seorang miskin yang bercakap besar (sombong).

Tuesday, January 08, 2008

5 Wasiat Allah Kepada Nabi Ketika Isra’ dan Mikraj



Dari Nabi SAW bersabda,


Maksudnya,


Pada malam aku diisra’kan, apabila sampai ke langit Tuhanku Allah telah memberikan lima pegangan wasiat-Nya. Dia berfirman:




  1. Janganlah engkau cintakan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menciptakan dunia ini untuk engkau.

  2. Jadikanlah cintamu kepadaKu sebab tempat kembalimu adalah kepadaku.

  3. Berusahalah bersungguh-sungguh dalam mendapatkan syurga.

  4. Putuskanlah pengharapan daripada makhluk kerana sesungguhnya tidak ada sedikitpun kekuasaan di tangan mereka.

  5. Biasakanlah secara tetap mengerjakan solat tahajjud, kerana sesungguhnya pertolongan itu berkat dari qiamullail.

Syara’tul Islam