Monday, February 25, 2008

10 Kehormatan Orang Yang Zahid


Seorang alim pernah berkata, kehormatan seorang yang zahid itu ada sepuluh;

1. Memusuhi syaitan dianggap suatu kewajipan.
2. Tidak berbuat sesuatu kecuali dengan dalil yang dipertahankan di hari kiamat.
3. Sentiasa bersiap sedia menghadapi kematian.
4. Mereka mencintai dan membenci kerana Allah
5. Mereka menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada yang mungkar.
6. Mereka selalu memerhatikan dan memikirkan apa yang Allah jadikan.
7. Mereka menjaga hati dan fikiran sehingga jangan sampai memikirkan perkara yang tidak diredhai oleh Allah.
8. Sentiasa bimbang pembalasan Allah terhadap sesuatu pekerjaan.
9. Tidak berputus asa terhadap rahmat Allah.
10. Tidak gembira kerana mendapat dunia dan tidak susah jika tidak mendapat bahagian di dunia.

9 Orang SITI yang harus dicontohi


1. Siti Khadijah -

Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah -

Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata saya takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti A'ishah -

Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.


4) Siti Hajar -

Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).


5) Siti Mariam -

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah -

Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah -

Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah -

Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah -

Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.


* 9 Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah anda tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. sama-sama kita tingkatkan ilmu kita untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.

*Dipetik Dari Portal Muslimah…

Sunday, February 24, 2008

7 KALIMAH


Sabda Rasulullah S.A.W: Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.


1. Bismillahhirrahmannirrahim:- Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2. Alhamdulillah:- Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.


3. Astagfirrullah:- Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.


4. Insyaallah:- Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.


5. Lahaulawaquataillahbillah:- Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.


6.Innalillah:- Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.


7.Laillahailallah:- Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah.

6 Perkara Jaminan Ke Syurga


Dari Anas bin Malik r.a. berkata, Rasulullah S.A.W bersabda, “Terimalah daripadaku enam perkara, saya jamin engkau akan dimasukkan ke dalam syurga, iaitu:

1. Jika kamu bercakap, janganlah berbohong (dusta)
2. Jika kamu berjanji, janganlah kamu dustai.
3. Jika kamu diberi kepercayaan (amanah), janganlah kamu mengkhianatinya.
4. Pejamkanlah matamu.
5. Memelihara kemaluan.
6. Jagalah tangan dan kakimu dari segala yang haram, nescaya kamu akan
dimasukkan ke dalam syurga Tuhanmu.

10 PERINGATAN BUMI...


Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.


Berkata Anas Bin Malik r. a;


Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.


1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.


2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.


3. Engkau ketawa di atas perutku,tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.


4. Engkau bergembira di atasbelakangku, tetapi ingatlah! Engkauakan kecewa di dalam perutku.


5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.


6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah!Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.


7. Engkau angkuh di atas belakangku,tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.


8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.


9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang dibelakangku, tetapi ingatlah! Engkaua kan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.


10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.