Sunday, June 29, 2008

Tiga Macam Perkara Yang Tidak Diketahui


Tiga macam perkara yang tidak diketahui kecuali pada tiga macam:-
1. Orang yang sabar tidak diketahui kecuali ketika marah.
2. Orang yang berani tidak diketahui kecuali ketika perang.

3. Saudara tidak diketahui kecuali ketika berhajat (ada kepentingan).

-Luqman Al-Hakim

Friday, June 27, 2008

4 Perkara Yang Tidak Diketahui Kadarnya


Hatim Azzahid berkata: 4 perkara yang tidak diketahui kadarnya melainkan oleh 4 perkara:-
1) Muda tidak diketahui melainkan oleh orang tua.

2) Kesejahteraan (kedamaian) tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang terkena bala.
3) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang sakit.

4) Hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang telah mati.

Thursday, June 26, 2008

7 Keluhan Manusia


Selagi kita bernama manusia, pastinya kita tidak pernah lari dari perasaan tidak puas hati dan sentiasa mengeluh diatas setiap apa yang ditakdirkan untuk kita. Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda.

Keluhan Pertama:- Kenapa Aku Di Uji?
Surah Al-Ankabut ayat 2-3 Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdosa.

Keluhan Kedua:- Kenapa aku tidak mendapat apa yang aku idamkan?
Surah Al-Baqarah ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Keluhan Ketiga:- Kenapa aku menghadapi ujian seberat ini?
Surah Al-Baqarah ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Keluhan Keempat:- Aku merasa amat kecewa dengan apa yang terjadi!!
Surah Al-Imran ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

Keluhan Kelima:- Bagaimana aku harus menghadapinya?

1. Surah Al-Imran ayat 200
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah semoga kamu beruntung.
2. Surah Al-Baqarah ayat 45
Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.

Keluhan Keenam:- Kepada siapa harus aku berharap?
Surah At-Taubah ayat 129
Cukuplah Allah bagiku dan tidak ada selain Dia. Hanya kepada-Nya aku betawakal.

Keluhan Ketujuh:- Aku tidak dapat bertahan lagi?
Surah Yusuf ayat 87
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Rumah yg tidak dimasuki iblis


1) Rumah yang penghuninya saling bermaaf-maafan di antara satu sama lain

2) Rumah yang penghuninya berada dalam keadaan bersih dan berzikir kepada Allah

3) Rumah yang penghuninya sentiasa menjauhkan diri dari melakukan perbuatan tercela

4) Rumah yang penghuninya sentiasa merendah diri kepada Allah

5) Rumah yang penghuninya tidak melakukan perbuatan haram

6) Rumah yang penghuninya terdiri dari pesangan soleh dan solehah

7) Rumah yang penghuninya sentiasa berbakti kepada ibubapa

8) Rumah yang penghuninya sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah

9) Rumah yang penghuninya sentiasa menghubungkan tali silaturahim

10) Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga hak-hak dan kewajipan terhadap Allah

Sunday, June 22, 2008

TEMUDUGA TERBUKA- OPEN INTERVIEW


TEMUDUGA TERBUKA

Perhatian : Temuduga Terbuka!!!

EMPAT GANJARAN LUMAYAN
Nikmat Kubur
Perlindungan di Padang Masyar
Keselamatan Meniti Titian Sirat
Syurga yang Kekal Abadi

LOKASI TEMUDUGA :- Di Dalam Kubur (alam barzakh)

KELAYAKAN :-
1. Anda tidak perlu bawa sijil-sijil
2. Anda tidak perlu bawa pingat
3. Anda tidak perlu bawa harta atau wang (yang banyak)
4. Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem, atau berbadan tegap atau seksi.
(Anda cuma perlu bawa dokumen asal Iman dan Amal)

PANEL/PENEMUDUGA :-
Mungkar dan Nakir (Bertauliah)


**Enam soalan utama yang mudah akan disoal**
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:-
Anda hanya perlu menunggu penjemput Kami yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila–bila masa sahaja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

“SEMOGA BERJAYA”

“SELAMAT MENJAWAB”

Nota:- Soalan-soalan temuduga ini telah dibocorkan tapi hanya iman dan amal sahaja akan menentukan dapatkah kita menjawabnya. Marilah sama-sama kita bersedia, menambahkan amal kita, moga kita termasuk dalam golongan orang yang berjaya.

MARAH


Imam Ghazali berkata: “Kemarahan manusia bermacam-macam, Sesetengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Sesetengahnya lambat marah, lambat pula redanya. Sesetengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yang terpuji.”

Tapi bagaimana Rasulullah SAW apabila beliau marah? Kemarahannya adalah kerana kebenaran, ertinya kerana kebenaranlah baginda melahirkan kemarahannya. Tetapi dengan cara sopan, sesuai dengan doanya ini iaitu:

“Aku pohonkan kepada Engkau kalimat kebenaran pada masa marah dan suka.”

Maksudnya, Rasulullah saw tidak berkata kecuali yang benar saja sama ada waktu marah atau waktu tidak marah. Kemarahan Rasulullah saw kerana ada perkara yang tidak disukai yang menyalahi dari yang benar sebagaimana yang diajarkan agama atau yang terang-terang dilarang oleh agama.

- Kitab Matan al-Arba’in – Syeikh Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al-Nawawi

Saturday, June 14, 2008

Penyebab Penyakit Lupa


1. Memakan makanan yang telah dimasuki serangga.
2. Makan kepala ikan.
3. Makan organ dalaman binatang.
4. Memakan epal masam.
5. Membaca tulisan di atas batu nisan di tanah perkuburan.
6. Sering melihat kemaluan, termasuk kemaluan sendiri tanpa sebab.
7. Melihat najis ketika buang air besar.

Wednesday, June 11, 2008

TANDA-TANDA ORANG MUNAFIK


Dalam Kitab Shahih al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan dari Abdullah bin Amr, dari Nabi SAW, beliau bersabda: “Ada tiga hal, yang jika ketiganya ada pada seseorang, maka ia seorang munafik murni (tulen). Dan barangsiapa yang pada dirinya terdapat salah satu dari ketiganya, maka pada dirinya itu terdapat satu sifat kemunafikan sehingga ia meninggalkannya. Iaitu orang yang apabila berbicara ia berdusta, apabila berjanji tidak menepati, dan apabila diberi kepercayaan berkhianat.” (Mutatafaqun ‘alaih)

Tuesday, June 10, 2008

Perbuatan Paling Utama



Dalam kitab Shahihain (al-Bukhari dan Muslim) diriwayatkan hadits dari Ibnu Mas’ud, katanya: Aku pernah bertanya: “Ya Rasulullah SAW, perbuatan apakah paling utama?” “Shalat tepat pada waktunya,” jawab Rasulullah SAW. “Lalu apa lagi,” tanyaku lebih lanjut. Beliau menjawab: “Berbakti kepada ibu bapa.” Selanjutnya ku tanyakan: “Lalu apa lagi?” Beliau menjawab: “Berjihad di jalan Allah.”

Sunday, June 08, 2008

8 SIMPLE STEPS TO BOOST YOUR PC SYSTEM AND AVOID PC HANGS


STEP 1: Click "Start" from your dekstop then go to "Run" and type "regedit".
Registry Editor window appears.

STEP 2: Double left click "HKEY_CURRENT USER".
Choices under HKEY_CURRENT USER appears.

STEP 3: Double left click "Control Panel".
Choices under Control Panel appears.

STEP 4: Double left click "Desktop".
Choices from the right appears.

STEP 5: Double left click "CursorBlinkRate", then change its value data to "5".

STEP 6: Double left click "HungAppTimeout", then change its value data to "500".
Note: you must not change its value data lower than "350".

STEP 7: Double left click "MenuShowDelay", then change its value data to "200".

STEP 8: Double left click "WaitToKillAppTimeout", then change its value data to "2000".

After that, close the Registry window and thats it! ^_^

STOP Supporting Baby KILLERS





Saturday, June 07, 2008

The Biggest Robbery In The 20th Century

Agenda Jahat Yahudi Musnahkan Islam


The new AMERICAN Quran: a dangerous trick
The 21st Century Quran

Antara laman wev yang digunakan dengan niat memburukkan Islam termasuk maklumat berhubung hadis dan Al-Quran serta tersebar kini secara meluas ialah www.answeringislam.org, www.aboutislam.com, www.thequran.com dan www.allahassurance.com

Kegiatan jahad Yahudi turut dikesan melalui pengedaran The 21st Century Quran setebal 366 halaman dalam versi bahasa Arab dan Inggeris kepada kanak-kanak dibeberapa sekolah persendirian Inggeris di Kuwait.

Kitab baru ini mengandungi 77 surah seperti al-Fatihah, al-Jana dan al-Injil, tidak dimulai dengan Bismillah tetapi ayat panjang merangkumi tiga kepercayaan Kristian yang dilakukan dengan niat mengelirukan umat Islam apalagi di kalangan mualaf.

Selain itu, ia menentang banyak ajaran Islam seperti mempunyai isteri lebih daripada seorang dianggap sebagai berzina dan penceraian tidak dibenarkan dalam Islam, manakala Jihad pula ditakrifkan haram dengan beberapa bahagian menghina Allah SWT secara langsung.