Sunday, June 22, 2008

MARAH


Imam Ghazali berkata: “Kemarahan manusia bermacam-macam, Sesetengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Sesetengahnya lambat marah, lambat pula redanya. Sesetengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yang terpuji.”

Tapi bagaimana Rasulullah SAW apabila beliau marah? Kemarahannya adalah kerana kebenaran, ertinya kerana kebenaranlah baginda melahirkan kemarahannya. Tetapi dengan cara sopan, sesuai dengan doanya ini iaitu:

“Aku pohonkan kepada Engkau kalimat kebenaran pada masa marah dan suka.”

Maksudnya, Rasulullah saw tidak berkata kecuali yang benar saja sama ada waktu marah atau waktu tidak marah. Kemarahan Rasulullah saw kerana ada perkara yang tidak disukai yang menyalahi dari yang benar sebagaimana yang diajarkan agama atau yang terang-terang dilarang oleh agama.

- Kitab Matan al-Arba’in – Syeikh Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al-Nawawi

No comments: