Sunday, June 22, 2008

TEMUDUGA TERBUKA- OPEN INTERVIEW


TEMUDUGA TERBUKA

Perhatian : Temuduga Terbuka!!!

EMPAT GANJARAN LUMAYAN
Nikmat Kubur
Perlindungan di Padang Masyar
Keselamatan Meniti Titian Sirat
Syurga yang Kekal Abadi

LOKASI TEMUDUGA :- Di Dalam Kubur (alam barzakh)

KELAYAKAN :-
1. Anda tidak perlu bawa sijil-sijil
2. Anda tidak perlu bawa pingat
3. Anda tidak perlu bawa harta atau wang (yang banyak)
4. Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem, atau berbadan tegap atau seksi.
(Anda cuma perlu bawa dokumen asal Iman dan Amal)

PANEL/PENEMUDUGA :-
Mungkar dan Nakir (Bertauliah)


**Enam soalan utama yang mudah akan disoal**
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:-
Anda hanya perlu menunggu penjemput Kami yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila–bila masa sahaja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

“SEMOGA BERJAYA”

“SELAMAT MENJAWAB”

Nota:- Soalan-soalan temuduga ini telah dibocorkan tapi hanya iman dan amal sahaja akan menentukan dapatkah kita menjawabnya. Marilah sama-sama kita bersedia, menambahkan amal kita, moga kita termasuk dalam golongan orang yang berjaya.

3 comments:

ariff mohd said...

wah temuduga terbuka ni man.....dah sedia blum?....hehe:)

Zahrina Masturah said...

syukran melawati blog ana...
blog ini juga bnyk maklumat2 yg bleh dikongsi..
salam ziarah, salam perjuangan...

Niealex said...

uu... terasa penangan bahasanya.