Wednesday, August 27, 2008

Mimpi Rasulullah S.A.W


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi- mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan"

  1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
  2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
  3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
  4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
  5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga dia merasa puas.
  6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
  7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.
  8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
  9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Tuesday, August 26, 2008

Kelebihan Ayat Kursi



Daripada Abu Umamah r.a., Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang membaca ayat Kursi sesudah setiap kali solat, tidak ada yang dapat mencegahnya daripada memasuki syurga sehinggalah ia mati."
(Riwayat al-Nasa'i dan al-Tabrani)

Sunday, August 24, 2008

7 Golongan Mendapat Naungan Allah


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda:
"Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya: Imam yang adil; pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah; insan yang hatinya terpaut dengan masjid; dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah; insan yang diajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik lalu ia berkata: 'Sesungguhnya aku takutkan Allah'; insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya; insan mengingati Allah secara bersunyian lalu berlinangan air mata."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, August 19, 2008

Kurma Israel





Assalamualaikum...
Bulan Ramadhan bakal menjelma.........berhati-hati........be careful of Kurma Yahudi .. Tolong Distribute!

Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini. Kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.

Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.

PLEZ FOWARD...

Sumber:- hicarls@yahoo.com

Saturday, August 09, 2008

Doa Pemudah Sesuatu Perkara


Daripada Anas bin Malik r.a., bersabda Rasulullah SAW: "Ya Allah! Tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau menjadikannya mudah. Engkau menjadikan suatu kepayahan menjadi mudah apabila Engkau kehendaki ia menjadi mudah."
(Riwayat Ibn Hibban)




This video by Sheikh Mishary Rashid. This video is about a du'aa in time of difficulity especially when we have any exam or in any situation. From this video, we must believe that Allah is always with us and will help us in any situation.

The Du'aa of the one experiencing diffulty:-

'O Allah there is no ease..except what You make easy...3x ...And You make the difficult easy, if You wish.....
This Du'aa is from Hadis above from Ibn Hibban

Friday, August 08, 2008

Perkara Yang Mendorong Syahwat


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu menguap, cubalah elakkannya selagi mana terdaya, dan janganlah berkata: 'Hah! hah!'; kerana ia adalah daripada syaitan yang mentertawakannya."
(Riwayat al-Tirmizi)

Keterangan:-
1. "Cubalah elakkannya": Cuba menutup mulut dengan meletakkan tangan di atasnya.
2. Imam al-Nawawi mengatakan: Menguap adalah daripada syaitan kerana ia mendorong kepada syahwat. Ia menyebabkan seseorang menjadi malas dan ingin berehat berterusan. Hadis ini mengingatkan agar kita berwaspada terhadap perkara-perkara yang menyebabkan seseorang itu mengantuk seperti makan terlalu banyak.

(Tuhfah al-Ahwazi)

Sunday, August 03, 2008

Kelebihan Al-Quran


Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai 'ahli' daripada kalangan manusia. Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?" Baginda bersabda: "Merekalah ahli al-Quran iaitu 'ahli' Allah dan golongan pilihan-Nya."
(Riwayat Ibn Majah)

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi SAW bersabda: "Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada golongannya."
(Riwayat Muslim)

Daripada Uthman bin Affan r.a., Nabi SAW bersabda: "Orang yang terbaik daripada kamu ialah orang belajar al-Quran dan mengajarnya."
(Riwayat al-Bukhari)