Sunday, August 24, 2008

7 Golongan Mendapat Naungan Allah


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda:
"Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya: Imam yang adil; pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah; insan yang hatinya terpaut dengan masjid; dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah; insan yang diajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik lalu ia berkata: 'Sesungguhnya aku takutkan Allah'; insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya; insan mengingati Allah secara bersunyian lalu berlinangan air mata."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

No comments: