Sunday, August 03, 2008

Kelebihan Al-Quran


Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai 'ahli' daripada kalangan manusia. Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?" Baginda bersabda: "Merekalah ahli al-Quran iaitu 'ahli' Allah dan golongan pilihan-Nya."
(Riwayat Ibn Majah)

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi SAW bersabda: "Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada golongannya."
(Riwayat Muslim)

Daripada Uthman bin Affan r.a., Nabi SAW bersabda: "Orang yang terbaik daripada kamu ialah orang belajar al-Quran dan mengajarnya."
(Riwayat al-Bukhari)

1 comment:

Hilal Asyraf said...

Assalamu'alaikum...
alhamdulillah di dunia ini ada orang seperti anda...
semoga ALLAH merahmati...
saya ada blog...
jemput singgah...
ada karya2 ISLAMIK yang saya buat sendiri,
seterusnya ada tzkirah dan perkongsian,
datanglah
http://www.langitillahi.blogspot.com