Friday, August 08, 2008

Perkara Yang Mendorong Syahwat


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu menguap, cubalah elakkannya selagi mana terdaya, dan janganlah berkata: 'Hah! hah!'; kerana ia adalah daripada syaitan yang mentertawakannya."
(Riwayat al-Tirmizi)

Keterangan:-
1. "Cubalah elakkannya": Cuba menutup mulut dengan meletakkan tangan di atasnya.
2. Imam al-Nawawi mengatakan: Menguap adalah daripada syaitan kerana ia mendorong kepada syahwat. Ia menyebabkan seseorang menjadi malas dan ingin berehat berterusan. Hadis ini mengingatkan agar kita berwaspada terhadap perkara-perkara yang menyebabkan seseorang itu mengantuk seperti makan terlalu banyak.

(Tuhfah al-Ahwazi)

No comments: