Tuesday, September 23, 2008

Penghuni Syurga


"Sesungguhnya orang yang mengatakan: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap istiqamah. Maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang mereka kerjakan."
(Surah al-Ahqaf:13-14)

Tanda-Tanda Menjelang Kiamat


Dari Hudzaifah bin Usaid Al-Ghifari r.a., dia berkata, "Pada suatu ketika, secara tiba-tiba, Rasulullah SAW mendatangi kami yang sedang berbincang-bincang sambil bertanya, 'Apa yang sedang kalian perbincangkan?'

Para sahabat menjawab, "Kami berbincang-bincang tentang kiamat."

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya kiamat tidak akan terjadi hingga kalian melihat sepuluh tanda sebelumnya:-
1) Asap.

2) Dajjal.

3) Makhluk yang melata.
4) Munculnya matahari dari barat.
5) Turunnya Nabi Isa
6) Ya'juj dan Ma'juj, serta tiga gerhana iaitu,
7) Gerhana di timur
8) Gerhana di barat dan,

9) Gerhana di Jazirah Arab
10) Api yang keluar dari Yaman yang menghalau umat manusia ke masyar.
(Hadis Shahih Muslim)

Tuesday, September 16, 2008

Warisan Yang Menguntungkan


Daripada Abu Darda' r.a., Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna."
(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban)

Penerangan:-
-"Dinar dan Dirham":
Perkara dunia. Para Nabi tidak mengambil perkara dunia melainkan sekadar keperluan sahaja.
-"Siapa yang mengambilnya":
Boleh juga difahami dengan erti perintah Nabi SAW, iaitu siapa yang mengambilnya hendaklah ia mengambil dengan banyak dan janganlah merasa cukup dengan sedikit.
(Tuhfah al-Ahwazi)

Sunday, September 14, 2008

Berbakti Kepada Ibu Bapa


Daripada Abu Hurairah r.a., dia berkata:
"Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya: 'Ya Rasulullah, siapakah orang yang lebih berhak saya hormati?'

Rasulullah SAW menjawab: "Ibumu."

Orang tersebut bertanya lagi: "Lalu siapa?"

Rasulullah SAW menjawab: "Ibumu."

Orang itu bertanya lagi: "Setelah itu siapa?"
Rasulullah SAW menjawab: "Ibumu."

Orang tersebut bertanya lagi: "Kemudian siapa?"
Akhirnya Rasulullah SAW menjawab: "Kemudian ayahmu."
(Hadis Shahih Muslim)

Adab-Adab Berbuka Puasa



1. Menyegerakan berbuka sejurus waktu maghrib
Berdasarkan hadis daripada Sahl bin Sa'd, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Manusia akan terus berada dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Memulakan makan dengan basmalah, makan dengan tangan kanan dan mengakhirinya dengan hamdalah.
Berdasarkan hadis 'Umar bin Abi Salamah r.a. (anak tiri Rasulullah SAW) yang pernah tinggal di bawah jagaan Nabi SAW. Kata Umar, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: "Wahai budak kecil! Apabila kamu hendak makan maka sebutlah nama Allah, gunakanlah tangan kananmu, dan ambillah makanan yang terhidang dekat denganmu."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. Rutab adalh buah kurma yang separuh masak, yang lembut dan manis rasanya. Tamar pula ialah buah kurma yang sudah kering.
Rutab ialah kurma masak yang masih basah. Apabila ia kering dan mengecut ia dipanggil tamar. Anas berkata, "Rasulullah SAW berbuka puasa sebelum solat maghrib dengan beberapa biji rutab (sekurang-kurangnya tiga biji), jika tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar dan jika tiada tamar maka baginda meneguk beberapa teguk air, sesungguhnya ia adalah suci."
(Riwayat at-Tirmizi)

4. Segera solat maghrib selepas berbuka jika makanan belum dihidangkan
Sekiranya makanan telah dihidangkan, makruh kita meninggalkan makanan kerana mahu segera menunaikan solat. Makruh disini adalah hal-hal yang dapat mengurangi kesempurnaan solat namun tidaklah sampai membatalkannya.
(Abdulah bin ‘Abd al-Rahman ‘Ali Bassam, Tanbih al-Afham wa Taisir al-‘Alam, Dar Ibnu Haitsam, Cairo, 1992 : 157-158)

5. Tidak makan dengan kadar berlebihan
Firman Allah SWT : "Dan makanlah kamu dan minumlah kamu , dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia (Allah) tidak suka orang yang berlebih-lebihan."
(Surah Al-'Araaf : 31)

Rasulullah SAW bersabda supaya kita membahagikan perut kita kepada tiga bahagian iaitu satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.
(Riwayat at-Tirmizi)

6. Berbuka puasa secara berjemaah.

7. Berdoa ketika berbuka puasa
Berdasarkan kepada hadis Nabi SAW: "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka."
(Riwayat Ibn Majah)

8. Berdoa kepada mereka yang menyediakan hidangan berbuka
Ini seperti doa Nabi SAW kepada para sahabat yang menjamu Baginda dengan makanan dan minuman seperti yang diriwayatkan oleh ‘Abdillah bin Busr di mana Nabi menyebut: …Ya Allah! Berkatilah mereka pada rezeki yang Engkau anugerahkan, ampunilah mereka dan rahmatilah mereka.
(Riwayat Muslim)

9. Menyediakan Iftar (hidangan berbuka) bagi mereka yang berpuasa
Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang menyediakan makanan berbuka untuk orang yang berpuasa, maka dia mendapat ganjaran sepertinya (orang yang berpuasa) tanpa dikurangi sedikitpun ganjaran orang yang berpuasa itu”.
(Riwayat at-Tirmizi)

10. Tidak mencela makanan
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW tidak pernah mencela mana-mana makanan. Apabila Baginda menyukai (mengingini) sesuatu makanan dimakannya, dan apabila Baginda tidak menyukainya ditinggalkan sahaja.
(Riwayat Muslim)

11. Menjilat jari sejurus selesai makan
Abdullah Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang kamu makan maka janganlah dia menyapu tangannya sebelum dia menjilat jari-jarinya."
(Riwayat Bukhari)

Saturday, September 13, 2008

Kelebihan Membelanjakan Harta Di Jalan Allah


"Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan."
(Surah al-Baqarah : 265)

Antara janji Allah SWT adalah melipat gandakan pahala orang-orang yang bertakwa dan beramal soleh, iaitu orang-orang yang mencintai Allah dan menafkahkan apa yang mereka cintai kerana mencari keredhaan Allah SWT.

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."
(Surah Ali-Imran : 134)

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnianNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak pula akan berdukacita."
(Surah al-Baqarah : 261-262)

'Wanita Ini Adalah Isteriku'


Dari Shafiah binti Huyay r.a., isteri Rasulullah SAW, dia berkata, "Ketika Rasulullah SAW sedang iktikaf di masjid pada suatu malam, saya mengunjungi beliau untuk membicarakan sesuatu hal. Setelah itu, saya pun berdiri untuk pulang ke rumah. Lalu beliau juga berdiri untuk menghantarkan saya pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang ke rumah, ada dua orang lelaki Ansar yang sedang berjalan. Ketika melihat Rasulullah SAW, maka keduanya mempercepatkan langkah hingga Rasulullah berkata kepada mereka berdua, "Perlahanan-lahan sahaja! Wanita ini adalah Shafiah binti Huyay, isteriku." Kedua orang lelaki Ansar itu berkata, "Subhanallahu ya Rasullulah!" Rasulullah pun berkata, "Sesungguhnya syaitan itu boleh masuk dalam diri manusia melalui aliran darah. Oleh kerana itu, aku khuatir kalau-kalau ia membisikkan niat jahat dalam hati kalian berdua."
(Riwayat Shahih Muslim)

Penerangan:
Mengikut satu riwayat ia menerangkan bahawasanya Shafiah binti Huyay r.a. pada ketika itu bertemu Rasulullah SAW untuk membicarakan mengenai sesuatu perkara dan pada malam itu bukanlah malam giliran bagi Shafiah binti Huyay r.a., selepas berbicara Rasulullah SAW ingin menemankannya pulang ke rumah kerana keadaan yang gelap di sekitar kawasan itu, pada ketika itu 2 lelaki Ansar melalui kawasan itu dan ternampak Rasulullah SAW dengan seorang wanita lalu mempercepatkan perjalanan mereka. Oleh kerana itu Rasulullah SAW memanggil mereka dan memberitahu mereka bahawasanya wanita itu adalah isterinya. Pada ketika itu kedua lelaki Ansar itu berkata mereka tidak bermaksud apa-apa. Rasulullah SAW menerangkan bahawasanya baginda mengerti mereka tidak berfikiran lain cuma apa yang ditakuti Rasulullah SAW syaitan membisikkan sesuatu ke dalam hati mereka.
Wallahualam.

Thursday, September 11, 2008

Apabila Allah SWT Mencintai Seseorang



Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya apabila Allah SWT mencintai seseorang, maka Dia akan memanggil malaikat Jibril seraya berkata, 'Hai Jibril, sesungguhnya Aku mencintai si fulan. Oleh kerana itu, cintailah ia!'

Rasulullah SAW bersabda: "Akhirnya orang tersebut pun dicintai Jibril. Setelah itu, Jibril berseru di atas langit, 'Sesungguhnya Allah SWT mencintai si fulan. Oleh kerana itu, cintailah ia!' Kemudian para penghuni langit pun mulai mencintainya pula.

Rasulullah SAW bersabda: "Setelah itu para penghuni bumi juga mencintainya."
Sebaliknya, apabila Allah SWT membenci seseorang, maka Dia akan memanggil malaikat Jibril dan berseru kepadanya, "Sesungguhnya Aku membenci si fulan, oleh kerana itu bencilah ia!"

Rasulullah SAW bersabda: "Lalu malaikat Jibril berseru di langit, "Sesungguhnya Allah SWT membenci si fulan, oleh kerana itu bencilah ia!"

Kemudian para penghuni langit membencinya. Setelah itu para penghuni bumi juga membencinya.
(Hadis Shahih Muslim)

Bersedekah Sekalipun Kurang Bermampu



Daripada Ummu Bujaid r.a., beliau berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya orang miskin sering datang ke pintu rumahku, tetapi aku tidak mempunyai sesuatu yang boleh diberikan kepadanya." Maka Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya engkau tidak mempunyai sesuatu untuk diberikan kepadanya melainkan kuku kuda yang telah terbakar maka hulurkanlah ke tangannya."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Penerangan:-
Rasulullah menggesa agar menghulurkan sedekah dengan apa sahaja benda yang dimiliki, sekalipun kuku kuda atau seumpamanya. Ia merupakan benda yang paling rendah nilainya. Kebanyakan fakir miskin tidak mahu menerimanya kerana ia tidak bermanfaat melainkan semasa kebuluran. Maka janganlah menolak permintaan orang yang memerlukan dalam keadaan merugikannya.
(Al-Muntaqo Syarah Muwatto')

Kesimpulan:-
Kesimpulan yang diperoleh dari hadis ini ialah kita hendaklah bersedekah sekalipun kemampuan kita terhad dan tidak mampu memberi sedekah yang begitu banyak. InsyaAllah dengan sedekah yang kita lakukan itu rezeki kita akan ditambah oleh Allah SWT sekalipun sedekah kita itu hanyalah terhad, semuanya akan dinilai oleh Allah SWT.

Agenda Kristian



Assalamualaikum.w.h.b.k.t...untuk pengetahuan semua.....ini bukanlah ayat al-Quran......


Semoga kita semua berhati-hati, jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.


Tolong Baca. Jangan biarkan kita di permainkan oleh org2 KAFIR. Jikalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject). Ini bukanlah ayat al-Quran tetapi ayat dari Bible.


Sila baca dan edarkan kepada seluruh umat Islam dan rakan-rakan kita sekalian. Jangan jadikan ia sebagai artikel berantai anggaplah satu yang penting kerana kita telah mengetahui akan perkara ini.

Inilah agenda Kristian, maka berhati-hatilah. Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga, tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah, namun sekali pandang macam ayat/kalimah Al-Quran sebenar ini adalah ayat Bible.


PERINGATAN!!!

Bermula pada 21/08/2006 lalu, sebuah Gereja di Damansara telah mengedarkan Kitab Injil dalam bahasa Melayu dinamakan AL-KITAB. Jangan Terpedaya dgn kitab ini.

Dalam pada itu 3 jenama Air mineral juga telah di edarkan dan telah berada di pasaran. Air Mineral tersebut ialah BESTARI, AL-BARAKAH dan AL-MANSUR. Air mineral ini dikatakan telah dicampurkan dengan HOLY WATER. Sesiapa yang meminumnya dikhuatiri tidak dapat MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH.


Ingat !!!!!!

Jangan ambil air ini sekiranya diberikan secara percuma atau berbayar sekalipun. Tolong Sebarkan artikel ini untuk kebaikan seluruh umat Islam....


Wednesday, September 10, 2008

Tiga Doa Mustajab


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda: "Tiga doa yang mustajab, tanpa syak lagi; doa orang yang dizalimi, doa orang musafir dan doa bapa kepada anaknya."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Tuesday, September 09, 2008

Ramadhan Al-Mubarak



"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
(Surah Al-Baqarah:183)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
, Rasulullah SAW bersabda: "Ketika Ramadhan tiba, semua gerbang syurga terbuka."
(Riwayat Shahih Bukhari)

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda: "Puasa adalah pelindung daripada neraka. Sekiranya seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, maka janganlah bercakap kotor dan janganlah menengking. Jika seseorang mencela atau ingin bergaduh dengannya, katakanlah: 'Sesungguhnya aku berpuasa'."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani r.a., Nabi SAW bersabda: "Siapa yang memberi makanan kepada seseorang untuk berbuka puasa, nescaya ia mendapat ganjaran yang sama dengan orang yang berpuasa itu."
(Riwayat al-Tirmizi)

Dari Abi Sa'id Al-Khudri katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sahur itu berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan meneguk seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas orang yang makan sahur."
(HR. Ahmad)

Diriwayatkan daripada Anas r.a., Zaid bin Tsabit berkata, "Kami sahur bersama Rasulullah SAW, kemudian Nabi SAW berdiri untuk mengerjakan solat." Aku bertanya, "Apa yang menjadi batas antara sahur dan azan? Ia menjawab, "Batasnya jarak waktu yang cukup lama untuk membaca lima puluh ayat al-Quran."
(Riwayat Shahih Bukhari)

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda: "Bersahurlah! Sesungguhnya terdapat padanya keberkatan."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manusia tidak henti-hentinya mendapat kebaikan selama mereka mempercepatkan berbuka puasa."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang mendirikan malam-malam dalam bulan Ramadhan kerana iman dan dan mengharap pahala (dari Allah), nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu"
(Hadis Mutaffaqun Alaih)

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam al-Qadar. Dan tahukah kamu apa dia kebesaran malam al-Qadar itu? Iaitu malam yang padanya lebih baik dari seribu bulan. Turun para malaikat dan Jibril pada malam itu dengan izin tuhan mereka kerana segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun beikut). Sejahteralah malam itu hingga terbitnya fajar.
(Al-Qadr : 1-5)

Monday, September 08, 2008

Akibat Fitnah!!!



Di Madinah, ada seorang lelaki yang mempunyai adik perempuan yang sedang sakit. Lelaki itu pulang ke kampung apabila diberitahu mengenai adik perempuannya yang sedang sakit kuat. Lelaki itu tinggal di kampung sehingga adiknya meninggal dunia.

Selepas selesai mengebumikan adiknya, dia pun pulang ke rumah. Tiba-tiba lelaki itu teringat beg duitnya tertinggal di dalam kubur adiknya. Lalu, dia mengajak kawannya pergi bersama-sama ke kubur. Lelaki itu meminta tolong kepada kawannya menggali kubur adiknya. Kawannya segera menggali kubur itu.

Lelaki itu pun bertanya kepada kawannya, "Bagaimanakah keadaan adikku di dalam kubur itu?"


Kawannya pun menggali lubang kubur itu. Tiba-tiba mereka melihat ada api menyala dari lubang kubur itu. Kawan lelaki itu pun segera menutup lubang kubur itu. Lelaki itu segera pulang ke rumahnya dan bertemu dengan ibunya.


Lelaki itu bertanya kepada ibunya, "Wahai ibuku, bolehkah ibu menceritakan perbuatan yang tidak baik yang sudah adikku lakukan?" Ibunya berkata, "Adikmu itu suka pergi ke rumah jiran dan menceritakan keburukan orang lain. Dia suka menyebarkan fitnah."

Saturday, September 06, 2008

KHATAM QURAN IN 30 DAYS


Do You Want To Finish Reading The Holy Quran This Ramadhan???
All you have to do is to read around 4.1 pages after each prayer....

Check This Out....!!!!
4.1 (pages) * 5 (prayers/day) * 30 (days) = 615
(Number of Quran pages = 604)
That means you have finish the whole Quran and start again from the beginning....

Wow!
I never knew it was that easy to read the whole Qura'an each month, by spending few minutes after each prayer....

WHAT AN INVESTMENT!!!
If you are in real hurry you can finish it once every two months by reading just 2 pages...

CAN YOU BELIEVE THAT???
And remeber, each letter you read in Quran counts 10 hasanat...
What about a word??

What about a line??
What about a page??
What about a part??

What about the whole Quran??

What Wil You Do About It??
The Least You Can Do Is Let Others Know....
Thank You...:)


Articles From :- a.firhati isamuddin (a.firhati@yahoo.com.my)

Wednesday, September 03, 2008

Kembali Kepada Al-Quran dan Sunah Rasulullah SAW


Firman Allah SWT yang mafhumnya,
"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul Allah dan juga kepada uli amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (sunah) Rasul-Nya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."

(QS 4:59)

Tuesday, September 02, 2008

HIKMAH BERKASIH SAYANG

Picture From Shazlina


Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., Nabi SAW bersabda: "Seseorang itu adalah bersama orang yang ia kasihi."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Penjelasan:-
Sesiapa yang mengasihi suatu golongan dengan ikhlas ia akan dihimpunkan bersama mereka. Sekalipun amalannya tidak menyamai mereka, tetapi hatinya telah mendekati. Kemungkinan kasih sayang itu mendorongnya untuk melakukan amalan yang sama.
('Aun al-Ma'bud)