Thursday, September 11, 2008

Apabila Allah SWT Mencintai Seseorang



Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya apabila Allah SWT mencintai seseorang, maka Dia akan memanggil malaikat Jibril seraya berkata, 'Hai Jibril, sesungguhnya Aku mencintai si fulan. Oleh kerana itu, cintailah ia!'

Rasulullah SAW bersabda: "Akhirnya orang tersebut pun dicintai Jibril. Setelah itu, Jibril berseru di atas langit, 'Sesungguhnya Allah SWT mencintai si fulan. Oleh kerana itu, cintailah ia!' Kemudian para penghuni langit pun mulai mencintainya pula.

Rasulullah SAW bersabda: "Setelah itu para penghuni bumi juga mencintainya."
Sebaliknya, apabila Allah SWT membenci seseorang, maka Dia akan memanggil malaikat Jibril dan berseru kepadanya, "Sesungguhnya Aku membenci si fulan, oleh kerana itu bencilah ia!"

Rasulullah SAW bersabda: "Lalu malaikat Jibril berseru di langit, "Sesungguhnya Allah SWT membenci si fulan, oleh kerana itu bencilah ia!"

Kemudian para penghuni langit membencinya. Setelah itu para penghuni bumi juga membencinya.
(Hadis Shahih Muslim)

2 comments:

♥ Me MusLiMaH ♥ said...

a quite good tp ader style x camner nak dapat hidayah selain daripada minx doa je??

LuQmAn NuL HaKiM BiN HaMzAH said...

Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah SWT, berikut adalah antara cara-cara memperolehi petunjuk dan hidayah seta mengekalkan hidayah dari Allah
- Mensyukuri nikmat Allah.
- Yakin kepada kebeanaran akidah.
- Berakhlak mulia dalam kehidupan
- Bersungguh-sungguh menimba ilmu
- Berdoa memohon pertolongan Allah
- Memelihara hubungan baik antara makhluk.
- Melaksanakan tanggungjawab amar makruf dan nahi munkar
- Mempertingkatkan ibadat seperti solat dan membaca al-Quran.

InsyaAllah akan masukkan artikel berkaitan Hidayah Allah dan penjelasan yang lebih lagi mengenai ini selepas ini.