Thursday, September 11, 2008

Bersedekah Sekalipun Kurang Bermampu



Daripada Ummu Bujaid r.a., beliau berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya orang miskin sering datang ke pintu rumahku, tetapi aku tidak mempunyai sesuatu yang boleh diberikan kepadanya." Maka Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya engkau tidak mempunyai sesuatu untuk diberikan kepadanya melainkan kuku kuda yang telah terbakar maka hulurkanlah ke tangannya."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Penerangan:-
Rasulullah menggesa agar menghulurkan sedekah dengan apa sahaja benda yang dimiliki, sekalipun kuku kuda atau seumpamanya. Ia merupakan benda yang paling rendah nilainya. Kebanyakan fakir miskin tidak mahu menerimanya kerana ia tidak bermanfaat melainkan semasa kebuluran. Maka janganlah menolak permintaan orang yang memerlukan dalam keadaan merugikannya.
(Al-Muntaqo Syarah Muwatto')

Kesimpulan:-
Kesimpulan yang diperoleh dari hadis ini ialah kita hendaklah bersedekah sekalipun kemampuan kita terhad dan tidak mampu memberi sedekah yang begitu banyak. InsyaAllah dengan sedekah yang kita lakukan itu rezeki kita akan ditambah oleh Allah SWT sekalipun sedekah kita itu hanyalah terhad, semuanya akan dinilai oleh Allah SWT.

1 comment:

♥ Me MusLiMaH ♥ said...

hurm..kalo camtuh patut ke kita sedekah pada org yang sebenarnye mampu tp buat² x mampu?? mane aci kalo camtuh..