Saturday, September 13, 2008

'Wanita Ini Adalah Isteriku'


Dari Shafiah binti Huyay r.a., isteri Rasulullah SAW, dia berkata, "Ketika Rasulullah SAW sedang iktikaf di masjid pada suatu malam, saya mengunjungi beliau untuk membicarakan sesuatu hal. Setelah itu, saya pun berdiri untuk pulang ke rumah. Lalu beliau juga berdiri untuk menghantarkan saya pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang ke rumah, ada dua orang lelaki Ansar yang sedang berjalan. Ketika melihat Rasulullah SAW, maka keduanya mempercepatkan langkah hingga Rasulullah berkata kepada mereka berdua, "Perlahanan-lahan sahaja! Wanita ini adalah Shafiah binti Huyay, isteriku." Kedua orang lelaki Ansar itu berkata, "Subhanallahu ya Rasullulah!" Rasulullah pun berkata, "Sesungguhnya syaitan itu boleh masuk dalam diri manusia melalui aliran darah. Oleh kerana itu, aku khuatir kalau-kalau ia membisikkan niat jahat dalam hati kalian berdua."
(Riwayat Shahih Muslim)

Penerangan:
Mengikut satu riwayat ia menerangkan bahawasanya Shafiah binti Huyay r.a. pada ketika itu bertemu Rasulullah SAW untuk membicarakan mengenai sesuatu perkara dan pada malam itu bukanlah malam giliran bagi Shafiah binti Huyay r.a., selepas berbicara Rasulullah SAW ingin menemankannya pulang ke rumah kerana keadaan yang gelap di sekitar kawasan itu, pada ketika itu 2 lelaki Ansar melalui kawasan itu dan ternampak Rasulullah SAW dengan seorang wanita lalu mempercepatkan perjalanan mereka. Oleh kerana itu Rasulullah SAW memanggil mereka dan memberitahu mereka bahawasanya wanita itu adalah isterinya. Pada ketika itu kedua lelaki Ansar itu berkata mereka tidak bermaksud apa-apa. Rasulullah SAW menerangkan bahawasanya baginda mengerti mereka tidak berfikiran lain cuma apa yang ditakuti Rasulullah SAW syaitan membisikkan sesuatu ke dalam hati mereka.
Wallahualam.

No comments: