Thursday, October 09, 2008

Meyakini Janji Allah SWT


"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkata Rasul dan orang-orang beriman yang ada besamanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."
(Surah al-Baqarah:214)


Berkaitan dengan Allah SWT belum menyampaikan janjiNya, kemungkinan terdapat salah satu dari tiga perkara iaitu:-

1. Mungkin janji itu akan ditukar oleh Allah dengan yang lebih baik menurut Allah. Misalannya, bahawa kita tidak diizinkan Allah berkahwin dengan perempuan 'A', tetapi Allah merealisasikan janjiNya bahawa kita akan berkahwin dengan perempuan 'B' yang ternyata lebih baik.


2. Adakalanya janji Allah ditepati olehNya di akhirat, dengan menjanjikan hal seperti ini sebagai pahala kita, seperti pengajian kita yang lalu.


3. Janji Allah ditunaikan juga olehNya, tetapi agak lambat dari waktu yang telah ditetapkan, oleh kerana mungkin sahaja Allah melaksanakan janjiNya ada kaitan dengan syarat-syarat atau sebab-sebab di mana kita tidak mengetahuinya sama sekali. Misalnya dalam contoh di atas, yakni dilambatkan oleh Allah SWT perkahwinan kita itu kerana Allah mengkehendaki agar persiapan kita lengkap sebelum menghadapi perkahwinan. Allah SWT tidak memperlihatkan syarat-syarat untuk terlaksana janjiNya itu di keranakan tidak lain selain ada hikmah yang dikehendakiNya. Dan apabila kita menoleh kepada hikmah tersebut, maka tentu sahaja dalam hati kita tidak timbul keraguan apa-apa tentang Allah di dalam melaksanakan janjiNya.

No comments: