Wednesday, January 28, 2009

Hamza Robertson & Sami Yusuf - Your Beauty



Your Beauty
Munsyid : Hamza Robertson
Lyrics: Hamza Robertson and Bara Kherigi

Composition: Sami Yusuf
© Awakening (P) Awakening

Brighter than the sun
Fairer than the moon

Your beauty is so dazzling


Bigger than the sea

Higher than the clouds

Your soul is so enlightening


What I’d give to see your face

Beaming with so much grace


Brighter than the sun

Fairer than the moon

Your beauty is so dazzling

Bigger than the sea

Higher than the clouds

Your soul is so enlightening (x2)


CHORUS:

Ya Mawlay, ya Mawlay Salli 'ala Taha (x2)
husnu Ahmadal Bashir

Akhjalal badral munir

(Oh my Lord, Send your peace and blessings on Taha (one of the prophet's names)
)
(The beauty of Ahmad the portent)

(Ashamed the illuminative full moon)


Will I be from those

You welcome with a smile

As you call your nation

Come to my side


Or will I see you frown

And then turn away

I did let you down

I forgot this Day


What I’d give to see your face

Beaming with so much grace


Brighter than the sun

Fairer than the moon

Your beauty is so dazzling


Bigger than the sea

Higher than the clouds

Your soul is so enlightening


CHORUS


Bridge:

Ya Habiba Allah

Ya Safiyya Allah

'Alayka Salatu Allah

Wa Salamu Allah

(Oh you the one who Allah loves)

(Oh you the one who Allah chose)

(May Allah's peace and blessing be upon you)


Your smile is so bright

It lits up the dark night

Brought mercy and light

To my waiting heart


I know that I’m weak

Of my sins I can’t speak

Your mercy I seek

Though I’m not worthy


What I’d give to see your face

Beaming with so much grace


Brighter than the sun

Fairer than the moon

Your beauty is so dazzling


Bigger than the sea

Higher than the clouds

Your soul is so enlightening


CHORUS


This is very nice Nasheed with nice lyrics and Song.
Lets Enjoyed Together.

Tuesday, January 20, 2009

Kepentingan Menyambung Silaturahmi


Allah SWT berfirman:
"Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi".
(Surah An-Nisa':1)

Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim".
(HR. Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Abu Muhammad Jubair bin Muth'im r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak masuk jannah seorang yang memutuskan silaturrahim".
(HR. Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Aisyah r.a. ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Tali silaturrahim itu tergantung di Arsy dan ia berkata: "Siapa yang menyambungku
maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan aku maka Allah akan memutuskannya."

(HR. Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Abu Ayyub Khalid bin Zaid Al Anshary r.a. bahawa seseorang berkata kepada Nabi SAW: "Ya Rasulullah, beritahukan kepadaku sebuah amalan yang dapat memasukkan aku ke dalam jannah dan dapat menjauhkan aku dari naar." Beliau menjawab: "Sembahlah Allah dan jangan sekutukan Dia dengan suatu apapun, dirikanlah solat, bayarlah zakat dan sambunglah tali silaturrahim".
(HR. Bukhari dan Muslim)

Allah SWT berfirman:
"Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka".
(Surah Muhammad:22-23)

Sunday, January 18, 2009

Doa Rasulullah SAW


Dari Syahr bin Hausyab r.a., ia berkata: "Aku bertanya kepada Ummu Salamah: "Ya Ummul Mukminin, doa apa yang paling sering diucapkan oleh Rasulullah SAW ketika beliau berada di rumahmu?" Ummu Salamah berkata: "Doa yang paling sering beliau baca adalah, "Yaa muqallibal qulub tsabbit qalbi' ala diinika" (Wahai dzat yang membolak-balikkan hati teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu) ".
(HR. At-Tirmidzi)

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr bin al-'Ash r.a. ia berkata: Bahawa ia pernah mendengar Rasulullah SAW berdoa: "Allahumma musharrifal quluubana'ala thaa'atika" (Wahai Yang mengarahkan hati, arahkan hati kami kepada ketaatan-Mu)"
(HR. Muslim)

Diriwayatkan dari Anas r.a. bahawa doa yang paling banyak dibaca Rasulullah SAW adalah "Allahumma aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhirati hasanah wa qinaa adzaabanar" (Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharakanlah kami dari azab naar".
(HR. Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud r.a., bahawa Nabi SAW beliau berdoa: "Allahumma inni asalukal huda wat tuqa wal 'afaafa wal ghina" (Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu hidayah, ketaqwaan, kesucian dan kecukupan) ".
(HR. Muslim)

Syurga Kekal Abadi


Diriwayatkan dari Abu Abdur Rahmaan 'Auf bin Malik ia berkata: "Rasulullah SAW melaksanakan shalat jenazah dan aku hafal dari bacaan beliau: "Ya Allah, ampunilah dia (mayat), berilah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah dia dan tempatkanlah ia di tempat yang mulia (jannah), luaskan kuburnya, mandikan dia dengan air, salju, dan embun. Bersihkanlah ia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju putih dari kotoran, berilah dia rumah yang lebih baik dari pada rumahnya di dunia, berilah ia keluarga yang lebih baik daripada keluarganya yang ada di dunia dan pasangan yang lebih baik dari pasangan yang ada di dunia dan masukkanlah ia ke dalam jannah, jagalah ia dari siksa kubur dan siksa api naar." sehingga aku berangan-angan seandainya akulah mayat itu".
(Hadis Riwayat Muslim)

Semoga Allahyarham Haji Mohamed Bin Bahu (atuk) yang telah kembali ke rahmatullah pada 8/1/2009 bersamaan hari Khamis 7.30mlm ditempatkan di tempat orang-orang yang soleh dan semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
Al-Fatihah.

Monday, January 12, 2009

Boikot Israel






Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi SAW bersabda: "Tiap-tiap luka yang menimpa seseorang Muslim di jalan Allah nescaya lukanya itu di hari kiamat tetap seperti ketika dia ditikam mengeluarkan darah. Warnanya warna darah, tetapi baunya bau kasturi".

(HR. Bukhari dan Muslim)

AS hantar 3000 tan peluru ke Israel

(Mingguan Malaysia,11 Januari 2009-ms 17)


Beli produk AS, Yahudi Umpama Sumbang Dana Israel

(Mingguan Malaysia,11 Januari 2009-ms 5)


"Mereka yang membeli sumber makanan dari AS atau Yahudi seolah-olah memakan cebisan daging jenazah rakyat Palestin malah sehelai pakaian yang dibeli seperti memakai kain kapan yang telah disaluti dengan mayat anak-anak kecil".

(Datuk Mukhriz Tun Mahathir)


Boikot Israel
"Pihak Israel telah menghalau dan merampas tanah orang Palestin di sebuah perkampungan bernama Kiryat Gat. Lalu tanah yang dirampas itu diberikan kepada syarikat minuman Coca Cola untuk pembinaan kilang baru mereka".

(Berita Harian 17 Julai 2002)


Boikot Produk AS dan Yahudi
"Pihak Israel telah menghulurkan pembiayaan wang sebanyak USD50 Juta bagi membantu Coca Cola membina kilang tersebut".

Boikot Produk AS dan Yahudi
"Pengeluar barangan makanan Pringles iaitu Proctor & Gamble, diketahui mempunyai kontrak perniagaan bersama Pentagon. Syarikat ini juga menerima wang besar setip tahun dari Pertubuhan Ohio-Israel, yang bertempat di Ohio Amerika".

Marilah kita bersama-sama memboikot barangan AS dan Yahudi walaupun produk tersebut adalah produk buatan Malaysia. Kita mahu menyatakan pendirian bahawa majoriti umat manusia terutama umat Islam membencikan keganasan dan sikap bermuka-muka AS dan rejim Zionis.


Sebuah syarikat di Malaysia 'Sabasun Hyperruncit' sanggup mengahadapi kerugian hampir RM173 000.00 setiap bulan untuk pemboikotan barangan AS dan Israel semata-mata niatnya kerana Allah SWT. Syarikat ini seharusnya menjadi contoh kepada syarikat-syarikat lain serta keseluruhan umat Islam termasuk diri saya untuk memboikot barangan dari negara tersebut.

Maklumat lanjut di http://www.sabasun.com/boikot_israel.php)


Semoga segala yang dilakukan ini mendapat keredhaan Allah sebagai bukti perjuangan umat Islam masih tinggi dalam menegakkan dan membela agama Allah iaitu agama Islam. Allahu Akbar.

Wednesday, January 07, 2009

Jihad Fi Sabilillah To Israel (Aman Palestin)






"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman".
(Surah Ash-Shaaf:10-13)

Untuk Berita Kekejaman Israel terhadap Palestin boleh didapati di laman web berikut:-
http://palestinkini.info/
http://amanpalestin.com
http://www.maannews.net/en/


Minyak Wangi atau Tukang Besi!!!


Diriwayatkan dari Abu Musa Al-Asy'ary r.a. bahwa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya perumpamaan teman yang shalih dan teman yang buruk seperti pembawa minyak wangi dan tukang pandai besi. Si pembawa minyak wangi mungkin ia akan menghadiahkan kepadamu atau kamu membeli darinya atau paling tidak kamu dapat mencium aroma semerbak wangi darinya. Adapun si pandai besi mungkin api akan membakar bajumu atau paling tidak kamu akan mencium bau tidak sedap darinya".
(HR. Bukhari dan Muslim)

Thursday, January 01, 2009

Kembalikanlah aku ke dunia....


"Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: "Ya rabbku kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku berbuat amal saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan".
(Surah Al-Mukminuun:99-100)
'Kembalikanlah aku ke dunia'...
Ingatlah masa tidak akan berulang walau apa pun yang kita lakukan. Apabila ajal telah tiba, tidak dapat lagi untuk kita kembali semula ke dunia. Di kesempatan ini gunalah masa itu sebijak-bijaknya dengan amal kebaikan, amal soleh, amar makruf nahi mungkar.
Pesanan buat diriku dan rakan-rakan.