Monday, January 12, 2009

Boikot Israel






Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi SAW bersabda: "Tiap-tiap luka yang menimpa seseorang Muslim di jalan Allah nescaya lukanya itu di hari kiamat tetap seperti ketika dia ditikam mengeluarkan darah. Warnanya warna darah, tetapi baunya bau kasturi".

(HR. Bukhari dan Muslim)

AS hantar 3000 tan peluru ke Israel

(Mingguan Malaysia,11 Januari 2009-ms 17)


Beli produk AS, Yahudi Umpama Sumbang Dana Israel

(Mingguan Malaysia,11 Januari 2009-ms 5)


"Mereka yang membeli sumber makanan dari AS atau Yahudi seolah-olah memakan cebisan daging jenazah rakyat Palestin malah sehelai pakaian yang dibeli seperti memakai kain kapan yang telah disaluti dengan mayat anak-anak kecil".

(Datuk Mukhriz Tun Mahathir)


Boikot Israel
"Pihak Israel telah menghalau dan merampas tanah orang Palestin di sebuah perkampungan bernama Kiryat Gat. Lalu tanah yang dirampas itu diberikan kepada syarikat minuman Coca Cola untuk pembinaan kilang baru mereka".

(Berita Harian 17 Julai 2002)


Boikot Produk AS dan Yahudi
"Pihak Israel telah menghulurkan pembiayaan wang sebanyak USD50 Juta bagi membantu Coca Cola membina kilang tersebut".

Boikot Produk AS dan Yahudi
"Pengeluar barangan makanan Pringles iaitu Proctor & Gamble, diketahui mempunyai kontrak perniagaan bersama Pentagon. Syarikat ini juga menerima wang besar setip tahun dari Pertubuhan Ohio-Israel, yang bertempat di Ohio Amerika".

Marilah kita bersama-sama memboikot barangan AS dan Yahudi walaupun produk tersebut adalah produk buatan Malaysia. Kita mahu menyatakan pendirian bahawa majoriti umat manusia terutama umat Islam membencikan keganasan dan sikap bermuka-muka AS dan rejim Zionis.


Sebuah syarikat di Malaysia 'Sabasun Hyperruncit' sanggup mengahadapi kerugian hampir RM173 000.00 setiap bulan untuk pemboikotan barangan AS dan Israel semata-mata niatnya kerana Allah SWT. Syarikat ini seharusnya menjadi contoh kepada syarikat-syarikat lain serta keseluruhan umat Islam termasuk diri saya untuk memboikot barangan dari negara tersebut.

Maklumat lanjut di http://www.sabasun.com/boikot_israel.php)


Semoga segala yang dilakukan ini mendapat keredhaan Allah sebagai bukti perjuangan umat Islam masih tinggi dalam menegakkan dan membela agama Allah iaitu agama Islam. Allahu Akbar.

7 comments:

Muny313 said...

Slm ziarah

shatrah said...

terima kasih, anda juga begitu. seronok sy baca hadith2. sedih mlihat kanak kanak di palestin ni ..

asmaa' ahmad jafree said...

mintak izin copy boleh?

syauQah_warDah said...

salam... ana paling cepat tersentuh tentg isu palestin....

syauQah_warDah said...

minta izin untuk copy gmbar ya...

syauQah_warDah said...

minta izin untuk copy gmbar ya...

LuQmAn NuL HaKiM BiN HaMzAH said...

silakan, terima kasih..=)