Sunday, February 15, 2009

"Seandainya.......Andaikata"....!!!




Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Bersungguh-sungguhlah dalam menuntut apa yang bermanfaat bagimu dan mohonlah pertolongan kepada Allah (dalam segala urusanmu) serta janganlah sekali-kali kamu bersikap lemah. Apabila kamu tertimpa suatu kegagalan, janganlah kamu berkata, 'Seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini atau begitu,' tetapi katakanlah, 'Ini telah ditakdirkan oleh Allah, dan Allah berbuat apa yang Dia kehendaki,' kerana ucapan 'seandainya' akan membuka (pintu) perbuatan syaitan."
(HR. Muslim)

Keterangan Hadis:-
1. Dilarang sama sekali mengucapkan "andaikata" atau "seandainya" apabila mendapat suatu musibah atau kegagalan.
2. Alasannya kerana perbuatan itu akan membuka pintu perbuatan syaitan. Maksudnya disini ialah perkataan itu mengandungi kekecewaan terhadap apa yang telah berlaku, penyesalan dan cacian terhadap takdir, dan itu beerti suatu sikap yang menafikan sikap sabar dan redha.


Allah SWT berfirman,
"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam Kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."
(Surah Al-Hadid:22-23)

3. Bimbingan yang diberikan Rasulullah SAW apabila mendapat suatu kegagalan atau mendapat suatu musibah ialah supaya mengucapkan perkataan yang baik dan bersabar serta mengimani bahawa apa yang terjadi adalah takdir Allah.
4. Diperintahkan supaya bersungguh-sungguh dalam menuntut segala yang bermanfaat dunia dan akhirat dengan sentiasa memohon pertolongan Allah.

5. Dilarang bersikap sebaliknya iaitu bersikap lemah.


Keterangan Gambar:-
1. Gagal itu biasa, terus berusaha adalah luar biasa. Maksudnya disini ialah kita haruslah sentiasa berusaha walaupun menghadapi kegagalan kerana sikap terus berusaha itu adalah luar biasa kerana tidak ramai mampu bangun kembali setelah tersungkur.
"Fail is ordinary, but keep striving........
is extra-ordinary!"
2. Gambar kedua 'You Have Failed, Please Die'...janganlah kita mempunyai sikap sebegini yang mudah berputus asa. Selepas sesuatu kegagalan akan bermulanya suatu kecemerlangan. Tiada kecemerlangan tanpa kegagalan dan tiada kegagalan yang tidak boleh membangun manusia untuk menjadi cemerlang. Jadi jangan takutkan kegagalan. Bak kata Billi Lim (seorang pakar motivasi), 'Dare To Failed', berani menghadapi kegagalan untuk mencapai kecemerlangan. Kegagalan bukanlah pengakhir suatu kehidupan. "Failing In the past does not mean you are going to fail in the future". Jadi mari kita berusaha mencapai kecemerlangan bersama-sama.

"Ya Allah, jadikanlah aku hamba-Mu yang cemerlang di dunia dan akhirat, Amin".
(Doa dari Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzillah Kamsah)

(Pesanan Buat Diriku dan Rakan-Rakan)

2 comments:

Ken said...

Just want to remind about picture "Gagal itu biasa, terus berusaha...itu baru luar biasa"

In Bahasa Indonesia, it literary means "Fail is ordinary, but keep striving........
is extra-ordinary!"

Just think about it!

LuQmAn NuL HaKiM BiN HaMzAH said...

Ken, terima kasih atas teguran anda....memang kesilapan saya dalam menterjemahkan kata-kata dari gambar itu...teguran anda benar-benar bermakna....saya cuma manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan....terima kasih ken.