Saturday, February 07, 2009

Wanita Yang Dicari...


Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."
(HR. Bukhari dan Muslim)

Keterangan:-
1. Harta
Harta yang dimaksudkan disini bukanlah bermaksud lelaki perlu mencari wanita berharta untuk kesenangan dirinya. Maksud yang sesuai disini ialah baik laki atau dan wanita itu perlu mencari pasangan yang tahu mengendalikan harta, membina harta kekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalani kehidupan berumahtangga.

2. Keturunannya
Keturunan yang dimaksudkan di sini ialah diperhitungkan daripada segi kasta, kebangsawanan, kedudukannya dalam masyarakat. Ia tentulah diperhitungkan daripada segi nasab keturunan seseorang yang tidak bercampur dengan penzinaan.

3. Kecantikannya
Kecantikan seseorang adalah berdasarkan perspektif diri masing-masing. Setiap ciptaan Tuhan diciptakan dengan begitu indah. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain. Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu.

4. Agamanya
Nilai agama adalah nilai paling penting skali dalam mencari pasangan hidup. Tanpa agama keluarga yang dibina akan hilang pedoman.

4 comments:

ibrahim a.k.a sailoRman said...

salam....sila lah lawat blog saya jugak...buleh tuka2 ilme insyallah...

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Salam haqeem,

Kebanyakan lelaki biasanya memilih wanita dengan melihat kecantikannya dulu, bukan agamanya.. any comments?

LuQmAn NuL HaKiM BiN HaMzAH said...

Waalaikumsalam..
pada pendapat haqeem, seseorang lelaki tu kebiasaannya akan mudah tertarik kepada kecantikan seorang wanita dan setiap lelaki memandang wanita mempunyai pandangan mereka masing2 (spt yg dinyatakan dlm keterangan hadis)...

kecantikan asli seorang wanita datang dari hati yang bersih..dari agamalah yang membentuk hati yang bersih namun begitu setelah mengenali seseorang itu barulah kita dapat menilai hati budi masing-masing.

nur said...

lelaki yang baik utk perempuan yg baik
perempuan yg baik utk lelaki yg baik