Monday, March 30, 2009

Istikharah


Ya Rabbul Arifin,
Seandainya Kau telah takdirkan dia milikku,

Tercipta buatku,
Dekatkanlah hatiku dengan hatinya,

Tetapkanlah kemesraan antara kami,
Agar kebahagian ini kekal abadi.

Ya Muhaimin,
Seiringkanlah kami,
Mengiringi kehidupan luas ini,
Ketepian yang sejahtera.

Ya Rabbul Fatihin,

Seandainya dia telah Kau takdirkan bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,

Luput dari ingatanku,
Dan peliharakanlah aku dari kecewa.

Ya Rabbul Izzati,
Berikanlah aku kekuatan,
Melontarkan bayangannya ke dada langit,
Hilang bersama senja merah,
Agar aku bisa bahagia,
Walaupun tanpa dirinya.

Ya Rabbul Qudus,
Gantikanlah yang telah patah,
Meskipun tidak sama dengan dirinya,
Biar sekuat mana aku mengasihinya,
Aku mohon kepadaMu Ya Allah,

Agar melenyapkan perasaan ini,
Seandainya benar dia ditakdirkan bukan untukku.


Tetapi seandainya dia telah ditakdirkan untuk diriku,
Aku mohon kasih dan sayang Mu Ya Allah,
Agar memperkuatkan kasih sayang ku padanya,
Selagi mana tidak melebihi kasih sayangku pada Mu.

Ya Rahman Ya Rahim,
Cukuplah Engkau sahaja menjadi pemeliharaku,

Di dunia dan akhirat,
Dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Amin.

(Syair Istikharah)

Dusta!!


Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah mendefinisikan dusta adalah
"Menyampaikan berita tentang sesuatu yang bertentangan dengan hakikat sebenarnya dengan sengaja ataupun tanpa sengaja. Akan tetapi tanpa sengaja tidaklah berdosa. Adapun yang berdosa adalah yang dilakukan dengan sengaja."

(Imam An-Nawawi, Syarah Shahih Muslim)

Allah SWT berfirman:
"Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia tanpa pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim."
(Surah Al-An'aam:144)

Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itulah orang-orang pendusta."
(Surah An-Nahl:105)

Diriwayatkan dari Salamah bin Al-Akwaa' r.a. ia berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berkata atas namaku apa yang tidak pernah aku katakan maka ia telah menyiapkan tempatnya dalam api naar."
(HR Bukhari)
(Rujukan Fathul Baari)

Kebaikan & Kejahatan


"Maka sesiapa berbuat kebajikan meskipun seberat zarrah, nescaya akan diberi balasan di akhirat. Dan sesiapa yang berbuat kejahatan, meskipun seberat timbangan zarrah, akan diberi balasan di akhirat."
(Surah al-Zalzalah: 7-8)

Thursday, March 26, 2009

Membongkar Aib Diri Sendiri


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Semua umatku dimaafkan kecuali mujahiruun (orang yang melakukan kejahatan kemudian menampakkan perbuatan dosanya kepada manusia). Sesungguhnya termasuk ketidakwarasan adalah seseorang melakukan perbuatan dosa pada malam hari kemudian pada pagi harinya ia menceritakannya (kepada orang lain) padahal Allah telah menutupi perbuatannya. Allah berfirman: "Hai Fulan, engkau tadi malam telah melakukan ini dan itu", dan Rabbnya telah menutupi perbuatannya, namun pagi harinya ia membeberkan apa yang telah Allah tutupi darinya."
(HR. Bukhari dan Muslim)
(Kitab Lu'lu wal Marjaan III/326)

Tuesday, March 17, 2009

Penyakit Yang Tiada Ubatnya!!


Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda, "Allah tidak menurunkan penyakit kecuali Dia menurunkan ubatnya, ada orang mengetahui dan ada orang tidak mengetahui."
(HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Usamah bin Syarik, dia berkata, aku waktu itu di sisi Nabi SAW, lalu datanglah orang-orang badwi. Mereka berkata, "Wahai Rasulullah, bolehkah kami berubat?" Beliau bersabda, "Ya, wahai para hamba Allah, berubatlah kerana Allah SWT tidak meletakkan penyakit kecuali dia meletakkan ubatnya selain penyakit yang satu." Mereka bertanya, "Apakah itu?." Beliau bersabda, "penyakit tua."
(HR. Ahmad)

Tuesday, March 10, 2009

Laa Ilaaha Illallah...


Diriwayatkan dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Musa berkata, 'Ya Tuhanku, ajarkanlah kepadaku sesuatu untuk berzikir dan berdoa kepada-Mu." Allah berfirman, "Katakanlah hai Musa, Laa Ilaaha Illallah." Musa berkata lagi, "Ya Tuhanku, semua hamba-Mu mengucapkan ini." Allah berfirman, "Hai Musa, andaikata ketujuh langit dan penghuninya selain Aku, serta ketujuh bumi diletakkan pada salah satu daun timbangan sedang "Laa Ilaaha Illallah" diletakkan pada daun timbangan yang lain, maka "Laa Ilaaha Illallah nescaya lebih berat timbangannya."
(HR. Ibnu Hibban dan Hakim)

Sunday, March 08, 2009

Maulidur Rasul 1430H


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
(Surah Al-Ahzaab:21)

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW
12 Rabiulawal 1430H

bersamaan hari Isnin, 9 Mac 2009

dengan tema sambutan
"WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH"


Rasulullah SAW telah meninggalkan kita dua perkara iaitu al-Quran dan Hadis.

Aku tinggalkan kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegangan dengannya iaitu Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasulullah SAW.

(HR. Muslim)

Oleh itu hendaklah kita berpegang kepada keduanya bagi mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan hidup dunia dan akhirat sebagai bukti kita mencintai Rasulullah SAW.

(Pesanan buat diriku dan rakan sekalian)

Friday, March 06, 2009

Perintah Berbakti Kepada Kedua Ibu Bapa


"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) terhadap dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah lemah dan menceraikannya daripada menyusu dalam masa dua tahun. Dan jika kedua-duanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu mengenai itu, maka janganlah mengikuti kedua-duanya, dan pergauilah kedua-duanya dengan baik."
(Surah Luqman:14-15)