Sunday, March 08, 2009

Maulidur Rasul 1430H


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
(Surah Al-Ahzaab:21)

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW
12 Rabiulawal 1430H

bersamaan hari Isnin, 9 Mac 2009

dengan tema sambutan
"WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH"


Rasulullah SAW telah meninggalkan kita dua perkara iaitu al-Quran dan Hadis.

Aku tinggalkan kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegangan dengannya iaitu Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasulullah SAW.

(HR. Muslim)

Oleh itu hendaklah kita berpegang kepada keduanya bagi mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan hidup dunia dan akhirat sebagai bukti kita mencintai Rasulullah SAW.

(Pesanan buat diriku dan rakan sekalian)

No comments: