Monday, April 13, 2009

Mencaci Kedua Orang Tua


Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Termasuk dosa besar adalah orang yang mencaci kedua orang tuanya." Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, adakah orang yang mencaci kedua orang tuanya?" Rasul berkata: "Ya ada, ia mencaci ayah orang lain maka orang itu balas mencaci ayahnya. Ia mencaci ibu orang lain maka orang itu balas mencaci ibunya."
(HR. Bukhari dan Muslim)

3 comments:

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

salam ziarah & salam ukhuwwah...

salam perjuangan dalam kehidupan :)

inn said...

ohh jadi kira ejek ibubapa org lain lah ini?

ok,cye nak tanye.kalau betullah
ibubapa kita sendiri salah.bagaimana kita mahu nk menegurnya.

yelah..kita tak mahu jd anak derhaka bukan?tetapi kita tak mahu juga mereka salah,

LuQmAn NuL HaKiM BiN HaMzAH said...

Terima kasih atas soalan itu...disini sy hanya berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi dari kuliah yang pernah sy ikuti..

tidak menjadi kesalahan untuk menegur ibu bapa tetapi mempunyai kaedahnya...begitu juga apabila ibu bapa ingin mnegur anaknya....semuanya mempunyai kaedah tersendiri....stp perkara yang hendak dilakukan pasti mmpunyai kaedah tersendiri yang perlu kita fikirkan...

ibu bapa adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan, jadik apabila ibu bapa melakukan kesalahan janganlah kita merasa seoalh-olah bangga dan hebat seolah-olah lebih bijak dr ibu bapa kita...

kita hendaklah dengan merendah diri dalam menegur ibu bapa...
Firman Allah SWT dlm surah Ali Imran ayat 159...

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.

Oleh itu maafkanlah mereka (megenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya."
(Surah Ali-Imran:159)

oleh itu kita hendaklah berlemah lembut dan merendahkan diri...

kita juga dapat melihat bagaimana cara Nabi Ibrahim alahissalam menegur ayahnya yang musyrik dalam surah Maryam:41-45 sbg rujukan bagaimana berlemah lembut dan merendah hatinya Nabi Ibrahim semasa menegur ayahnya...

setelah membuat peneguran, berilah mereka masa dan janganlah mengahrapkan perubahan serta merta...berilah mereka ruang masa utk memikirkannya.

Sekian utk kali ini....assalamualaikum.