Friday, June 12, 2009

Perkahwinan Untuk Penceraian!!


Perkahwinan Untuk Penceraian!!

Mengikut statistik dari JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), peratus penceraian meningkat sebanyak 14% iaitu dari 11% pada tahun 1995 telah meningkat sebanyak 25% pada tahun 2007. Inilah yang dinamakan perkahwinan untuk penceraian. Dimanakah letaknya matlamat utama dalam perkahwinan??


Daripada statatistik dari JAKIM menunjukkan daripada 13 465 penceraian yang berlaku pada tahun 2007 hanya 13 peratus sahaja yang rujuk kembali. Peratus rujuk ini semakin lama semakin berkurangan setiap tahun manakala peratus penceraian semakin bertambah. Dimanakah ertinya sebuah perkahwinan??


Matlamat utama perkahwinan adalah untuk mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Tidak dapat dinafikan dalam perkahwinan pastinya ada perselisihan faham, kesalahan yang dilakukan tetapi semuanya perlulah dihadapi dengan tenang dan bukannya dengan cerai sebagai jalan penyelesaian.

Fenomena penceraian di Malaysia seolah-olah suatu perkara yang sudah menjadi kebiasaan. Ini suatu fenomena yang menakutkan sekiranya tidak ada penjelasan dan pemahaman tentang tujuan utama sesebuah perkahwinan itu.

"Perkara halal yang sangat dibenci oleh Allah ialah talak. Tidak ada benda yang dihalalkan Allah lebih dibenci daripada talak."

(HR. Abu Daud)

"Mana-mana perempuan yang meminta talak daripada suami tanpa sebab, maka diharamkan ia daripada mencium kewangian (merasai nikmat) syurga."

(HR. Tirmizi)

"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan sikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."
(Surah Al-Baqarah: 195)

Matlamat unggul sesebuah perkahwinan tidak dapat dicapai dengan mudah dalam masa singkat. Seorang suami perlulah mempunyai peribadi yang mulia dengan sifat-sifat mahmudah bagi membolehkan melaksanakan tanggungjawab sebagai pelindung dan pemimpin kepada isteri.


Firman Allah SWT:-
"Kaum lelaki menjadi pelindung kaum wanita dengan apa yang Allah kurniakan kelebihan ke atas setengah daripada mereka lebih daripada yang lain."
(Surah An-Nisa':34)

Apabila berlaku krisis dalam rumahtangga, langkah yang perlu dilaksanakan berdasarkan rujukan daripada Al-Quran adalah seperti berikut.


Firman Allah SWT:
"Jika kamu bimbangkan perpecahan diantara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah 'orang tengah' (untuk mendamaikan mereka iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua 'orang tengah' itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan mendamaikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik."
(Surah An-Nisa:35)

Empat kaedah mengatasi keretakan rumah tangga seperti yang disyorkan menurut Al-Quran, Sunah dan Ijmak ialah:-
1. Muhasabah dan daya usaha sendiri.

2. Majlis Tahkim (Majlis pemuafakatan keluarga).

3. Khidmat Unit Perunding Keluarga (Kaunseling).

4. Mahkamah Syariah.


Doaku kepadaMu:
"Ya Tuhan kami, curahkanlah kesabaran atas kami dan teguhkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau tunjuki dan berilah kami rahmatMu kerana Engkau adalah Yang Maha Pemberi. Ya Allah, kukuhkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman, dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat. Ya Allah aku memohonkan padaMu jiwa yang tenang dan tenteram, yang percaya pada pertemuan denganMu dan redha atas keputusanMu serta merasa cukup puas dengan pemberianMu.
Amin Ya Rabbal Alamin

1 comment:

lillah said...

fakta statistik yg mnakutkan...

artikel yg sgt bermanfaat...