Friday, June 12, 2009

Sombong Atau Belagak!!!


Kedua-dua perkataan diatas adalah sama maknanya dari asal usul perkataan takbur.

Firman Allah SWT:-
"Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa."
(Surah An-Najm:32)

"Dan engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."
(Surah Luqman:18-19)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak akan masuk ke syurga orang yang ada pada hatinya rasa takbur walaupun sebesar zarah."
(HR. Muslim)

"Sesiapa yang terpisah roh dan jasadnya dalam keadaan ia bersih daripada tiga perkara ia akan masuk ke syurga: takbur, hutang dan iri hati."
(HR. Tirmizi)

Doaku kepadaMu
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganmu daripada hembusan rasa sombong diri."
Amin Ya Rabbal Alamin

2 comments:

ticnube said...

tak nakk belagak... tapi perasann tuh dtg..nak wat cemana...?tak leh nak pk dah.../.

LuQmAn NuL HaKiM BiN HaMzAH said...

ok xnk belagak tp perasan tu atau perasaan tu dtg...ok ni jawapan dari seorang rakan man yang bernama nurul zakiah yang sedang belajar di universiti mu'tah jordan....man berbincang dengan dia apabila dpt pertanyaan ini....antara perbincangan tersebut:-

xnak belagak tp perasaan tu dtg..perasaan tu dtg dr siapa?
perasaan tu dtgnya dari syaitan...syaitan itu akan dtg dlm pelbagai bentuk...jadik apabila perasaan itu dtg...maka hendaklah memperbanyakkan istighfar...
'Astaghfirullah Alazim'
(Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung)
dan mohonlah kepada Allah agar dijauhkan daripada godaan syaitan dan sifat sombong itu sendiri...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.
(Surah An-Nas:1-6)

banyakkanlah membaca Isti'adzah dan Surah An-Nas InsyaAllah untuk memohon perlindungan dari godaan syaitan.

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganmu daripada hembusan rasa sombong diri."
Amin Ya RAbbal Alamin