Tuesday, July 21, 2009

Bacalah Al-Quran!!


Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan Ali-Imran, kerana kedua-duanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat manakala dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir)."
(HR. Muslim)

Wednesday, July 08, 2009

Kami Bertaubat KepadaMu!!


Istighfar dan Taubat kepada Allah SWT!!

"Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan selain Dia yang hidup dan abadi dan aku bertaubat kepadaNya".
----------------------------------------------------
"Kami bertaubat kepadaMu Ya Allah!!
Kami kembali kepadaMu Ya Allah!!

Kami menyesali segala perbuatan kami Ya Allah!!"


Kita sebagai manusia tidak lari dari melakukan dosa dan maksiat. Antara maksiat yang sering kita lakukan ialah maksiat zahir dan maksiat batin.

Menurut Imam Ghazali terdapat 7 anggota badan kita yang terlibat dengan maksiat zahir iaitu:

1. Maksiat mata,

2. Maksiat telinga,

3. Maksiat lidah,

4. Maksiat perut,

5. Maksiat kemaluan,

6. Maksiat tangan dan

7. Maksiat kaki.


----------------------------------------------------

Fikir-fikirkan & Renung-renungkan!!
Kita hari ini ingin memerdekakan hawa nafsu.

Hawa nafsu yang selalu menguasai diri kita.

Dalam keadaan kesedaran kita melakukan perbuatan yang Allah tidak redha.

Benar-benar sedar apabila tangan menerima sesuatu yang tidak halal.

Dan kita tidak mampu menghalang apabila tangan menerima sesuatu yang tidak halal.

Kita sedar bahawa kaki ini melangkah ke tempat Allah tidak redha, tetapi kita tidak sanggup mengendalikan kaki kita sendiri.

Bahkan ketika mata melihat sesuatu yang tidak halal, kita tidak sanggup untuk menutup mata kita, padahal itu diri kita sendiri.

Betapa kuatnya hawa nafsu yang menguasai diri kita.
MasyaAllah.

(Pesanan dan nasihat dari
Ustaz KH Muhammad Arifin Ilham)

----------------------------------------------------

Maksiat batin pula ialah maksiat yang dilakukan oleh hati kita. Ia juga dipanggil maksiat hati.
Antara jenis maksiat hati ialah:

1. Munafik dan Bakhil.

2. Hasad dan Riak.

3. Takabur dan Ujub.

4. Cinta Harta dan Tamak.


Tanda sayang Allah SWT kepada kita, Dia memberi peluang untuk kita kembali bertaubat kepadaNya. Itulah tanda kasih sayang Allah pada kita.

"Setiap anak adam (manusia) berbuat banyak kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah orang yang paling banyak bertaubat."

(HR. Tirmizi)

Berikut ialah hadis berkenaan solat taubat dan janji Allah bagi mereka yang bertaubat.
Klik disini.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya taubat yang diterima oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan sifat kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka adanya dua sebab itu taubat mereka diterima Allah; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
(Surah An-Nisa':17)

Allah Maha Pengampun (Al-Ghaffar)


Doaku kepadaMu:-
Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgaMu, Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakaMu, Dari itu kurniakanlah, Ampunan kepadaku, Ampunkanlah dosaku, Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Kembali Kepada al-Quran & Hadis...


Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul Allah dan juga kepada uli amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (sunah) Rasul-Nya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."
(Surah An-Nisa':59)

Tuesday, July 07, 2009

Kamu Telah Dilalaikan!!

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak pinak, pangkat dan pengaruh), Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sesekali (bersifat demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (bersifat demikian)! Kamu akan mengetahui akibatnya kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!"
(Surah at-Takathur:1-4)

Solat Taubat...


Daripada Saidina Abu Bakar r.a. katanya, "Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda,
'Sesiapa yang melakukan dosa, kemudian dia mengambil air sembahyang, seterusnya bersembahyang dua rakaat dan beristighfar maka diampunkan baginya dosa tersebut.'
Kemudian baginda membaca ayat 135 surah Ali Imran yang bermaksud,
'Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka. Sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah. Mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salah dan akibatnya)."

(HR. Tirmizi)

Sunday, July 05, 2009

Allah Maha Pengampun (Al-Ghaffaar)


Daripada Anas bin Malik r.a. katanya, "Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda,
'Allah yang Maha Tinggi berkata,
"Wahai anak Adam, selama mana kamu meminta kepadaKu dan mengharapkan kepadaKu, selama itulah Aku mengampunkan dosamu yang telah lalu dan Aku tidak pedulikan lagi dosa itu. Wahai anak Adam! Kalaulah dosa sampai setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun daripadaKu, akan Aku ampunkan kamu dan Aku tidak akan pedulikan lagi dosa itu. Wahai anak Adam! Kalaulah kamu datang kepadaKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi tetapi kamu tidak mensyirikkan Aku, Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh isi bumi."

(HR. Tirmizi)

Thursday, July 02, 2009

Rahsia Kehidupan!!



La Tas'aluni

Munsyid : Muhammad Husayn


Jangan tanyakan aku tentang hidupku,

Ia adalah sebuah rahsia kehidupan,
Ia adalah anugerah,
Ia adalah ujian,
Ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita,
Aku telah menjualnya kepada Allah,
Kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk.


Jalan hidupku adalah al-Qur’an, pedang, dan ujian,
Allah telah memberkatinya dan para Nabi terdahulu telah melaluinya,
Para Syuhada telah menyirami jalan ini dengan darah mereka,
Maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya.

Sedangkan penghujung perjalananku adalah apa yang meredhakan Allah,
Dan apa yang diinginkanNya,
Keuntungan dengan kemenangan nyata atau kesyahidan dan keabadian,
Jika engkau telah berada di muka bumi,
Dan engkau tahu bahawa umurmu terbatas,
Maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk,
Jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu.

Perkongsian pada kali ini adalah sebuah nasheed yang begitu indah liriknya oleh Muhammad Husayn. Sebuah nasheed yang mengisahkan rahsia kehidupan dalam dunia ini. Diriku ini menyimpan begitu banyak cita-cita yang akhirnya telah berlalu begitu sahaja. Semuanya adalah ujian dari Allah untuk hambanya. Kadang-kadang kita diberi anugerah dan kita diberi ujian atas anugerah itu.
Subhanallah.


Doaku kepadaMu:
"Ya Allah Ya Tuhanku hanya kepadaMu aku pasrah,
kepadaMu aku beriman,
kepadaMu aku bertawakal,
kepadaMu aku kembali dan dengan hujahMu aku memohon keputusan hukuman.
Ampunilah dosaku yang lalu dan yang akan datang,
yang tersembunyi dan terang-terangan.
Engkau mendahului dan mangakhirkan.
Tidak ada Ilah kecualiMu Ya Allah.
Amin Ya Rabbal Alamin.