Wednesday, July 08, 2009

Kami Bertaubat KepadaMu!!


Istighfar dan Taubat kepada Allah SWT!!

"Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan selain Dia yang hidup dan abadi dan aku bertaubat kepadaNya".
----------------------------------------------------
"Kami bertaubat kepadaMu Ya Allah!!
Kami kembali kepadaMu Ya Allah!!

Kami menyesali segala perbuatan kami Ya Allah!!"


Kita sebagai manusia tidak lari dari melakukan dosa dan maksiat. Antara maksiat yang sering kita lakukan ialah maksiat zahir dan maksiat batin.

Menurut Imam Ghazali terdapat 7 anggota badan kita yang terlibat dengan maksiat zahir iaitu:

1. Maksiat mata,

2. Maksiat telinga,

3. Maksiat lidah,

4. Maksiat perut,

5. Maksiat kemaluan,

6. Maksiat tangan dan

7. Maksiat kaki.


----------------------------------------------------

Fikir-fikirkan & Renung-renungkan!!
Kita hari ini ingin memerdekakan hawa nafsu.

Hawa nafsu yang selalu menguasai diri kita.

Dalam keadaan kesedaran kita melakukan perbuatan yang Allah tidak redha.

Benar-benar sedar apabila tangan menerima sesuatu yang tidak halal.

Dan kita tidak mampu menghalang apabila tangan menerima sesuatu yang tidak halal.

Kita sedar bahawa kaki ini melangkah ke tempat Allah tidak redha, tetapi kita tidak sanggup mengendalikan kaki kita sendiri.

Bahkan ketika mata melihat sesuatu yang tidak halal, kita tidak sanggup untuk menutup mata kita, padahal itu diri kita sendiri.

Betapa kuatnya hawa nafsu yang menguasai diri kita.
MasyaAllah.

(Pesanan dan nasihat dari
Ustaz KH Muhammad Arifin Ilham)

----------------------------------------------------

Maksiat batin pula ialah maksiat yang dilakukan oleh hati kita. Ia juga dipanggil maksiat hati.
Antara jenis maksiat hati ialah:

1. Munafik dan Bakhil.

2. Hasad dan Riak.

3. Takabur dan Ujub.

4. Cinta Harta dan Tamak.


Tanda sayang Allah SWT kepada kita, Dia memberi peluang untuk kita kembali bertaubat kepadaNya. Itulah tanda kasih sayang Allah pada kita.

"Setiap anak adam (manusia) berbuat banyak kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah orang yang paling banyak bertaubat."

(HR. Tirmizi)

Berikut ialah hadis berkenaan solat taubat dan janji Allah bagi mereka yang bertaubat.
Klik disini.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya taubat yang diterima oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan sifat kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka adanya dua sebab itu taubat mereka diterima Allah; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
(Surah An-Nisa':17)

Allah Maha Pengampun (Al-Ghaffar)


Doaku kepadaMu:-
Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgaMu, Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakaMu, Dari itu kurniakanlah, Ampunan kepadaku, Ampunkanlah dosaku, Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.
Amin Ya Rabbal Alamin.

1 comment:

fadhlullah said...

salam alaik ya akhi,trma ksih ats knjugn diblog ana..kalu tk kbrtn,algkh baiknya kalu kita dpt btaaruf pjg2 skit..:)nama,asal,skrg msih bljr atau bkrja dll...mdh2n mkin luas jringn ukhwh kita ssama umt Islam..insyaAllah-salam pjugn dr prntauan.