Tuesday, July 07, 2009

Solat Taubat...


Daripada Saidina Abu Bakar r.a. katanya, "Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda,
'Sesiapa yang melakukan dosa, kemudian dia mengambil air sembahyang, seterusnya bersembahyang dua rakaat dan beristighfar maka diampunkan baginya dosa tersebut.'
Kemudian baginda membaca ayat 135 surah Ali Imran yang bermaksud,
'Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka. Sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah. Mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salah dan akibatnya)."

(HR. Tirmizi)

2 comments:

PrincessLiJo said...

Salam. I found ur blog from another blog of friend.

Tersentuh betul baca blog saudara. Mintak izin utk copy beberapa entry menarik ya. Untuk dikongsi dengan insan-insan lain. Boleh ke?

LuQmAn NuL HaKiM BiN HaMzAH said...

boleh2 silakan...=)