Wednesday, August 26, 2009

Keberkatan Bersahur!!


Rasulullah SAW telah bersabda:
"Bangun bersahurlah kamu; kerana sesungguhnya dalam makanan sahur itu terdapat suatu keberkatan."
(HR. Bukhari dan Muslim)

Abu Sa'iid Al-Khudriy r.a. memberitakan Nabi SAW bersabda:
"Bersahur itu semuanya berkat (mempunyai kebaikan), maka janganlah kamu meninggalkannya sekalipun seseorang kamu dapat meneguk satu tegukan air (paling kurang bersahur); kerana sesungguhnya Allah dan para malaikatNya akan memohon rahmat kepada orang-orang yang bersahur."
(HR. Ahmad)

"Apabila seseorang kamu mendengar seruan azan; sedang bekas minumnya masih di tangannya (belum habis minum), maka janganlah dia meletakkan bekas itu sehingga lebih dahulu dia menghabiskan keperluannya."
(HR. Abu Dawud, Ibnu Jariir, At-Tabraani, Al-Hakim)

2 comments:

dihaDiha said...

salam man..akak ni sejak balik kampus ni x pernah sahur pun lg..2 3 hari ni akak tido lambat dlm kul 3 lebih..sebelum tu akak mimum milo..itu kira sahur ke ek? memang teringin nak sahur..bila lg kita nak merasa sahur kalau x ramadahan je..tp xterbgun...aishhhhh..SELAMAT BERPUASA MAN :)

LuQmAn NuL HaKiM BiN HaMzAH said...

waalaikumsalam......
sebenarnya terdapat keterangan hadis yang menyatakan sebaik-baik bersahur ialah dengan melewatkan sahur...

Berikut hadis keterangan mengenai melewatkan sahur:-

http://luqmannul.blogspot.com/2009/08/melewatkan-bersahur.html


Bersahurlah sekalipun seteguk air
berikut keterangan hadis:-

Nabi SAW bersabda:
'Makanan sahur itu berkat, maka jangan sekali-kali kamu meninggalkannya,

walaupun kamu meneguk seteguk air, sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya mendoakan mereka-mereka yang bersahur “.
[HR Ahmad , Ibnu Hibban : 3476]