Friday, September 18, 2009

Eid ul-Fitr


Hari Raya Aidilfitri disambut sebagai tanda kemenangan dan kesyukuran.
Rasulullah SAW bersabda:-
"Semua amalan anak Adam a.s. digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah SWT berkata: "melainkan berpuasa, kerana ianya untukku dan aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku". Bagi orang yang berpuasa mereka akan mendapat dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) lebih wangi disisi Allah SWT daripada bau kasturi."
(HR. Bukhari dan Muslim)

Sempena Aidilfitri ini, hendaklah kita mengukuhkan tali persaudaraan dengan saling bermaafan dan melupakan persengketaan sesama saudara.

Firman Allah SWT:
"Dan berpeganglah kamu sekalian dengan tali Allah (Agama Islam), dan janganlah kamu bercerai berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyyah dahulu), lalu Allah menyatukan antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikian Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."
(Surah Ali-Imran:103)

Setelah berpuasa selama sebulan penuh dalam bulan Ramadhan, kita digalakkan untuk berpuasa enam hari dalam bulan Syawal. Rasulullah SAW sangat menekankan tentang puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal berdasarkan hadis dibawah:-

Dari Ayyob Al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang berpuasa penuh di bulan Ramadhan, lalu diikuti dengan berpuasa selama enam hari dalam bulan Syawal, maka dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun."Align Right
(HR. Muslim)

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal muncul tidak lama lagi, disini disertakan video takbir raya pilihan untuk dinikmati dan dihayati bersama InsyaAllah.




Di kesempatan yang ada disini ingin saya memohon keampunan kepada Allah dan mohon kemaafan kepada seluruh kaum muslimin muslimat sekiranya terdapat sebarang kesalahan dan kekurangan pada blog ini dan sebarang kesalahan yang pernah saya lakukan kepada semua rakan-rakan perjuangan sekalian.


Doaku KepadaMu:-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihani,

Ya Allah Ya Tuhanku,

Di akhir Ramadhan yang berkah ini,

Muliakan dan sayangi seluruh sabahatku,

serta seluruh kaum Muslimin Muslimat,

Bahagiakan keluarga kami Ya Allah,

Sihatkan tubuh badan kami,

Berkati rezeki kami,

Kuatkan iman kami Ya Allah,

Berikan kenikmatan ibadah kepada kami Ya Allah,

Jauhkan kami dari fitnah,

Suburkan benih keislaman pada keturunan kami Ya Allah,

dan masukkanlah kami kedalam syurgaMu tanpa hisab Ya Allah.

Amin Ya Rabbal Alamin.



++** SeLaMaT HaRi RaYa AidiLFitRi **++
++** MaaF ZahiR & BaTiN (",) **++

2 comments:

k.zahra said...

man slmt ari raya gak,posa penuh tak ni??nnti dtglh umah kak beraya sini, mak ngah kim slm!!

mlm raya ada sale,nak kuar malam raya dgn kak n saiful tak?
contact2lh nnti k. =)

Badrul Aini Sha'ari said...

كل عام وأنتم بخير