Sunday, September 06, 2009

Gambaran Melihat Sesuatu Yang Tidak Dapat Dilihat


Imam Ahmad telah meriwayatkan hadis bahawa, Abu Muawiyah telah menceritakan kepada kami, al-'Amash telah menceritakan kepada kami daripada Abu Hurairah r.a. yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

"Sesungguhnya Allah SWT memiliki malaikat yang sentiasa mengembara (ke hulu dan ke hilir) di atas bumi ini untuk mencatatkan amalan manusia. Apabila mereka mendapati sesuatu kaum itu sedang berzikir memuji Allah SWT, mereka akan berseru, "Kemarilah untuk mengambil kehendak kamu!" Lalu mereka (manusia) pergi bersama-sama malaikat ke langit dunia.


Allah SWT lalu berfirman: "Apa yang dibuat oleh hamba-hambaku sepeninggalan kamu?" Malaikat menjawab, "Kami tinggalkan mereka dalam keadaan memuji-muji dan mengagungkan-Mu."


Allah SWT bertanya lagi: "Adakah mereka melihat Aku?" "Tidak!" jawab malaikat. Allah SWT berfirman menyoal lagi; "Bagaimana jika mereka dapat melihat Aku?" Malaikat menjawab, "Jika mereka dapat melihat Engkau, nescaya mereka akan lebih ghairah untuk bertasbih, bertahmid dan berzikir."


Allah SWT berfirman: "Apakah yang mereka mahu sebenarnya?" Malaikat membalas, "Mereka mahukan syurga." Allah SWT bertanya, "Adakah mereka pernah melihat syurga?" Malaikat menjawab, "Tidak!" Allah SWT menyoal lagi: "Bagaimana jika mereka dapat melihat syurga?" Malaikat menjawab, "Jika mereka dapat melihat syurga, nescaya akan tambah-tambahlah keghairahan dan kemahuan mereka."


Allah SWT bertanya lagi, "Mereka meminta perlindungan daripada (kecelakaan) apa?" Malaikat memberitahu, "Daripada kedurjanaan api neraka?" Tanya Allah SWT lagi, "Adakah mereka pernah melihatnya?" Malaikat menjawab, "Jika mereka melihatnya, nescaya mereka akan lebih kuat menjauhkan diri daripadanya dan bertambah takut kepadanya."


Allah SWT mengakhiri dialog panjang ini dengan firman-Nya: "Aku (Allah SWT) mahu kamu menjadi saksi bahawa Aku telah ampunkan dosa-dosa mereka!" Allah SWT berfirman lagi: "Dalam kalangan mereka ada seorang lelaki yang sering melakukan kesalahan. Dia tidak ingin menyertai mereka tetapi ada hajat sendiri. Allah SWT berfirman: "Mereka adalah kaum yang tidak akan turut celaka kerana seseorang yang (buruk) bersama mereka."

(HR. Imam Ahmad)
*Hadis ini turut diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim*

4 comments:

kedahgurlz said...

subhanallah..

adakah kita termasuk dlm golongan2 manusia seperti i2??

insyaAllah...
sama2 kita pertingkatkan ibadah
dan perhambakan diri kepada Allah..
amiinnnn...

yuni said...

makasih untuk artikel ini...

dihaDiha said...

salam man, lepas dgr dr man sendiri versi secra live baru akak faham..blur skit malam2 ni man..hehe thanks man :)..terasa insaf lepas tau yg ALLAH tu sgt sayangkan kita sedangkan kita........sama2 lah jum2 top up IMAN kita :)

Kamal Zharif bin Kamaludin said...

takut ni kalo tak ikhlas dalam beramal