Tuesday, September 29, 2009

Kembalikan Kami Ke Dunia!!


Firman Allah SWT:-
"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu) : "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu), maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik, sesungguhnya kami sekarang telah yakin. "

"Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayat petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)."

(Surah Sajadah:12-13)

Terdapat satu lagi ayat al-Quran yang telah dibincangkan sebelum ini yang menjelaskan tentang permintaan kembali ke dunia iaitu dari (Surah Al-Mukminun:99-100). Sila klik di link dibawah untuk melihat perbincangan tersebut:-
'Kembalikanlah aku ke dunia....'

Jadi dikesempatan yang masih ada ini marilah kita bersama-sama saling mengingati dan berpesan-pesan antara satu sama lain dalam mengerjakan amal bakti kepada Allah SWT kerana apabila nyawa telah ditarik oleh malaikat maut, pada ketika itu tiada guna lagi penyesalan dan segalanya telah berakhir untuk kehidupan di dunia ini. Hadis Nabi SAW yang bermaksud, "Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya dan anaknya yang soleh yang mendoakan untuknya".


Kesimpulan:
1. Gunakanlah kesempatan masa yang ada sebaik-baiknya. Setiap orang di dunia ini dikurniakan 24 jam sehari. Maka pergunakanlah masa itu dengan diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah dalam mengingati Allah.

2. Saling nasihat menasihati sesama muslimin muslimat dalam segala perkara supaya segala pekerjaan yang kita lakukan tidak sia-sia.

3. Gunakan kesempatan yang ada ini untuk melakukan kebaikan dalam mengerjakan amal bakti kepada Allah SWT.

4. Jadikan setiap pekerjaan yang kita lakukan itu menjadi ibadah kepada Allah dengan segala pekerjaan dimulai dengan 'Bismillah' dan diakhiri dengan 'Alhamdulillah'.

5. Berusaha untuk mendapatkan petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT. Allah SWT tidak akan memberi petunjuk hidayah sekiranya kita tidak berusaha mendapatkannya.

(Pesanan buat diriku dan rakan-rakan perjuangan)

Sungguh syahdu sekali mendengar bacaan Surah Sajadah daripada Sheikh Misyari Rasyid Al-Efasy terutama ketika beliau membaca ayat ke 12 dari Surah Sajadah ini. Berikut disertakan video bacaan Surah Sajadah yang ingin dikongsi bersama insyaAllah.


2 comments:

nurkasih91 said...

i like it!!
memberikan kesedaran serba sedikit pada diri ini yang semakin hanyut,
thanks for the sharing =)

p/s:- suka sgt2 mndgr bacaan dari Mishari Rasyid ni, share lg ye klu ada bacaan sebegini..=)

Ariey said...

Terima kasih marilah sama2 kita memberi peringatan kepada sesama kita semoga ianya dirahmati oleh Allah..sedap betul bacaan ayat suci al-quraan dari Sheikh Misyari Rasyid Al-Efasy