Wednesday, September 02, 2009

Makhluk Allah Paling Hebat!!


Imam Ahmad telah meriwayatkan hadis daripada Yazid yang telah menceritakan kepada kami, al-'Awwam ibn Hawshab ibn Abu Sulayman daripada Anas ibn Malik, Rasulullah SAW bersabda:

"Allah SWT menciptakan bumi ini, pada mulanya ia bergoncang, lalu diciptakan gunung-ganang agar menjadi mantap dan kukuh. Para malaikat berasa kagum terhadap kejadian gunung-ganang itu bertanya, "Wahai Tuhan kami, adakah makhluk-Mu yang lain yang lebih hebat daripada gunung-ganang itu? "Ada, ia adalah besi," jawab Allah SWT.

Malaikat bertanya lagi, "Wahai Tuhan, adakah terdapat makhluk-Mu yang lain yang lebih hebat daripada besi?" Allah SWT menjawab, "Ada, ia adalah api."


"Adakah yang lebih hebat daripadanya?" Ya, ia adalah angin," jawab Allah SWT.


Para malaikat masih belum berpuas hati. Mereka bertanya lagi, "Selain angin adakah lagi yang lebih hebat?"
"Ada", jawab Allah SWT: "Itulah anak Adam (manusia) yang bersedekah dengan tangan kanannya dan menyembunyikan sedekah itu dari tangan kirinya."
(HR. Imam Ahmad)

4 comments:

Anonymous said...

artikel yg bgus!!

izzati said...

alhamdulillah..kite mkhluk yg best
dicipta ALLAH YG MAHA BEST

iza said...

syukur, alhamdulillah kita semua adalah insan yang paling sempurna dan merupakan insan yg memang terpilih olehNYA untuk merasai nikmatNYA..jesteru itu kita hendaklah menghargai setiap apa yang dikurniakanNYA dan sentiasalah beramal ma'ruf bernahi mungkar...INSAN yg KERDIL

iza said...

syukur..alhamdulillah kita adalah insan yang begitu istimewa yang terpilih di antara makhluk lain untuk mewarnai dunia ini. jesteru itu hendaklah kita mensyukuri akan nikmatNYA dan beramal ma'ruf serta bernahi mungkar.