Friday, September 11, 2009

Mencari Malam Lailatul Qadar


Firman Allah SWT:-
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar."

(Surah al-Qadar:1-6)

Firman Allah SWT:-

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran. Padanya dijelaskan tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku. Iaitu perkara-perkara dari sisi Kami; sesungguhnya Kamilah yang mengutus rasul-rasul. Sebagai rahmat dari Tuhanmu; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

(Surah al-Dukhan:3-6)

Dari Aisyah r.a., dia mengatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan iktikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan. Beliau bersabda, "Bersiap-siaplah untuk mendapatkan Lailatul Qadar pada (malam ganjil) sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan".

(HR. Bukhari)

Aisyah r.a. meriwayatkan, "Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (dengan amal ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam ibadah) dan uzlah dari isteri-isterinya."

(HR. Bukhari dan Muslim)

1 comment:

Kamal Zharif bin Kamaludin said...

Perlu dititikberatkan utk ramadan ini. semoga dirahmati Alllah