Tuesday, October 20, 2009

Doa Rasulullah SAW Pada Waktu Pagi & Petang


Imam Ahmad menyebut sebuah hadis bahawa Waki' telah menceritakan kepada kami, 'Ubbadah ibn Muslim al-Fazariy telah menceritakan kepada kami, Jubayr ibn Abu Sulayman ibn Jubayr ibn Mut'am menceritakan kepadaku bahawa dia telah mendengar Abdullah ibn Umar berkata, "Rasullulah SAW tidak pernah meninggalkan doa ini pada waktu pagi dan petang:

"Ya Allah, aku bermohon untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Ya Allah, aku memohon keampunan dan kesejahteraan di dalam agamaku, duniaku, kaum keluargaku dan hartaku. Ya Allah, jagalah kehormatanku dan berikanlah keamanan kepada keluargaku. Ya Allah, peliharalah aku dari depanku, dari belakang, dari kiri, dari kanan dan dari atasku. Aku mohon perlindungan dengan keagunganMu agar aku tidak menzalimi orang di bawah jagaanku."
(HR. Imam Ahmad)

Amin Ya Rabbal Alamin.

Saturday, October 10, 2009

How Much Do You Love Your Mother??


Firman Allah SWT:-
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
(Surah Luqman:14)


Watch this video. Lets your feeling feel it and you will know how much you love your mother.
"Dont be sad...O My Mother!
Now i have returned to you...n my tears are too many....
Dont be sad...O My Mother!

There is no seperation (between us) after today....

Except the seperation of DEATH.....

O My Mother!"

(Ahmad Bukhathir)





Ummi
Munsyid: Ahmad Bukhatir



Lasaufa a'udu ya ummi uqabilu ra'sakiz zaaki,

(I will return oh mother and kiss your chaste head)
Abustuki kulla asswaqi wa arsyufu 'ithro yumnaaki,
(And supress (blame?) my desires and taste the scent of your blessings)
Ummarigu fii tsaraa qadamaiki khaddi hiina alqaaki,
(Besmirch in the richness of your feet, my cheek when i meet you)
Urawwit turba min dam'i suruuran fi muhayyaki.
(Water the soil with my tears, happy that you are alive)


Fakam asharti min lailin liarquda mil'a ajfaani,
(How many night did you stay up late, so that i could sleep to my content?)
Wakam admadti min jaufin litarwiini bitahnaani,
(And how many times did you thirst, so you could quench my thirst with your tenderness)
Wayauma maridru la ansa dumuu'an minki kal mathari,
(And one day i was ill, i do not forget the tears from you that were like the rain)
Wa ainan minki saahirotan takhafu alayya min khathari.
(And your eyes which stay awake, fearing that i may be in danger)


Wayauma wada'ina fajran wa maa aqsaahu min fajri,
(And the day we parted at dawn, and oh what a harsh dawn that was)
Yuhaaurul qaulu fi wasfil ladzi laaqaiti min hijri,
(Words cannot explain what i felt when i abandoned you)
Wa qulti maqalatal laziltu mudzakkiron bihad dahri,
(And you told me things which i still remember throughout my life)
Muhaalun antara shadron ahanna alaika min shadri.
("You will not find a heart more tender towards you than mine")


Bibirki ya munaa umrii ilaahul kauni asuhani,
(Obedience to you, oh want of my life..[is what] the God existence has intructed me to do)
Ridho'uki sirru taufiiqi wa hubbuki warndu iimanii,
(Your content is the secret of my success and my love of you is the secret of my belief)
Wasidqu du'aikin fajarat bihi kurabi wa ahzaani,
(And the sincerity of your prayer [for me] has resplved my misfortunes and my sadness)
Widaaduku laa yusyathiruni bihi ahadun minal basyari.
(My love towards you, no human being love anything like it)


Faanti nabdlu fi qalbii wa antil nuurun fil bashari,
(You are the beating of my heart and you are what lights my vision)
Wa antil lahnu fii syaratii biwajhiki yanzali kadri,
(And you are the tune on my lips, my problem cease when i see your face)
Ilaaiki 'audu ya ummii ghadzan artaahu min safarii,
(To you i do return oh mother, tomorrow i rest from my journey)
Wayabda'u 'ahdiyatsani wayazhul guznu bizzahrii.
(And a second age will begin for me and the branches will blossom with flower)

Mother's - Sami Yusuf

Wednesday, October 07, 2009

Kuatnya Hawa Nafsu Yang Menguasai Diri


Fikir-fikirkan & Renung-renungkan!!
Kita hari ini ingin memerdekakan hawa nafsu.
Hawa nafsu yang selalu menguasai diri kita.

Dalam keadaan kesedaran kita melakukan perbuatan yang Allah tidak redha.

Benar-benar sedar apabila tangan menerima sesuatu yang tidak halal.

Dan kita tidak mampu menghalang apabila tangan menerima sesuatu yang tidak halal.

Kita sedar bahawa kaki ini melangkah ke tempat Allah tidak redha, tetapi kita tidak sanggup mengendalikan kaki kita sendiri.

Bahkan ketika mata melihat sesuatu yang tidak halal, kita tidak sanggup untuk menutup mata kita, padahal itu diri kita sendiri.

Betapa kuatnya hawa nafsu yang menguasai diri kita.
MasyaAllah.
(Pesanan dan nasihat dari
Ustaz KH Muhammad Arifin Ilham)

Monday, October 05, 2009

Makan dan Minum Bersama Syaitan!!


Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis bahawa Muhammad ibn 'Ubayd telah menceritakan kepada kami, 'Abdullah ibn Umar telah menceritakan kepada kami daripada Nafi' daripada Ibn 'Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Janganlah kamu makan dan minum menggunakan tangan kiri kerana syaitan makan dan minum menggunakan tangan kiri."
(HR. Imam Ahmad)


Imam Ahmad meriwayatkan melalui hadis Ismail ibn Abu Hakim daripada Urwah daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Barangsiapa yang makan menggunakan tangan kiri, sesungguhnya dia makan bersama syaitan. Barangsiapa minum dengan menggunakan tangan kiri, sesungguhnya dia juga minum bersama syaitan."
(HR. Imam Ahmad)


Imam Ahmad berkata bahawa Muhammad ibn Jaafar telah menceritakan kepada kami, Shu'bah relah memberitahu kepada kami daripada Abu Ziyad al-Tahan yang mendengar Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa beliau telah mendengar daripada Nabi SAW bahawa,
"Baginda telah melihat seorang lelaki yang minum sambil berdiri. Lalu baginda menegur lelaki itu dengan bersabda, "Awas!" "Kenapa?", tanya lelaki itu dengan nada terkejut. Nabi SAW menjawab, "Adakah engkau suka jika engkau minum dengan seekor kucing betina?" "Tidak," jawabnya. Sambung Nabi SAW lagi, "Sesungguhnya ketika kamu minum tadi, ada makhluk yang lebih buruk daripada kucing telah minum bersama kamu iaitu syaitan."
(HR. Imam Ahmad)


Imam Ahmad juga telah meriwayatkan bahawa 'Abd al-Razzaq telah menceritakan kepada kami, Ma'mar telah menceritakan kepada kami daripada al-Zuhriy daripada seorang sahabat daripada Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
"Jika seseorang yang minum sambil berdiri, tahu apa yang ada di dalam perutnya nescaya dia akan muntah kembali."
(HR. Imam Ahmad)


Imam Ahmad berkata bahawa Musa telah menceritakan kepada kami, Ibn Lahiah telah menceritakan kepada kami daripada Ibn Zubayr bahawa beliau telah bertanya kepada Jabir, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
"Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya sendiri, lalu dia menyebut nama Allah SWT ketika dia masuk dan ketika dia makan, syaitan akan berkata (kepada kaumnya), "Kamu tidak dapat tinggal dan makan disini." Apabila lelaki itu masuk ke rumahnya tanpa membaca nama Allah SWT, syaitan akan berkata (kepada kaumnya), "Kamu dapat tinggal dan makan di sini." Jabir berkata, Ya! Benar katamu itu."
(HR. Imam Ahmad)