Sunday, November 29, 2009

Mencintaimu Kerana Allah...



Dari Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,


"Sesungguhnya seseorang ingin mendatangi saudaranya di sebuah desa. Kemudian Allah mengirimkan Malaikat untuk mengawasi perjalanan orang tersebut.

Malaikat datang kepada orang tersebut dan bertanya,
'Kemanakah kamu ingin pergi?'

Orang tersebut menjawab,
'Aku ingin mendatangi saudaraku di desa ini.'

Malaikat bertanya,
'Apakah ada keuntungan yang kamu usahakan?'


Orang tersebut menjawab,
'Tidak, hanya saja aku mencintainya kerana Allah SWT.'


Malaikat tersebut berkata,
'Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu untuk mengatakan bahawa Allah telah mencintaimu seperti kamu mencintainya.'
(HR. Muslim)

Friday, November 27, 2009

Pahala Disisi Allah...



Dari Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,

"Sesungguhnya Allah SWT berkata pada hari kiamat, 'Wahai anak Adam, Aku sakit tetapi tidak kamu jenguk. Anak Adam tersebut bertanya, 'Bagaimana aku menjenguk-Mu, Engkau adalah Tuhan semesta alam.' Allah berkata, 'Tidakkah kamu tahu bahawa ada hambaku yang sakit lalu kamu tidak menjenguknya? Tidakkah kamu tahu seandainya kamu menjenguknya, kamu akan menemui (pahala)-Ku disisinya.

'Wahai anak Adam, Aku meminta makan kepadamu tetapi kamu tidak memberi-Ku makan.' Anak Adam bertanya, 'Bagaimana aku memberi-Mu makan? Sedang Engkau adalah Tuhan semesta alam.' Allah berkata, 'Apakah kamu tidak tahu ada hamba-Ku yang meminta makan kepadamu lalu kamu tidak memberinya makan? Apakah kamu tidak tahu seandainya kamu memberinya makan, kamu akan menemui (pahala) memberi makan di sisi-Ku.


'Wahai anak Adam, Aku meminta minum kepadamu tetapi tidak kamu beri minum.' Anak Adam bertanya, 'Bagaimana aku memberi-Mu minum? Sedang Engkau adalah Tuhan semesta alam.' Allah berkata, 'Ada hamba-ku yang meminta minum kepadamu tetapi tidak kamu beri minum. Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu memberinya minum kamu akan menemui (pahala) memberi minum disisi-Ku.'"

(HR. Muslim)


*__* Selamat Hari Raya Aidiladha..=) *__*
Semoga kita dapat mempertingkatkan amalan dengan berbakti,menyumbang dan bersedekah serta melakukan amal-amal kebaikan di jalan Allah bagi mendapat pahala di sisi-Nya.

Wednesday, November 25, 2009

'MILENIA MUSLIM'...=)







Atas permintaan beberapa orang rakan, disini saya membuka satu section baru iaitu 'Buku dan Saya' yang membincangkan dan berkongsi tentang buku-buku yang dimiliki oleh saya.

Buku pertama yang ingin dikongsi pada kali ini ialah sebuah majalah yang diberi nama 'MILENIA MUSLIM'.

'MILENIA MUSLIM' merupakan sebuah majalah yang membincangkan mengenai dunia Islam, Isu-isu semasa, Sains dan Teknologi, Ekonomi, dll. Selain itu majalah ini juga mengandungi hadis-hadis pilihan dan petikan ayat al-Quran. Majalah ini telah saya langgani sejak setahun lepas dan pastinya saya akan meneruskan langganan untuk tahun-tahun seterusnya, sebuah majalah yang wajar dimiliki oleh setiap Muslim yang ingin menambah ilmu pengetahuan tentang Islam dan isu-isu semasa.

Milenia Muslim adalah sebuah majalah yang nipis, yang hanya mempunyai 96 muka surat tetapi padat dengan perkongsian Ilmu-ilmu Islam dan penuh berwarna. Majalah ini boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran, diterbitkan oleh MMP Communication Sdn Bhd dan hanya berharga Rm6.50 . Berikut disertakan beberapa keping gambar untuk maklumat lanjut.








Untuk maklumat lanjut berkenaan majalah ini sila klik disini.

Monday, November 23, 2009

Syukur Atau Kufur Nikmat?


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi dianggap sebagai kufur nikmat."
(HR. At-Tabrani)

Bersifat Tawadhuk..


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan kamu semua bersifat tawaduk sehingga tidak ada seseorang pun yang merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain."
(Riwayat Muslim)

Saturday, November 21, 2009

The Most Beautiful Asmaul Husna But Not Complete.. =(



Today i would like to share something with all of you. This is The Most Beautiful Asmaul Husna from the famous Malaysian Singer, Siti Nurhaliza Tarudin. MashaAllah very nice Asmaul Husna that make me calm and become so cool after heard it.


After i heard this Asmaul Husna at about 15-20 times, i discovered that this Asmaul Husna is not complete. This Asmaul Husna only have 98 Names Of Allah. Maybe the production and the singer didn't recognize that 1 Names of Allah is missing that is 'Ya-Ahad'.

I hope so much that the singer and the production of this Nasheed will make a correction by editting this song because this is about The Names Of Allah and more importantly this is all about Islam. I also discovered that almost most of the youtube user that have heard this song didnt notice that 1 Names Of Allah is missing.


However, this Asmaul Husna still will become The Most Beautiful Asmaul Husna that i heard after the first Most Beautiful Asmaul Husna from Dr. Ary Ginajar. Love it so much...=)

Thursday, November 19, 2009

Manusia Dicipta Dari Sesuatu Yang Lemah...


Firman Allah SWT:
"Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata!"
(Surah Yassin:77)


Penjelasan dan Pengajaran Ayat:

1. Manusia itu dicipta dari setitik air mani yang hina, sebagaimana disifati oleh Allah SWT bahawa manusia itu dicipta dari sesuatu yang lemah.


2. Jika seseorang kembali ke asalnya, maka dia akan mendapati dirinya tidak bererti apa-apa.


3. Manusia dicipta dari air mani yang lemah hingga menjadi penentang yang nyata. Ini dapat dilihat bagaimana manusia yang dicipta dari air mani bisa melanggar perintah Allah hingga menjadi penentang Allah SWT dengan melakukan perkara-perkara mungkar.


4. Jika seseorang melihat kepada asal usulnya, maka dia harus mengetahui nilai dirinya dan tidak menjadi penentang Allah SWT.


5. Apabila seseorang itu telah menerima Islam dan tiba-tiba ia menjadi penentang kepada ajaran Islam, maka ia mendapat murka daripada Allah SWT.


Firman Allah SWT:-
"Dan orang-orang yang membantah (agama) Allah sesudah agama itu diterima, maka bantahan mereka itu sia-sia saja di sisi Rabb mereka. Mereka mendapat kemurkaan (Allah) dan bagi mereka azab yang sangat berat."
(Surah Asy-Syuura:16)

Friday, November 13, 2009

Al-Quran Pelita Hidupku...


Rasulullah SAW bersabda:-
"Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah, maka baginya satu kebaikan dan kebaikan itu dilipatgandakan menjadi sepuluh kali. Tidaklah aku mengatakan, 'Alif laam miim' itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, laam satu huruf dan miim satu huruf."
(HR. Tirmidzi)