Wednesday, November 25, 2009

'MILENIA MUSLIM'...=)







Atas permintaan beberapa orang rakan, disini saya membuka satu section baru iaitu 'Buku dan Saya' yang membincangkan dan berkongsi tentang buku-buku yang dimiliki oleh saya.

Buku pertama yang ingin dikongsi pada kali ini ialah sebuah majalah yang diberi nama 'MILENIA MUSLIM'.

'MILENIA MUSLIM' merupakan sebuah majalah yang membincangkan mengenai dunia Islam, Isu-isu semasa, Sains dan Teknologi, Ekonomi, dll. Selain itu majalah ini juga mengandungi hadis-hadis pilihan dan petikan ayat al-Quran. Majalah ini telah saya langgani sejak setahun lepas dan pastinya saya akan meneruskan langganan untuk tahun-tahun seterusnya, sebuah majalah yang wajar dimiliki oleh setiap Muslim yang ingin menambah ilmu pengetahuan tentang Islam dan isu-isu semasa.

Milenia Muslim adalah sebuah majalah yang nipis, yang hanya mempunyai 96 muka surat tetapi padat dengan perkongsian Ilmu-ilmu Islam dan penuh berwarna. Majalah ini boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran, diterbitkan oleh MMP Communication Sdn Bhd dan hanya berharga Rm6.50 . Berikut disertakan beberapa keping gambar untuk maklumat lanjut.








Untuk maklumat lanjut berkenaan majalah ini sila klik disini.

1 comment:

nurain rodze said...

byknya majalah milenia !
dulu ade pinjam gak kt library sekolah ...