Monday, December 21, 2009

Allah Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Dari Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Allah berkata, 'Apabila hamba-Ku ingin melakukan dosa, janganlah tulis dosa itu kecuali setelah melakukannya. Jika dia melakukannya, tulislah sesuai dengan perbuatan itu. Jika dia meninggalkan kerana takut kepada-Ku, tulislah baginya satu kebaikan. Dan apabila dia ingin melakukan kebaikan dan belum dilakukan kebaikan itu, tulislah baginya satu kebaikan. Jika dia melakukan kebaikan itu tulislah baginya sepuluh kali sampai tujuh ratus kali lipat dari kebaikan yang dilakukan."
(HR. Bukhari)


Terjemahan Hadis:-

Hadis ini menyatakan bahawa apabila seseorang berniat membuat kebajikan tetapi tidak membuatnya, maka Allah memberikan kepadanya suatu kebajikan, sebagai pahala niatnya. Dan apabila jadi kebajikannya, ditulis baginya 10 kebajikan dan mungkin dilipat gandakan lagi sehingga lebih 700 kali ganda.


Apabila seseorang bercita-cita membuat kejahatan tapi tidak dilakukannya, diberikan kepadanya suatu kebajikan dan sekiranya kejahatan itu dilakukan, diganjari dia suatu kejahatan saja, tanpa dilipat gandakan.

(Fathul Barie)

No comments: