Tuesday, February 23, 2010

Lembaran SirahMu...



Sempena sambutan Maulidur Rasul SAW yang akan tiba pada hari Jumaat ini, 26 Februari 2010, bersamaan 12 Rabiulawal 1431H, di sini saya ingin menukilkan satu peristiwa yang menunjukkan kasih sayang luar biasa para sahabat terhadap Rasulullah SAW. Para sahabat begitu cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW. Hasil daripada kesan kecintaan dan kasih sayang para sahabat terhadap Rasulullah SAW sehinggakan para sahabat tidak akan senang, sekalipun leher mereka patah, mereka tetap akan bertanyakan tentang Rasulullah SAW. Begitulah mendalamnya kasih sayang para sahabat terhadap Rasulullah SAW. Berikut salah satu kisahnya.

Pada suatu hari, Saidina Abu Bakar dipijak dan dipukul orang semasa di Mekah. 'Utbah bin Rabi'ah menghampirinya dan memukulnya dengan sepasang kasut yang bersalut besi sehingga mencederakan mukanya. Darah yang mengalir sehinggakan wajah Saidina Abu Bakar tidak dapat dibezakan daripada hidungnya.

Disebabkan keadaannya yang parah, maka Bani Tayyim mengusung Saidina Abu Bakar dengan berselimutkan sehelai kain sehingga mereka memasukkannya ke dalam rumahnya. Keadaannya yang parah itu menyebabkan mereka tidak ragu lagi yang dia akan mati. Tetapi pada sebelah petangnya dia mula berbicara, seraya berkata: "Apakah yang diperlakukan terhadap Rasulullah SAW?". Lalu mereka menutup mulutnya dan menegurnya.

Kemudian mereka bangun dan berkata pada ibunya Ummu al-Khayr. "Perhatikanlah dia, dan berikanlah dia sedikit makanan atau minuman". Setelah yang tinggal hanya dia dan ibunya, maka ibunya mendesak dia makan, tetapi Saidina Abu Bakar hanya berkata: "Apakah yang diperlakukan terhadap Rasulullah SAW?" Ibunya menjawab: "Demi Allah, aku tidak mengetahui apa yang terjadi kepada sahabatmu". Kata Saidina Abu Bakar: "Pergilah bertemu kepada Ummu Jamil binti Al-Khattab dan tanyakanlah dia tentang Rasulullah SAW".

Pergilah ibunya kepada Ummu Jamil seraya bertanya: "Abu Bakar bertanyakanmu tentang Muhammad bin Abdulullah". Jawab Ummu Jamil: "Aku tidak tahu hal Abu Bakar atau Muhammad bin Abdullah, kalau mahu biarlah aku pergi bersamamu untuk bertemu anakmu itu". Jawabnya: "Baiklah".

Lalu Ummu Jamil pun pergi bersama ibu Saidina Abu Bakar sehingga sampai dan didapatinya Saidina Abu Bakar dalam keadaan parah. Ummu Jamil menghampirinya seraya menjerit: "Demi Allah, sesungguhnya kaum itu memperlakukan begini terhadapmu bagaikan perlakuan orang fasik dan kufur. Demi Allah aku mengharapkan Allah akan membalas bagimu terhadap mereka".

Saidina Abu Bakar bertanya: "Apakah yang diperlakukan terhadap Rasulullah SAW?" Jawab Ummu Jamil: "Ini ibumu, dengarlah cakapnya". Jawab Abu Bakar: "Kamu tidak ada sebarang tanggungjawab terhadapnya". Kata ummu Jamil: "Dia (Muhammad) sihat sejahtera". Abu Bakar bertanya: "Di mana dia?" Jawab Ummu Jamil: "Di rumah Ibn al-Arqam". Kata Abu Bakar: "Sesungguhnya aku bernazar kepada Allah tidak akan merasai makanan atau minum sebarang minuman sehingga aku dapat bertemu Rasulullah SAW". Lalu mereka melambat-lambatkan urusannya, sehingga keadaan Abu Bakar beransur pulih dan keadaan di luar semakin tenang, mereka berdua keluar memapah Abu Bakar sehingga dibawanya bertemu Rasulullah SAW.
(Al-Bidayah Wa al-Nihayah, 3/30)

Semoga Allah SWT meletakkan hati kita mencintai Rasulullah SAW sepertimana para sahabat Rasulullah SAW.
---------------------------------------------------------------------------
Orang yang imannya paling menakjubkan adalah kaum yang akan datang sesudah kalian.
Mereka beriman kepadaku walaupun mereka tidak melihatku.
Mereka membenarkan aku tanpa pernah melihatku.
Mereka amalkan apa yang ada dalam tulisan itu (Quran dan Hadits).
Mereka bela aku seperti kalian membela aku.
Alangkah ingin berjumpanya aku dengan ikhwanku itu”.
(Petikan Hadis Rasulullah SAW)
-----------------------------------------------------------------------------
Semoga kita terdiri daripada salah seorang yang dimaksudkan dalam hadis diatas.
"Aku Redha Allah Tuhanku,
Islam Agamaku
dan Muhammad Nabi dan Rasulku".
Amin.

Tuesday, February 09, 2010

Kehebatan Mengerjakan Solat!!



Allah SWT berfirman:
"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun). Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar."
(Surah al-Ankabut:45)

Ibadah Solat Dari Perspektif Sains Kesihatan.
"Solat itu membuat otak kita sihat." Sewaktu kajian saraf yang dilakukan, terdapat urat saraf dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Otak manusia memerlukan darah secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Hasil kaj
ian Dr. Fidelma mendapati urat saraf itu hanya dimasuki darah tatkala seseorang menunaikan solat iaitu ketika bersujud.

Ketika kita sujud, darah memasuki bahagian saraf tersebut mengikut kadar lamanya solat yang kita lakukan. Semakin lama kita sujud beerti semakin banyak bekalan darah dapat disalurkan ke dalam urat saraf itu sekaligus memberikan kesegaran minda dan membentuk pemikiran positif terhadap pelakunya.

Hasil penemuan ini, Dr. Fidelma mengambil keputusan untuk memeluk Islam.

(Dr. Fidelma,
Neurologis Universiti California)

"Otak manusia beroperasi tujuh peratus lebih cepat dan 14 peratus lebih tepat dalam keadaan kepada mereka di bawah."
(Peter Russell,
Pakar Saintis Barat)

Ini baru dilihat pada bahagian sujud sahaja. Sebenarnya keseluruhan solat mengandungi hikmah penambahbaikan daripada sudut sains.
(Wan Mohd Ruzlan Wan Omar,
Harian Metro)


Firman Allah SWT yang bermaksud:-
"Tidakkkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan dan bintang-bintang dan gunung-ganang dan pokok-pokok kayu dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya) dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka dia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya."
(Surah Al-Hajj:18)

"Betapa ramai orang yang mendirikan solat di barisan yang sama dan saling bersandingan tapi perbezaan antara kedua solat mereka seperti langit dan bumi."
(Ibnul Qayyim)

Umar al-Khattab r.a. waktu menjelang kematiannya akibat terkena tikaman, dengan air mata berlinang dia berkata:
"Takutlah kepada Allah, takutlah kepada Allah dalam masalah solat, tidak ada bahagian apa-apa dalam Islam bagi orang yang meninggalkan solat."
(HR. Malik dalam al-Muwatha'
dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Muhannaf)




Saudaraku sesama muslim, ketahuilah, belumlah engkau dikatakan memelihara solat kecuali dengan melakukan tiga cara:

1. Menunaikan pada waktunya.
Jika engkau menunda solatmu sehingga waktunya habis, maka Allah tidak menerimanya kecuali kerana uzur. Amal seorang hamba yang akan dihisab pada hari kiamat kelak adalah solatnya. Barangsiapa yang menjaganya, maka Allah menjaganya pada hari hilangnya pemahaman, tersesatnya akal dan tercengangnya fikiran.

Rasulullah SAW berkata kepada Ibnu Mas'ud r.a. waktu baginda ditanya tentang amal apa yang paling baik? "Solat pada waktunya."

(HR. Bukhari dan Muslim)

2. Melaksanakan dengan berjemaah.
Tidaklah sempurna solat yang dilakukan tanpa berjemaah kecuali kerana uzur. Ketika azan dikumandangkan di masjid-masjid dan ketika muadzin menyerukan, 'Marilah kita solat, mari kita menuju kepada kebahagiaan', maka kamu pun bangun dari tempat tidurmu dan pergi ke masjid agar zat yang Maha Mengetahui yang ghaib menjagamu.

3. Menunaikan solat dengan benar-benar khusyuk.
Iaitu waktu imam mebaca ayat Quran kepadamu, kamu seakan hidup bersamanya, menyemak bacaan Quran yang menakjubkan itu. Hendaklah kamu renungkan keadaan manusia pada hari kiamat dan di padang masyar seperti keadaan mereka pada waktu solat.

(Huraian Ibnul Qayyim r.a.)

"Kita berlindung daripada Allah agar hati kita tidak berpaling dalam solat sehingga Allah berpaling daripada kita"
~ Jagalah Allah, Nescaya Allah Menjagamu ~
InsyaAllah.