Friday, April 23, 2010

Fakta Tentang Solat Istikharah!!



Diri ini tiba-tiba berada dalam keadaan bingung terhadap masalah yang dihadapi, lalu terbaca sebuah hadis dan mengetahui tentang kelebihan-kelebihan mengerjakan Solat Sunat Istikharah, lalu mengerjakan Solat Sunat Istikharah. Alhamdulillah. Maka disini ingin saya kongsikan hadis dan fakta tentang Solat Sunat Istikharah. Semoga mendapat manfaat bersama.

Jabir bin Abdillah r.a., ia berkata:
"Rasulullah SAW mengajari kami solat Istikharah
untuk memutuskan segala sesuatu, sebagaimana mengajari Surah Al-Quran." Baginda SAW bersabda: "Apabila seseorang diantara kalian mempunyai rencana untuk mengerjakan sesuatu, hendaknya melakukan solat sunat (Istikharah) dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:



'Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon kekuatan kepada-Mu (untuk mengatasi persoalanku) dengan Mahakuasa-Mu. Aku memohon kepada-Mu sesuatu dari anugerah-Mu yang Maha Agung, sesungguhnya engkau Maha Kuasa, sedang aku tidak kuasa, Engkau Mengetahui, sedang aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini (orang yang mempunyai hajat hendaknya menyebutkan persoalannya) lebih baik dalam agamaku, penghidupanku, dan akibatnya dalam diriku atau-Nabi SAW bersabda: '...di dunia atau akhirat' - takdirkanlah (tetapkanlah) untukku, mudahkanlah jalannya, kemudian berilah berkah.

Akan tetapi apabila Engkau mengetahui persoalan ini membawa keburukan bagiku dalam agamaku, penghidupanku, dan akibatnya kepada diriku, atau Nabi SAW bersabda: '...di dunia atau akhirat' - maka singkirkan persoalan tersebut, dan jauhkan aku daripadanya, takdirkan (tetapkanlah) kebaikan untukku di mana sahaja kebaikan itu berada, kemudian berikanlah keridhaan-Mu kepadaku.'"
(HR. Bukhari, Abu Dawud,
At-Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah)


Keterangan tentang Solat Istikharah

1. Solat Istikharah hukumnya sunat.

2.Boleh melakukan solat Istikharah pada bila-bila waktu, setelah solat yang wajib atau sebelumnya.


3. Boleh membaca Surah apa sahaja selepas Al-Fatihah kerana tidak ada dalil yang menetapkan surah tertentu.


4. Tidak ada keterangan bahawa seseorang apabila sudah solat Istikharah akan bermimpi melihat sesuatu,
atau lapang dadanya.

5. Yang jelas bahawa Solat Istikharah adalah ibadah, ibadah harus ikhlas dan sesuai dengan contoh Rasulullah SAW, Istikharah termasuk juga zikir kepada Allah, dan zikir kepada Allah akan membuat hati menjadi tenang.


6. Yang harus kita perhatikan dalam solat Istikharah adalah apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Mereka adalah sebaik-baik manusia yang paling faham tentang maksud Rasulullah SAW.


7. Solat Istikharah cukup dilakukan sekali menurut hajat yang dibutuhkan, adapun berulang sampai tujuh kali tidak ada contohnya,

(Fiqhud Du'aa-Syaikh Mushthafa al-'Adawi
Hadiits Shalaatil Istikharaah Riwaayatan wa Diraayatan
- Dr. 'Ashim 'Abdullah al-Qaryuti)

Untuk anda mengetahui tentang betapa betapa pentingnya Solat Istikharah dalam kehidupan harian kita, boleh layari laman web ini iaitu penerangan serba sedikit tentang Solat Sunat Istikharah oleh Dato' Dr. Harun Din yang ditulis oleh Ismail Abu Bakar. Semoga mendapat manfaaat bersama. Sila klik sini.

Sila klik sini untuk download kupasan audio berkenaan solat Sunat Istikharah. Semoga mendapat manfaat bersama insyaAllah..=)

Tuesday, April 20, 2010

Masuk Syurga Tetapi Masih Menyesal??



Alhamdulillah sekali lagi atas kesihatan yang dikurniakan Allah SWT. Persoalan utama pada hari ini ialah 'Mengapa di akhirat nanti orang yang masuk syurga tetapi masih menyesal?? Jawapan bagi persoalan ini adalah suatu jawapan bagi perkongsian buku pada kali ini iaitu sebuah buku yang bertajuk 'Solat Sunat Pilihan' sebuah karya dan hasil tulisan Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Apa kena mengena dengan buku 'Solat Sunat Pilihan' dengan menyesal masuk syurga?? Inilah hakikat yang dialami oleh orang yang masuk syurga apabila melihat kelebihan orang lain. Kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh orang lain itu bukanlah daripada amalan fardu, tetapi hanyalah amalan-amalan sunat. Mereka amat menyesal kerana di dunia dahulu kurang melakukan amalan sunat berbanding orang yang mendapat kelebihan kerana amalan sunat mereka.


Buku Solat Sunat Pilihan adalah salah sebuah buku keluaran Telaga Biru mengandungi penerangan tentang Solat Rawatib, Solat Dhuha, Solat Witir, Solat Tahajud dan Solat Hajat. MasyaAllah sebuah buku yang begitu menraik sekali tulisan dan penjelasannya.

Ingin berkongsi pengalaman membaca buku ini iaitu pada ketika membaca tentang Solat Dhuha barulah mengetahui tentang begitu banyak sekali kelebihan mereka yang Istiqamah dalam melakukan Solat Dhuha begitu juga penjelasan tentang solat-solat sunat pilihan yang lain.



Buku ini berharga Rm19.90. Tidak rugi rasanya melaburkan sedikit wang untuk memiliki sebuah buku yang mempunyai begitu besar manfaatnya pada diri kita untuk masa hadapan.

Oleh itu dapatkn buku ini di pasaran. Semoga buku ini memberi manfaat kepada para pembaca dalam mendalamkan ilmu tentang amalan solat sunat pilihan insyaAllah...=)

Thursday, April 15, 2010

Allahi Allah Kiya Karo...

My sharing for today is another most beautiful nasheed by Maher Zain after 'InsyaAllah' that is 'Allah Hi Allah' by Maher Zain ft Irfan Makki. MasyaAllah very beautiful song n lyric included urdu and english with translation. First time i heared it, i have fall in love with this nasheed. Subhanallah. Lets enjoyed together. May Allah bless you...(",)

Download:
FLVMP43GP
Download:
FLVMP43GP


Allah Hi Allah

Artist: Maher Zain

Album: Thank You Allah

Allah Hi Allah kiya karo,
Dukh na kisi ko diya karo,
Jo duniya ka malik hai,
Naam ussi ka liya karo.

Allah Hi Allah…

(O God, O God,
perform your Blessings, give to the weak, give to the needy.
The One who is the Ruler of this existence,
Take His name (i.e. be mindful of His name/recite His name always)).

Allah Hi Allah kiya karo,
Dukh na kissi ko diya karo,
Jo duniya ka malik hai,
Naam ussi ka liya karo.

Allah Hi Allah…

(O God, O God,
perform your Blessings, give to the weak, give to the needy.
The One who is the Ruler of this existence,
Take His name (i.e. be mindful of His name/recite His name always)).

Just like a sunrise can’t be denied,
Oh, just like the river will find the sea,
O Allah, You’re here and You’re always near,
And I know without a doubt,
That You always hear my prayer.

Such ki raah pay chala karo,
Dukh na kisi ko diya karo,
Jo duniya ka malik hai,
Naam ussi ka liya karo.

Allah Hi Allah...

(Let’s walk on the True path,
[God] give to the weak, give to the poor.
The One who is the Ruler of this existence,
Take His name (i.e. be mindful of His name/recite His name always).

Allah Hi Allah kiya karo,
Dukh naa kisi ko diya karo,
Jo duniya ka malik hai,
Naam usi ka liya karo.

Allah Hi Allah...

(O God, O God,
perform your Blessings, give to the weak, give to the needy.
The One who is the Ruler of this existence,
Take His name (i.e. be mindful of His name/recite His name always)).

So many bright stars,
Like diamonds in the sky,
Oh, it makes me wonder,
How anyone can be blind,
To all the signs so clear,
Just open your eyes,
And I know without a doubt,
You will surely see the light.

Teri duniya Teri zameen,
Yeh kehkashan hai tu hai karim,
Mere maula sun le dua,
Hum bhi bashe tere bina,
Roshan kar jahan.

(This Universe is Yours, This world is Yours.
And the Galaxies (are yours). You are The Most Generous
Oh my Lord, listen to my prayers.
We are worthless.just enlighten the world for us.)

Aisa zulm na kiya karo,
Dukh na kisi ko diya karo,
Jo duniya ka malik hai,
Naam usi ka liya karo.

Allah Hi Allah...

(Humans don’t do brutality.
[God] give to the weak, give to the poor.
The One who is the Ruler of this existence,
Take His name (i.e. be mindful of His name/recite His name always.))

Allah Hi Allah kiya karo,
Dukh na kisi ko diya karo,
Jo duniya ka malik hai,
Naam ussi ka liya karo.

Allah Hi Allah...

(O God, O God,
perform your Blessings, give to the weak, give to the needy.
The One who is the Ruler of this existence,
Take His name (i.e. be mindful of His name/recite His name always)).

Wednesday, April 14, 2010

Keagungan Zikrullah =)

Alhamdulillah atas kesihatan yang dikurniakan oleh Allah SWT. Disini saya ingin meneruskan satu perkongsian zikrullah yang begitu syahdu dan memukau hati para pendengar yang mendengarnya iaitu Keagungan Zikrullah daripada Ustaz Dzulkarnain Hamzah. Terdapat 3 video Keagungan Zikrullah ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca.

Rasulullah SAW bersabda:
"Banyakkanlah oleh mu menyebut Allah di segenap keadaan kerana tidak ada sesuatu amal yang lebih disukai Allah dan tidak ada yang banyak melepaskan hamba daripada bencana di dunia dan di akhirat daripada menyebut Allah (berzikir)."
(HR. al-Tirmizi)



Monday, April 05, 2010

Pengumuman!!

Kepada semua pembaca blog ini, ingin diberitahu bahawa blogger kepada blog ini iaitu Luqman Nul Hakim Hamzah telah ditimpa kemalangan pada tanggal 31 Mac 2010. Sebuah kereta wira aeroback telah melanggar blogger dan blogger berada dalam keadaan kesakitan ketika ini. Blogger ini cedera di bahagian muka, tangan dan kaki. Semoga blogger ini diberi kekuatan dalam menghadapi ujian dari Allah. Blog ini akan di update kembali setelah blogger ini kembali sihat sepenuhnya insyaAllah, terima kasih kepada semua pembaca blog ini. Teruskan membaca lebih 250 artikel dalam blog ini. Semoga perkongsian dalam blog ini memberi manfaat kepada semua - pesanan blogger.
Muhammad Hafizudin
Rakan Baik Blogger