Thursday, August 12, 2010

Penyelesaian Yang Dicari Telah Dijumpai!!



Setelah bertahun-tahun lamanya mencari sebuah penyelesaian sebagai panduan hidup bersyariat, akhirnya penyelesaian yang dicari itu telah ditemui. Apakah jenis penyelesaian yang dicari itu dan bagaimanakah ia ditemui?? Penyelesaian yang ditemui pada kali ini adalah sebuah majalah yang diterbitkan oleh Telaga Biru yang diberi nama "SOLUSI".





Subhanallah sebuah majalah yang sungguh hebat dan padat perkongsian Islamik yang benar-benar dicari selama ini. Setiap bulan pasti diri ini terkejar-kejar ke kedai buku untuk mendapatkan majalah ini. Seringkali ke kedai buku pada awal bulan dan majalah ini kehabisan stok. Itulah aura Majalah SOLUSI.


Majalah Solusi merupakan sebuah majalah pelengkap sebagai panduan hidup bersyariat. Antara faktor utama penarik majalah ini ialah fokus utamanya iaitu Farhu Ain dan Motivasi. Majalah ini membincangkan pelbagai bahagian antaranya Tafsir Quran, Muamalat (perniagaan), Munakahat (perkahwinan), Faraid, Sirah Nabi, Jinayat, Kekeluargaan, Soal Jawab Solat dan Fiqah, Muslimah, Motivasi dan pelbagai lagi perkongsian yang menepati syiar Islam yang sebenar.


Majalah yang hebat ini semakin hebat apabila penulisnya terdiri daripada Ustaz dan Ustazah yang hebat-hebat Ilmu dan kepakaran mereka dalam bidang masing-masing antaranya Ustaz Hj. Zahazan Mohamed, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Ustaz Zaharudin Abd. Rahman, Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Dato Siti Nor Bahyah Mahamood, Fatimah Syarha Mohd Noordin dan banyak lagi penulis-penulis yang hebat dalam majalah ini termasuklah ketua editornya, Pahrol Mohamad Juoi merupakan penulis yang hebat dengan kata-katanya yang mampu membuatkan pembaca terpegun membaca keindahan tajuk dan perbincangannya.




Majalah Solusi m
erupakan majalah yang padat dengan Ilmu Islam mempunyai 108 Muka Surat padat berwarna dan hanya berharga RM9.00 sahaja. Tidak rugi rasanya melaburkan sedikit wang setiap bulan untuk memiliki sebuah majalah yang mempunyai begitu besar manfaatnya pada diri kita untuk masa hadapan.




Oleh itu dapatkan majalah ini di pasaran. Semoga majalah ini memberi manfaat kepada para pembaca dalam mendalamkan Ilmu-Ilmu Islam insyaAllah...=)

1 comment:

Anonymous said...

I confirm. And I have faced it. Let's discuss this question.