Tuesday, August 31, 2010

Rabbi Fajalna Minal Akhyar...=)



Alhamdulillah atas kurniaan rezeki Allah. Sekarang kita telah pun berada pada 10 malam terakhir dalam Bulan Ramadhan. Adalah baiknya kita renungkan kembali apakah ibadah puasa yang kita lakukan selama ini diterima Allah. Sesungguhnya hanya diri kita yang dapat menilai kualiti ibadah puasa yang telah kita lakukan. Ini adalah kerana ibadah puasa adalah rahsia antara seorang hamba dengan Tuhannya.

Semoga kita dapat meningkatkan amalan kita dan ditemukan Allah dengan malam Lailatul Qadar. Amin.

Sabda Rasulullah SAW:-
"Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh malam terakhir Ramadhan, Baginda akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam dan mengejutkan ahli keluarga."
(HR.Bukhari)

Find More About Ramadhan by click here..=)




Berbalik semula kepada tajuk hari ini iaitu 'Rabbi Fajalna Minal Akhyar' merupakan satu perkongsian yang ingin saya kongsikan pada hari ini.

Subhanallah ia merupakan sebuah nasheed yang hebat. Jatuh hati pada kali pertama mendengar nasheed ini di radio warna 94.2 FM sebuah radio swasta Singapura.

Hampir sebulan mendengar dan mencari nasheed ini, alhamdulillah ditemukan dengan nasheed ini. Semoga mendapat manfaat bersama insyaAllah..=)

No comments: