Tuesday, September 07, 2010

~ Fitrah Suci Manusia...=) ~



~ Aidilfitri mengembalikan manusia kepada fitrah sucinya, ampun dipinta maaf diberi...=) ~

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri ini ingin saya kongsikan coretan kisah mengenai silaturahim yang dirakam dari Al-Quran dan Hadis. Semoga mendapat manfaat bersama insyaAllah.

Firman Allah SWT:-
"Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, dan orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang sombong dan membanggakan diri."
(Surah An-Nisa':36)


Ibnu Umar r.a. meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda,
”Barangsiapa yang suka diperluaskan rezekinya dan kehidupan yang baik, maka hendaklah menyambung silaturrahim”.
(HR. Bukhari)


Fitrah ajaran Islam itu sendiri melarang manusia memutuskan silaturahim.


Firman Allah SWT:
"Mereka itu akan ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka itu menyambung hubungan baik dengan Allah SWT dan hubungan baik dengan sesama manusia”.
(Surah Ali Imran:112)

Sabda Rasulullah SAW:
"Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim”
(HR. Bukhari)

Firman Allah SWT:
"Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat."
(Surah Al-Hujuraat:10)

Persaudaraan sahajalah yang dapat melahirkan suasana saling bekerjasama dan sanggup berkorban malah sanggup melupakan kepentingan sendiri demi hubungan silaturahim yang terbina itu. Ini terbukti seperti sebuah kisah yang dirakamkan dalam al-Quran melalui persaudaraan Muhajirin dan Ansar.

Firman Allah SWT:
"Dan orang-orang Ansar yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum kedatangan mereka (orang-orang Muhajirin) mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka. Dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berkehendak kepada apa yang telah diberikan kepada orang-orang yang berhijrah itu, dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat. Dan sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhil maka merekalah orang-orang yang berjaya."
(Surah al-Hasyr:9)


'Daripada al-Bara' r.a. katanya, telah bersabda Rasulullah SAW:
"Tiada diantara dua orang Islam yang bertemu lalu berjabat tangan kedua-duanya melainkan diampunkan bagi kedua-duanya sebelum mereka berpisah".
(HR. Abu Daud dan Tarmizi)


Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda:
"Demi diriku dalam kekuasaanNya, kamu tidak akan dapat masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dikatakan beriman dengan sempurna sehinggalah kamu berkasih sayang. Sukakah kamu jika aku tunjukkan sesuatu apabila kamu melakukannya nescaya kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah ucapan salam dikalangan kamu".
(HR. Muslim)

Di kesempatan ini saya memohon keampunan kepada Allah dan memohon kemaafan kepada saudara saudari atas segala kesilapan, kesalahan dan kekurangan diri ini. Yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang itu adalah kekurangan diri ini sendiri. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah memberkati hidup kita, melapangkan segala kesulitan, membukakan pintu rahmatNya serta mengurniakan kita kehidupan yang damai dan tenteram, Amin.

~ Aidilfitri mengembalikan manusia kepada fitrah sucinya,
ampun dipinta maaf diberi ~
~ Selamat Tinggal Ramadhan Mubara',
Moga Bertemu Lagi Tahun Hadapan,

Amin Ya Allah. ~

Salam Aidilfitri..=)