Saturday, November 20, 2010

Pabila Quran Ditinggalkan Dan Terus Ditinggalkan!!



Malu bila mahu memulakan bicara tentang Quran ini apabila Quran semakin ditinggalkan oleh sekalian umat Islam. Inilah realiti yang berlaku di zaman ini. Umat Islam Malaysia tidak mempunyai kelapangan masa untuk membaca Quran setiap hari tetapi mempunyai kelapangan masa untuk aktiviti lain.



Salah satu sifat terbaik dalam diri umat Islam ialah umat Islam sangat menjaga jasad Quran. Perasaan marah berkobar-kobar tatkala mendengar hinaan terhadap Quran. Sensitiviti umat Islam amat tinggi pabila mendapati Quran dihina. Perasaan marah berkobar-kobar pabila mendengar dan melihat al-Quran dipijak, dibakar dan dibuang dalam tandas. Tetapi apakah gunanya pabila diri seorang Islam itu hanya manjaga jasad Quran tetapi tidak berusaha untuk menghayati isi kandungannya dan menerapkan hukum-hukumnya malah untuk membacanya setiap hari pun TIADA MASA!!


Mengapa begitu sukar untuk kita meluangkan masa selama 10 minit dalam tempoh masa 24 jam yang diberi oleh Allah setiap hari untuk kita membaca Quran?

Tidak malukah kita pabila kita mengungkapkan kita tidak dapat membaca Quran kerana kekurangan masa??

MasyaAllah malu sahabat!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Fenomena yang dihadapi oleh remaja masa kini yang kita dapat lihat pada kebanyakan remaja adalah fenomena 'FACEBOOK'!!





Setiap hari remaja mampu menghadap facebook untuk 2-3 jam tetapi tidak mempunyai masa untuk membaca Quran untuk 10 minit?
Facebook,
The Most Popular Website In M
alaysia,
(Bernama) ~ 18 /11/10



Isu Facebook Ini Akan Diulas Utk Siri Lain ~ (sekadar contoh)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Malu tau sahabat!!

Contoh diatas adalah sekadar perbandinga
n untuk membuka mata kita tentang realiti sebenar Quran itu. Quran dipandang begitu rendah oleh umat Islam sehingga tiada kepentingan untuk mengkajinya. Jangan dikatakan mengkaji malah membacanya pun tiada masa.


Firman Allah SWT:-

"Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad SAW)? Dan sesiapa berpegang teguh kep
ada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh pertunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus)."
(Surah Ali-Imran:101)


Ayat ini menujukkan kepada kita terdapat di kalangan orang Islam menjadi kafir sedangkan al-Quran dan Sunnah berada di sisinya. Inilah yang terjadi pabila kita tidak dapat menerima petunjuk Allah. Jesteru mereka yang ingkar kepada ayat Allah akan menjadi kafir.

Pernah ke kita terpikir bagaimana Allah meletak kedudukan pembaca al-Quran disisiNya?


"Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran, maka baginya diberi sepuluh pahala dan ditambah sepuluh lagi kewajiban seumpamanya, tidak aku katakan (alif, lam, mim) itu satu huruf tetapi alif satu huruf lam satu hurf dan mim satu huruf."
(HR. Tirmizi)

"Bacalah kamu akan al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembaca-pembacanya".

(HR. Muslim)

Subhanallah, begitu tinggi sekali Allah meletak darjat seseorang yang membaca al-Quran tetapi kita masih tidak mahu membacanya. Fikirkanlah sahabat bagaimanakah kita hendak mendapatkan syafaat dari al-Quran pada ketika kita sendiri meninggalkan al-Quran? Semoga kita dapat muhasabah diri kita dan fikirkan semula di manakah kedudukan kita di akhirat kelak tanpa al-Quran disisi.




Semoga Allah memberi hidayah buat kita dalam mengamalkan, menghayati, memahami dan insyaAllah mengkaji serta melaksanakan isi kandungan yang terdapat di dalam Quran, InsyaAllah, Amin.

Saya akhiri perkongsian ini dengan sepotong ayat al-Quran yang dipetik dari Surah al-Isra' ayat 45. Semoga kita mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah SWT.
" Dan apabila kamu membaca al-Quran, Kami jadikan antaramu dan orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu, suatu dinding yang tertutup."
(Surah Al-Isra':45)

~ No Matter How Busy You Are,
Set Your Priorities Right!! ~