Sunday, December 28, 2014

Bacalah.....


Iqra' (bacalah)!
Itulah ayat pertama al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Hanya orang yang cintakan ilmu sahaja yang mengetahui nilai yang ada pada sesebuah buku. Ia bukan sahaja dimanfaatkan isinya bahkan buku itu juga dijaga dengan rapi dan sempurna.

Bacalah....dan teruskanlah membaca selagi kita masih mempunyai kesempatan untuk membaca...

“Jika kamu inginkan dunia, hendaklah dengan ilmu. Jika kamu inginkan akhirat, hendaklah dengan ilmu. Dan jika kamu inginkan kedua-duanya juga dengan ilmu...!”
 
(Imam As-Syafie)



Antara Adab Terhadap Buku:-
1. Niat yang ikhlas untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat, bukannya bertujuan untuk sesuatu yang tidak baik.
2. Apabila berkemampuan untuk membeli sesuatu buku, buku tersebut bukanlah untuk dipamerkan atau menunjuk-nunjuk, tetapi memanfaatkan keandungannya dengan sebaiknya.
3. Mendahulukan bacaan buku yang terpenting terlebih dahulu. Namun ini tidak bermakna tidak dibolehkan membaca selain buku agama. Semau buku memberi pengajaran baik dan input ilmu yang berguna boleh dibaca.
4. Berdakwah melalui buku dengan cara meminjamkan buku kepada rakan-rakan atau sesiapa jua. Manfaatnya boleh dikongsi bersama.
5. Mewakafkan buku setelah pemiliknya meninggal dunia. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila manusia meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya."
(Riwayat Muslim)


No comments: