Saturday, December 27, 2014

Disiplin Minum


1. Minum Dengan 3x Nafas


Rasulullah SAW minum dengan tiga kali nafas iaitu bernafas di luar gelas dan melarang bernafas di dalam gelas. Selain itu juga Baginda SAW meneguk minuman dengan lemah lembut, secara perlahan-lahan dan tidak bergopoh gapah.

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW apabila minum, Baginda bernafas 3 kali dan Baginda bersabda yang bermaksud: "Itu lebih enak, lebih nikmat dan lebih sihat."
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Hikmah disebalik minum dengan 3 kali nafas ialah:-
1) Ia lebih cepat menghilangkan dahaga.
2) Ia menyihatkan perut.
3) Minum dengan tergesa-gesa (minum dengan satu nafas) boleh menyebabkan sakit dada.

2. Tidak Menghembuskan Nafas Ke Dalam Gelas

Baginda SAW telah melarang bernafas dan meniup air ke dalam gelas atau bekas minuman. Abu Qatadah meriwayatkan: "Sesungguhnya Nabi SAW melarang bernafas di dalam bekas."
(Muttafaq 'alaih)

3. Tidak Minum Berdiri

Rasulullah SAW selalu duduk ketika minum kecuali ketika Baginda meminum air zamzam. Jadi, minum air zamzam secara berdiri dan menghadap kiblat adalah sunnah.

No comments: