Sunday, July 30, 2017

HILANG NIAT MENUNTUT ILMU!!


Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang menuntut ilmu dengan niat untuk berdebat dalam kalangan para ulama atau untuk menunjuk pandai dalam kalangan orang jahil atau untuk menarik perhatian manusia kepadanya, nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam api neraka."
(Hadis Riwayat an-Nasaie)

Sesungguhnya jika seseorang itu benar dengan Allah, nescaya Allah akan membimbingnya dan menyampaikannya ke martabat para ulama yang benar pada ilmu dan amalnya. Wallahu a'lam.

MENYEMBUNYIKAN ILMU!!


"Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang Kami turunkan berupa penerangan dan petunjuk setelah Kami jelaskan kepada manusia dalam kitab, mereka itu dilaknat Allah dan dilaknat oleh orang yang dapat melaknat."
(Surah Al-Baqarah: 159)



"Kecuali mereka yang telah bertaubat, mengadakan pembaikan dan menerangkan kebenaran. Maka mereka itulah yang Aku terima taubatnya dan Akulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

(Surah Al-Baqarah: 160)

 Ayat ini menjadi dalil larangan kepada kita agar tidak menyembunyikan kebenaran. Lebih-lebih lagi jika perbuatan menyembunyikan ilmu tersebut menjadikan umat Islam tersesat.

Nabi SAW bersabda:
"Sesiapa yang ditanya tentang ilmu dan dia menyembunyikan ilmu tersebut, maka ia akan dikekang dengan kekangan daripada api neraka."
(Hadis Riwayat Ibn Majah)


Saturday, July 29, 2017

KELAZATAN TAUBAT VS KELAZATAN MAKSIAT??



"Andai orang bermaksiat mengetahui bahawa KELAZATAN TAUBAT lebih manis berkali-kali ganda daripada KELAZATAN MAKSIAT, nescaya mereka akan bersegera untuk bertaubat melebihi kesegeraan mereka untuk bermaksiat."
(Ibn Al-Qayyim)



Sunday, July 23, 2017

TERGESA-GESA DALAM BERDOA!!


Suatu hari Rasulullah SAW bersabda:
"Doa seorang hamba akan sentiasa dimakbulkan selama dia tidak mendoakan untuk perbuatan dosa, tidak memutuskan silaturahim dan tidak tergesa-gesa dalam berdoa."

Lalu sahabat bertanya:
"Wahai Rasulullah, bagaimanakah tergesa-gesa itu?"

Maka Nabi SAW menjawab:
"Seseorang berkata, 'Aku sudah berdoa namun tidak makbul-makbul juga! Lalu dia kesal dan tidak berdoa lagi.'"
(Hadis Riwayat Muslim)

MENGHINA DIRI SENDIRI!!


Suatu ketika Rasulullah SAW bersabda:
"Janganlah ada antara kamu yang menghina diri sendiri."

Para sahabat bertanya:
"Bagaimana ada orang yang menghina diri sendiri?"

Lalu Nabi SAW menjawab:
"Dia mendapati sesuatu yang patut dia katakan sesuatu tentangnya kerana Allah, tetapi dia tidak mengatakannya. Pada hari kiamat kelak Allah SWT akan bertanya kepadanya: 'Apa yang menghalang kamu daripada berkata pada ketika itu?'

Dia menjawab:
'Takut pada orang.'

Lantas Allah menempelak:
"Akulah yang sepatutnya engkau lebih takutkan!"
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Thursday, July 20, 2017

EMAS ATAU TEMBIKAR??




Fudhail bin 'Iyad berkata: 
 "Jika diibaratkan dunia ini sebagai emas yang cepat rosak dan akhirat itu ibarat tembikar yang diawet dan tahan lama, maka yang lebih baik dipilih tentulah tembikar yang diawet daripada emas yang cepat rosak. Lebih malang ialah seseorang yang memilih emas yang cepat rosak dan meninggalkan tembikar yang tahan lama."

Hanya orang yang buta hati dan pendek akal sahaja memilih dunia dan meminggirkan akhirat. Hidup di dunia singkat. Nikmat dan azabnya hanya sementara. Hidup di akhirat pula selama-lamanya. Nikmat atau azabnya kekal sampai bila-bila.

Sunday, July 16, 2017

KELEBIHAN MENDOAKAN ORANG LAIN!!


"Tidak ada seorang hamba Muslim yang mendoakan saudaranya dari kejauhan (tanpa pengetahuan) melainkan malaikat akan mendoakan: 'Bagimu juga seperti itu.'"
(Hadis Riwayat Muslim)

Friday, July 14, 2017

BILA BERLAKUNYA KIAMAT??


Rasulullah SAW bersabda: 
"Kiamat tidak akan berlaku sehingga harta melimpah ruah. Seorang lelaki membawa hartanya untuk dizakatkan, namun tiada siapa yang sudi menerimanya. Dan negeri Arab akan kembali dipenuhi taman-taman dan sungai-sungai."
(Hadis Riwayat Muslim)

KELEBIHAN MENANAM POKOK!!


Suatu hari, Rasulullah masuk ke kebun kurma milik Ummu Mubasyir al-Ansariyyah. Apabila melihat sebatang pokok kurma, Baginda bertanya: Siapakah yang telah menanam pokok ini? Adakah dia Muslim atau kafir? Ummu Mubasyir menjawab: "Muslim, wahai Rasulullah." Baginda bersabda: "Apabila seorang Muslim menanam pokok, lalu sebahagian daripadanya dimakan oleh manusia, haiwan, burung atau pun binatang buas, maka akan ditulis pahala sedekah baginya."
(Hadis Riwayat Muslim)

Jom Tanam Pokok!!
Semoga Dapat Memberi Manfaat Kepada Sesama Makluk, InsyaAllah!!

HUKUM MENYAMBUNG RAMBUT!!


Asma' binti Abu Bakar menceritakan ada seorang wanita datang kepada Rasulullah lalu bertanya:
"Ya Rasulullah! Saya mempunyai seorang anak perempuan yang terkena penyakit sehingga rambutnya gugur. Berdosakah jika menyambungnya?"
Baginda menjawab: 
"Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan wanita yang meminta disambungkan rambutnya."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perkataan laknat dalam hadis menunjukkan pengharaman. Haramnya kerana mengubah ciptaan Allah. Wallahu a'lam.

Thursday, July 13, 2017

TERLENA DALAM ISTIDRAJ!!


Rasulullah SAW bersabda:  
"Apabila kamu melihat bahawa Allah memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu berbuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diberi istidraj oleh Allah."
(Hadis Riwayat al-Tabarani)


Istidraj ialah pemberian nikmat oleh Allah terhadap hamba-Nya yang kufur dan fasiq, bukan disebabkan redha kepada hamba tersebut.

Mereka berbangga dengan segala macam maksiat yang dilakukan dengan menyangka segala yang dimiliki adalah tanda kasih sayang Allah terhadap diri mereka sedangkan semua itu adalah istidraj daripada Allah terhadap hamba-Nya yang tidak beriman.

Hati-hati!!
Semoga kita tidak termasuk dalam golongan Istidraj dan tidak terlena dalam Istidraj!! 

Tuesday, July 11, 2017

FATWA TANPA SANDARAN ILMU!!



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu secara satu persatu daripada dada manusia, akan tetapi dengan cara mematikan para ulama sehingga sampai satu masa tiada lagi orang alim. Lantas manusia mula melantik pemimpin yang jahil dan mereka ditanya mengenai hukum, mereka akan memberi fatwa tanpa bersandarkan ilmu. Mereka itu sesat lagi menyesatkan."
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Saturday, July 08, 2017

TIDAK ADA GUNANYA KITA ADA KENDERAAN MEWAH??

"Tidak Ada Gunanya Kita Mempunyai Kenderaan Yang Mewah, 
Andainya Kita Tidak Mampu Membawa Kenderaan Itu Ke Masjid Untuk Kita Solat Berjemaah." 

"Tidak Ada Gunanya Kita Mempunyai Kenderaan Mewah, Andai Kenderaan Itu Kita Tidak Gunakan Untuk Mendekatkan Diri Kita Kepada Allah SWT."

"Semoga Segala Nikmat Kurniaan Allah Yang Diberi Kepada Kita Diguna Dengan Sebaiknya Malah Mampu Membantu Kita Mendekatkan Diri Kita Dengan Allah SWT, InsyaAllah."
(Renungan Khas Buat Diriku)

 

KELEBIHAN UMAT ISLAM BERBANDING UMAT LAIN!!

Jom Baca Jap Perkongsian Petikan Ayat Quran Berikut Beserta Maksudnya:-


"(Kamu wahai Umat Muhammad) ialah umat yang paling baik yang dilahirkan bagi umat manusia, (kerana) kamu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran, serta kamu beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. (Tetapi) antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang yang fasik."
(Surah Ali-'Imran: 110)



 "Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sama sekali akan memudaratkan kamu, selain daripada menyakiti (perasaan kamu dengan ejekan dan tuduhan yang tidak berasas). Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya), selepas itu mereka tidak akan mencapai kemenangan."
(Surah Ali-'Imran: 111)



"Mereka ditimpakan kehinaan, di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang pada tali Allah (agama Allah) dan tali (perjanjian) dengan manusia. Dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan Allah dan ditimpakan kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur dengan ayat-ayat Allah dan mereka membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Semua itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas."
(Surah Ali-'Imran: 112)



"Mereka itu tidak sama. Antara ahli kitab ada golongan yang (memeluk Islam), mereka membaca ayat-ayat Allah (al-Quran) pada waktu malam serta mereka juga bersujud (mengerjakan solat)."
(Surah Ali-'Imran: 113)



 "Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, menyuruh kepada perkara kebaikan, mencegah perkara kemungkaran dan bersegera melakukan pelbagai kebaikan. Mereka itulah termasuk dalam kalangan orang yang soleh."
(Surah Ali-'Imran: 114)



"Dan apa sahaja kebaikan yang mereka lakukan, maka tidak sama sekali mereka dihalangi (dari mendapat pahalanya). Dan Allah Maha Mengetahui orang yang bertaqwa."
(Surah Ali'Imran: 115)

Asbabun Nuzul ~ Surah Ali-'Imran Ayat 110
Diriwayatkan daripada Ikrimah bahawa ayat ini turun berkenaan dengan perdebatan antara dua orang golongan Yahudi dan sekelompok kaum Muslim. Mereka mengatakan, "Sesungguhnya agama kami lebih baik daripada agama kalian, ini kerana kami adalah lebih baik dan lebih mulia dari kalian." Maka Allah menurunkan penjelasan ini kepada Nabi Muhammad SAW dan orang-orang Mukmin yang bersamanya.
(Asbabun Nuzul lil Wahidi: 95)

Friday, July 07, 2017

MENCEGAH KEMUNGKARAN DENGAN IMAN!!


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa dalam kalangan kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kuasa). Sekiranya dia tidak mampu, hendaklah dia mengubah dengan lidahnya (nasihat). Sekiranya dia tidak mampu, hendaklah dia mengubah dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Yang demikian adalah selemah-lemah iman."
(Hadis Riwayat Muslim)

DOA PELINDUNGAN DARI 4 PERKARA!!

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari azab neraka, dan dari azab kubur, dan dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari kejahatan fitnah al-Masih ad-Dajjal."
(Muttafaqun 'alaih)

Nabi SAW selalu membaca doa ini dalam solat, yakni selepas tasyahud akhir sebelum memberi salam. Jom jadikan amalan membaca doa ini.

Thursday, July 06, 2017

BUKAN DARI KALANGAN KAMI?



Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Orang yang tidak mengerat misainya, maka dia bukan dalam kalangan kami!"
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Hendaklah kita berbeza dengan orang kafir dengan kita menyimpan janggut dan memendekkan misai.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Berbezalah daripada puak Musyrikin. Lebatkanlah janggut dan pendekkanlah misai."
(Hadis Riwayat Bukhari)

TIPU HELAH DUNIA



Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Tiap-tiap yang benyawa pasti akan merasai mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
(Surah Ali Imran: 185)

Antara Kehidupan Dunia & Akhirat



Firman Allah SWT yang bermaksud:-
"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan lupakan akhirat)."

(Surah al-Ankaboot: 64)
 

Tuesday, July 04, 2017

DAHI CECAH KE SEJADAH



Bersihkanlah Dirimu Sebelum Kamu Dimandikan
Berwuduklah Kamu Sebelum Kamu Diwudukkan
Dan Solatlah Kamu Sebelum Kamu Disolatkan

Tutuplah Auratmu Sebelum Auratmu Ditutupkan
Dengan Kain Kapan Yang Serba Putih
Pada Waktu Itu,
Tidak Guna Lagi Berserah
Walaupun Orang Yang Hadir Itu Merintih

Selepas Itu Kamu Akan Diletak Diatas Lantai
Lalu Dilaksanakanlah Solat Jenazah
Dengan 4 Kali Takbir Dan 1 Salam
Beserta Fatihah, Selawat Dan Doa
Sebagai Memenuhi Tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi?
Apakah 4 Kali Takbir Itu Dapat Menebus
Segala Dosa-Dosa Meninggalkan Solat Sepanjang Hidup?
Apakah Solat Jenazah Yang Tanpa Rukuk Dan Sujud
Dapat Membayar Hutang Rukuk Dan Sujud Yang Telah Luput?
Sungguh Tertipulah Dirimu Jika Beranggapan Demikian

Jesteru Ku Menyeru Sekalian Muslimin Dan Muslimat
Usunglah Dirimu Ke Tikar Solat
Sebelum Kamu Diusung Ke Liang Lahad
Menjadi Makanan Cacing Dan Makanan Ulat
Dirimu Ke Masjid
Sebelum Kamu Diiringi Ke Pusara

Tangisilah Dosa-Dosamu Di Dunia
Kerana Tangisan Tidak Berguna Di Alam Baqa?
Sucikanlah Dirimu Sebelum Kamu Disucikan
Sedarlah Kamu Sebelum Kamu Disedarkan
Dengan Panggilan Izrail Yang Menakutkan

Berimanlah Kamu Sebelum Kamu Ditalkinkan
Kerana Ia Berguna Untuk Yang Tinggal
Bukan yang Pergi
Beristigfarlah Kamu Sebelum Kamu Diistigfarkan
Namun Ketika Itu Istigfar Tidak Menyelamatkan

Ingatlah Dimana Sahaja Kamu Berada
Kamu Tetap Memijak Bumi Tuhan
Dan Dibumbungi Dengan Langit Tuhan
Serta Menikmati Rezeki Tuhan

Jesteru
Bila Dia Menyeru
Sambutlah Seruannya
Sebelum Ia Memanggilmu Untuk Kali Terakhirnya

Ingatlah
Kamu Dahulu Hanya Setitis Air Yang Tidak Beerti
Lalu Menjadi Segumpal Darah
Lalu Menjadi Seketul Daging
Lalu Daging Itu Membaluti Tulang
Lalu Jadilah Kamu Insan Yang Mempunyai Erti

Ingatlah Asal Usulmu Yang Tidak Bernilai Itu
Yang Kalau Jatuh Ke Tanah
Ayam Tak Patuk, Itik Tak Sudu

Tapi Allah Mengangkatmu Ke Satu Mercu
Yang Lebih Agung Daripada Malaikat
Lahirmu Bukan Untuk Dunia
Tapi Gunakanlah Ia Untuk Melayar Bahtera Akhirat

Sambutlah Seruan Hayyaalassolah
Dengan Penuh Rela dan Bersedia
Sambutlah Seruan Hayyaalalfalah
Jalan Kemenangan Akhirat Dan Dunia

Ingatlah
Yang Kekal Hanyalah Amal
Menjadi Bekal Sepanjang Perjalanan
Menjadi Teman Di Perjalanan
Guna Kembali Ke Pangkuan Tuhan

Pada Hari Itu,
Tidak Berguna Harta,
Tahkta Dan Putera,
Isteri, Kad Kredit Dan Kereta,
Kondominium, Saham Dan Niaga
KALAU DAHI TIDAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA