"Tanda orang yang munafik ada tiga; jika berbicara dia berdusta, jika berjanji dia mengingkari, jika diberi amanah dia mengkhianati."
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
TIPS MENJAUHI SIKAP MEMUNGKIRI JANJI!!
i)
Yakin bahawa Allah dan para malaikat-Nya sentiasa mengawasi manusia
tanpa leka walaupun sesaat, kerana itu kita harus berhati-hati dalam
menabur janji.
ii) Mengucapkan "InsyaAllah" atas setiap janji yang dibuat dan berazam untuk menunaikan janji tersebut semampu yang boleh.
iii)
Berniat dengan ikhlas untuk melaksanakan janji tersebut dengan sempurna
sepertimana kita mahu orang lain ikhlas berjanji dan melaksanakannya
sebaik mungkin terhadap kita.
Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment